Showing posts with label universiti teknologi petroleum. Show all posts
Showing posts with label universiti teknologi petroleum. Show all posts

CONVOFair Fest 2011 UTP

on Friday, October 14, 2011


Assalamualaikum semua manusia yang membaca,

convofair UTP

CONVOFair Fest 2011 Universiti Teknologi Petronas akan bermula tidak lama lagi. sebabnya hari ini, Jumaat 14 Oktober merupakan hari pertama event ini berlangsung dan akan menutup tirainya pada 16 Oktober 2011 iaitu pada hari Ahad nanti. So maknanya kat sini ConvoFair ni akan berlangsung selama tiga hari dua malam. Betul tak aku kira ni? Hehehe..
Tag : ,

Bermulanya Semester 2 aku di UTP

on Sunday, September 25, 2011

utp teknologi petronas

Cuti dah habis bro! So, esok bermula lah semester kedua aku di UTP (baca:universiti teknologi petronas) Pejam celik pejam celik tak sangka pulak dah nak masuk bulan kelima aku berada di UTP kat tronoh (perak) tu.

So, start new semester with big smile on my face. Harapan aku agar semester baru ini jauh lebih berkualiti daripada permulaan buruk aku semasa semester pertama yang lalu. Amin..korang pon jangan lupa doakan kejayaan aku di sini ye.tengkiu awek-awek comel dan abang kacak sekalian;p

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Alhamdulillah,aku berjaya hack Admiral Hafiz

on Sunday, August 14, 2011


Assalamualaikum dan salam ramadan al-mubarak

Sementara nak menunggu waktu untuk berbuka puasa hari ni, aku nak share satu kejayaan terbesar aku dalam alam maya ni. Hari ni aku berjaya hack akaun blogger blogger #retis Admiral Hafiz. Ya,aku berjaya ceroboh masuk dashboard dia. Muahahaha (ketawa jahat) kalau korang kurang percaya...ce tengok nihhh, aku siap printscreen nihhh...


Amacam? percaya dah? lepas ni aku rasa aku nak apply untuk bekerjasama dengan Gaysec lah pulak, tak pun aku apply join Kenahack...mesti makin mantap diorang nanti. Bukan senang nak cari hacker yang power cam aku kat Malaysia nihh..

Hehehe, takde lahhh...sebenarnya ni merupakan effects kepada masalah talian internet / WiFi kat kampus UTP nihhh...entah kenapa, daripada pagi tadi dah banyak dashboard keluar kat laptop aku...ingatkan aku memang berbakat dalam bidang hacking ni...rupa-rupanya tidak. Tu pun lepas aku baca ENTRI INI

p/s: agak-agak lah kan,siapa yang bertuah dapat masuk dashboard aku?



KEEP ON SMILING:)


Tag : , , , , ,

Siapa pengganti barisan kepimpinan Rakan Masjid UTP?

on Thursday, August 11, 2011


Rakan Masjid
organisasi keislaman rasmi Universiti Teknologi Petronas


Terima kasih kepada Rakan Masjid penggal lalu
dan aku harap bakal pengganti mereka akan lebih baik
INSYALLAH


KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Operation Hours Cafe di UTP (universiti teknologi petronas) sepanjang bulan Ramadan

on Monday, August 01, 2011

CAFETERIA OPERATION HOURS DURING RAMADHAN (AUGUST 2011)

NO NAME OF CAFETERIA LOCATION OWNER’S NAME OPERATION HOURS REMARKS
1 Kafