Showing posts with label utp. Show all posts
Showing posts with label utp. Show all posts

Perancangan Cuti Semester UTP 4 Bulan

on Tuesday, December 25, 2012



Sekarang ni musim student UTP tengah busy mempersiapkan diri untuk segala cabaran menjelang final examination untuk semester kali ini yang bermula bulan September yang lalu. Aku juga akan memulakan kertas pertama untuk final exam ni pada 28 Disember 2012, tak sampai seminggu pun lagi. Bersediakah aku?

Okay takpe, tolak tepi dulu soal final exam tu. Tak perlu rasanya aku sentuh pasal final exam di UTP dalam blog aku ni.

Lepas je habis final exam untuk sem ni nanti maka secara automatiknya semester ini juga berakhir. Jadi bagi aku dan rakan-rakan sealiran yang lain, kami semua akan menikmati cuti semester yang sangat panjang iaitu selama 4 bulan bermula Januari nanti.

Perancangan Cuti Semester 4 Bulan


Sejak aku mendaftar sebagai pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ni pada bulan Mei 2011 lagi aku memang dah lama tak merasa cuti yang panjang.

UTP memang kedekut cuti, jujur aku cakap. Untuk setiap semester, cuti yang diberikan sebelum bermula semester baru hanyalah sebanyak 7 hari saja. Sebab tu ramai student UTP yang buat cuti sendiri sebab tak puas menikmati cuti singkat yang diberikan.

Jadi selepas lima semester (3 sem foundation + 2 sem first year) berada di bumi Tronoh ni, aku rasa cuti 4 bulan ni aku mahu ambil dan gunakan sebaiknya. Aku mahu bebaskan diri daripada bebanan yang ditanggung sebagai seorang pelajar straight selama 20 bulan tanpa henti. Gila!

Ada juga rakan-rakan aku yang lain mahu meneruskan semester depan dan korbankan saja cuti 4 bulan yang diberikan. Goodluck aku ucapkan. Korang memang hebat. Aku memang tak sanggup nak menyeksa diri aku dengan lebih teruk lagi. Haishh..

Dan dalam masa 4 bulan yang akan datang ni nanti, aku akan merehatkan minda dan mencari hala tuju hidup aku. Pada masa hadapan, Siapa kah aku? Apakah yang aku mampu lakukan? Dan apakah sumbangan aku kepada orang lain yang berada di sekeliling aku?

Insyallah akan ku cari jawapannya...

p/s: doakan kejayaan aku dalam final exam kali ni ya :)

Tag : ,

Cuti Cuti Malaysia

on Wednesday, July 04, 2012

Cuti Cuti Malaysia

Post Cuti Cuti Malaysia ni bukan entri promote melancong kat Malaysia ye, awal-awal cakap ni. Hehehe, tapi kalau ada yang mencari lokasi menarik untuk pergi bercuti dalam negara, mungkin korang boleh baca entri sahabat blogger mengenai JOM MELAWAT PERAK 2012 untuk mengetahui beberapa tempat menarik dan sesuai untuk melancong ketika musim cuti.

Sebenarnya entri Cuti Cuti Malaysia ni just nak bagitau yang sekarang ni aku sedang bercuti. Ya, semua pelajar Universiti Teknologi Petronas yang terletak di Perak nun sedang menikmati cuti midsem yang agak lama iaitu selama empat hari. Best kan cuti lama? Ok, tak lawak =,=

So, apa nak buat masa cuti ni? Macam banyak benda je nak buat dengan family.. rasa-rasa nak update untuk contest SEO Eyriqazz VS Denaihati pun dah tak sempat kot. Takpelah, cuba carik masa dan ruang untuk contest ni. Bila dah join, kenalah usaha sampai berjaya ye dak? Kalau sekerat jalan, lebih baik tak payah masuk dari awal lagi. Siapa setuju boleh angkat mouse, kalau tak guna mouse tu angkat je apa-apa yang korang nak angkat ye. Ok fine, tak lawak juga.. dah la bosan buat lawak asyik tak jadi ye. Byebyeee...


Tag : , ,

Episod Baru Bakal Bermula

on Thursday, May 17, 2012

universiti petronas

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS: Hari ni pelajar-pelajar lepasan SPM mendaftarkan diri untuk menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Mereka semua ni bakal menjadi junior aku di sana. Teringat pula post aku di blog ini Selepas 2 Minggu Berada di UTP tahun lepas.

Naik cuti sem ni nanti, insyallah jika result Foundation of Engineering aku baik aku akan dapat menyambung pelajaran pada peringkat ijazah pula. Pengikut pengiraan secara kasar, aku akan menghabiskan lagi 4 tahun di bumi UTP ini. Hopefully segalanya akan baik-baik saja, aminn..

PETROLEUM ENGINEERING, UTP

Kalau korang semua nak tahu, gambar kat atas ni lah muka-muka kawan-kawan aku semasa foundation of engineering. Harap-harap dapat jumpa dan belajar sama-sama dengan diorang lagi masa degree nanti. Doakan ye. Thanks

KEEP ON SMILING:3


Tag : , ,

Tips Educamp UTP

on Tuesday, April 17, 2012



INTERVIEW EDUCAMP UTP 2012



Semenjak dua menjak ni ramai pulak visitors yang masuk ke blog ni dengan keyword Tips Interview Educamp UTP kat Google. And I'm wondering why...

Tetapi korang tahu tak sebenarnya ada dua jenis 'camp' yang dibuat oleh Pihak Petronas dan Universiti Teknologi Petronas setiap tahun. Yang pertama ialah Eduquest Camp dan yang lagi satu pula ialah Educamp UTP.

EDUQUEST CAMP UTP 2012


Eduquest Camp ni dibuat khas untuk para pelajar lepasan SPM yang disenarai pendek untuk menerima Biasiswa Petronas sama ada untuk menyambung pelajaran di dalam negara ataupun di luar negara, bergantung kepada kelayakan para pelajar yang memohon.

Dan Eduquest Camp ni lah yang ramai orang dok kejar sebabnya biasiswa yang disediakan oleh pihak Petronas sangatlah lumayan dan mewah. Serius ni, kalau tak percaya boleh tanya sendiri dengan penerima biasiswa Petronas yang korang kenal.

Selalunya Petronas anjurkan Eduquest Camp ni kat UTP untuk tiga hari dua malam dan dalam jangka masa tersebut para pelajar akan diuji dan dinilai oleh pihak pengurusan UTP (or orang lain,tak sure) sama ada mereka layak untuk menerima biasiswa tersebut ataupun tidak.

EDUCAMP UTP FOR 2012 INTAKE


Manakala untuk Educamp UTP pula, ianya merupakan sesi temuduga (interview) untuk para pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas, Perak.

Educamp UTP pada setiap tahun diadakan sebanyak tiga sesi dan para pelajar yang terpilih hanya perlu menghadirkan diri pada satu sesi sahaja mengikut maklumat yang telah diberitahu di dalam email mereka.

Selalunya, mereka akan diuji dengan satu case study yang berbeza-beza dengan orang lain. Maybe korang boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya di Pengalaman Educamp UTP ye.


Tips Interview Educamp UTP

Tips Interview Educamp UTP? Rasanya dah ramai orang yang berkongsi tips dan pengalaman interview dengan korang kan, betul tak? Kalau takde pun mesti korang reti google sendiri and kat situ mesti banyak result yang keluar kan?

Apa yang penting sebenarnya semasa Interview Educamp UTP ni ialah korang kenalah confident dengan diri sendiri dan bersedia dengan pelbagai maklumat penting termasuklah pengetahuan am dan isu-isu semasa. Jangan nervous sangat ye, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan semasa sesi temuduga tersebut okay. Chillax :D


Tag : , ,

Koleksi Cerita Hantu | Kisah Seram UTP

on Wednesday, April 04, 2012


Assalamualaikum, saje nak post pasal cerita hantu pulak. And sebab aku tau ramai yang takut bila sebut 'hantu' so aku post la time waktu siang.. kalau post time malam nanti tak pasal-pasal ada yang tak boleh tidur. Ye, aku tau aku memang baik... hehehehe... so enjoy cerita hantu yang aku copy dari brader hafis, menurutnya :

Pontianak di village 5.

Ini kisah aku dgr dari rakan. Antara paling popular di UTP by latest. Ada dua versi. Hampir serupa tapi tak sama.

  • Pontianak di village 5: versi satu.


Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Kos dan year tidak dapat info. Dia kapel dengan seorang girl B dari UiTM. Nak diceritakan diorang ni pernah macam macam (terlanjurlah sengal!.buat2 tak faham.haha). Nak dikatakan the guy A ni akhirnya jumpa seorang girl C belajar kat UTP gak n terus jatoh hati. (audio: jatuh cinta lagi -MATTA).

A pun putus dengan B, tinggalkan B yang terpinga2 ni. Kerana frust B nak datang UTP, tapi accident tengah jalan. Meninggal. B dikatakan kemudian jadi pontianak dan menganggu hidup A dan C kat UTP. Kes ini dikatekan sgt teruk smpai Ustaz Harun Din pernah datang tapi tak berjaya buat apa2. Dengar cerita si A smpai pernah dapat msg dari nombor hp B walaupn selepas B meninggal.

Okeh. itu versi satu. ini versi kedua pula. Lebey kurang sama, tapi more details dan perencah2 cerita yang lebih hebat. haha.

  • Pontianak di village 5: versi dua.


Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A.

Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.

Jejaka A call awek B seperti biasa:

“Hello sayang. blablabla”
B membalas ” Yes sayang bla bla bla”
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
“Eh sori la. tadi tertido la..”
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
” Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2.”
“Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C.”
“Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?”
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
“Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B..”
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
“Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face”kata Jejaka A.
“Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap.” (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
“Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha” Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.’Nak jumpa aku? pndang luar’
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.

Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam.Kenape block akademik UTP tak complete?




Ni diceritakan rakan aku jugak. Kata rakan aku ni lec UTP Dr Naufal dah bagi segala jawapan. Kan UTP cuma ada Poket C and D, mana pergi poket A & B? Semua orang tau dalam plan UTP bentuk blok akademik cam bintang tapi yang siap cuma separuh bintang.

Tak mungkin Petronas tak cukup budget or malas nak sambung benti sparuh je buat building kan? dah seploh tahun lebey UTP tapi Petronas tak sambung pn buat. Dr Naufal pun cerita kat bdak2 ni. Nak dijadikan cerita tym diorang kosongkan tanah utk wat poket A n B ada pekerja2 mati. Macam2 la jadi. Tu sebab kosong je tanah luas utk poket A n B tu.

Dr Naufal kate gak, lepas pukul 6 petang dia akan blah dari situ utk mengelakkan nmpak benda2 plik. Sebab kata dia memang lepas pukul 6 petang macam2 ada kat situ. cam astro. haha. Kalau korang berani gi ah lepak memalam dekat tepi blok 5 blok chemi tu.And nasihat ikhlas, jangan lepak, drive sorang2, or naek moto sorang kat jalan belakang utp tu. huhu~

Lembaga Putih Kellie’s Castle.

Ni cerita dikatakan jadi sem lepas. Member cite gak ni. Haha. Kisah beberapa rakan pulang nak balik UTP lepas berpoya2 katne ntah lalu Kellie’s Castle. Bila lalu dorang nmpak lembaga putih elok je tunggu tepi jalan. Dorang cam tersentak and sorang mamat dalam kereta cam point ape benda tu? Dak2 laen diam je. Smpai UTP tibe2 blackout. Malam tu salah sorang kawan dorang histeria.

Kisah Aku, Rentap, Quek, Vince, dan Madi.

Ni cerita diri sendiri. Tapi feeling seram kaw kaw utk kami. Kitorang baru pulang dari ipoh. Vince drive. Pagi buta. Time lalu jalan kosong gelap panjang nak pulang ke UTP dari Ipoh tu, Madi dapat idea bengong. Aku duk blakang Vince yang tengah drive. Madi ngan aku ntah apsal wat plan nak terkejutkan Vince yang ngah drive. Aku bkak tingkap, kuarkan kpala smpai bagi leklok luar tingkap driver,than ketok tingkap.

Bajet ala2 kepala sergah dari luar tingkap tbe2 ar. Pastu Vince cam tkejut tak tkejut je. pastu kitorang gelak2 jap.tapi bila masuk je kepala, tutup tingkap tbe2 sume diam. Bulu roma masing2 naek. Tp msg2 tak ckp ape2 pun time tu. tak lame pastu tibe2 ade lori besar dari depan bagi lampu tinggi kat ktorang, cam nak bagitau something.

Lepas lori tu ade lagi satu kereta bagi lampu tinggi jugak. Masing2 mula rasa seram gila sebab pnah dgr cerita Madi pasal orang depan bagi lampu tinggi nak bgtau ade makhluk terbang atas kereta pakcik dia. Pastu masing2 dalam hati tak cite pape pn kat org laen tapi baca doa mcm2 dalam keta tu.

Sampai Utp, kat pondok pak gad, pak gad yang jaga depan tu plak wat benda plik. Dia greet kete kitorang tak pandang kitorang pun, tapi pandang atas kereta kitorang. Pastu trus cakap boleh jalan. Matrik kad pn tak tgk. plik kaw2. Tetibe kitorang lepas je pondok pak gad tu, terus blackout. Satu utp gelap. Sampai bilik kot baru terang. Masing2 dekat bilik baru bkak cite perasaan seram masing2. Huish.

Kalau anda duduk di v2 blok laki, jaga2.

Perasan tak, tepi blok b, dekat parking atas, tepi ampaian, ada satu pokok. sila jaga2 dengan tempat itu. Muaz member aku, bapak dia En. Azhari antara architect2 petronas yang turut terlibat untuk build UTP ni jugak. Dia ada cerita gak sebenarnya sebelum buat UTP ni area perkampungan Bunian.

Anda ada event di Undercroft?

Ni alkisah nya, aku sem lepas jadi head CnP utk v3 dinner di undercroft. Dinner kitorang adalah event student first yang dapat kebenaran buat kat hall undercroft. Lepas tu cam banyak gak wat. Tapi time kitorang buat, fellow aku, En Kayrool, org kuat ITMS dept ade la cerita kat aku. Cakap tak payah set up tempat dinner tu awal2, sebab kitorang patutnya cam kena buat hiasan ape suma awal2 kat undercroft hall tu. Sebabnya, pernah jadi, malam ni pintu kunci pn barang gerak sana sini esoknya. Mule2 aku blur dgr ayat tu las2 baru faham.haha. Management tau sgt hal ni. Undercroft pn dgr ada bahana2 gak time pembinaan dia. So lepak di undercroft malam2 adalah tindakan yang kurang bijak.haha.~

Sorang budak Utp yang ada kemahiran melihat sesuatu yang laen.

Aku pernah masuk peerhelper UTP. Pernah pergi training bersame Quek. Faci UTP, Pn Maznah antara yang train. Dia cerita macam2 experience die kat UTP, dari budak2 laki nak bunoh diri smpai la cerita ni. Pn Maznah cerita, ada seorang dak UTP (x sure da grad ke blum), ada kebolehan tgk makhluk2 laen.

Dak ni dah ada kebolehan ni lama, tapi still pressure bila tengok benda2 tu. Burok amat katanya. Dak ni cerita, takyah cakap la kat tmpat2 sunyi blakang UTP, dekat jalan nak gi poket D dan depan poket D pun macam2 makhluk gayut2 sana sini. Dia cakap UTP mmg banyak sgt makhluk tuh smpai dia sesak nafas tgk kiri kanan. Aku sendiri tym balik dari poket D malam2 pun pernah tengok depan mata anak kucing tengah melompat2 maen sumthing yang macam kalo kita hulur tali tu dia nak tangkap2 tu, padahal tade ape2 pun kat situ. Ni jadi dekat nak naik bukit tepi poket D tu tym orang nak balik tu.

Banyak jeh cerita2 laen lagi. Tapi ni la yang antara patut diconcern. huhu~Yang penting, jangan percaya sangat. Cerita2 ni pun ada yang ye ye betul ada yang ye ye je betul nye.Wallahualam. yang penting Allah itu maha berkuasa dan manusia adalah makhluk Allah paling sempurna di muka bumi ni.
__________________________________________________________

Banyak lagi cerita hantu UTP kat blog HAFISM nie, kalau rajin bacalah kat sana okay.. semoga korang berhati-hati semasa berada didalam kawasan kampus UTP.. Muehehehe, seram tak seram tak?

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Video Talent Competition University of Technology Petronas

on Tuesday, February 21, 2012



ATTENTION!!!

To all outside there who like to make video. 
Are you talented enough? 
Looking for a medium to prove your talent?
Grab your chances NOW !!! 
Prizes are waiting for you !!!
OPEN TO ALL STUDENTS; ALL RACES, INTERNATIONAL & LOCAL...

For those who are interested to enter VIDEO TALENT COMPETITION, please download the VTC Rules & Regulation Booklet and Registration Form here:

Tag : ,

Bermulanya Semester 2 aku di UTP

on Sunday, September 25, 2011

utp teknologi petronas

Cuti dah habis bro! So, esok bermula lah semester kedua aku di UTP (baca:universiti teknologi petronas) Pejam celik pejam celik tak sangka pulak dah nak masuk bulan kelima aku berada di UTP kat tronoh (perak) tu.

So, start new semester with big smile on my face. Harapan aku agar semester baru ini jauh lebih berkualiti daripada permulaan buruk aku semasa semester pertama yang lalu. Amin..korang pon jangan lupa doakan kejayaan aku di sini ye.tengkiu awek-awek comel dan abang kacak sekalian;p

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Alhamdulillah,aku berjaya hack Admiral Hafiz

on Sunday, August 14, 2011


Assalamualaikum dan salam ramadan al-mubarak

Sementara nak menunggu waktu untuk berbuka puasa hari ni, aku nak share satu kejayaan terbesar aku dalam alam maya ni. Hari ni aku berjaya hack akaun blogger blogger #retis Admiral Hafiz. Ya,aku berjaya ceroboh masuk dashboard dia. Muahahaha (ketawa jahat) kalau korang kurang percaya...ce tengok nihhh, aku siap printscreen nihhh...


Amacam? percaya dah? lepas ni aku rasa aku nak apply untuk bekerjasama dengan Gaysec lah pulak, tak pun aku apply join Kenahack...mesti makin mantap diorang nanti. Bukan senang nak cari hacker yang power cam aku kat Malaysia nihh..

Hehehe, takde lahhh...sebenarnya ni merupakan effects kepada masalah talian internet / WiFi kat kampus UTP nihhh...entah kenapa, daripada pagi tadi dah banyak dashboard keluar kat laptop aku...ingatkan aku memang berbakat dalam bidang hacking ni...rupa-rupanya tidak. Tu pun lepas aku baca ENTRI INI

p/s: agak-agak lah kan,siapa yang bertuah dapat masuk dashboard aku?



KEEP ON SMILING:)


Tag : , , , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog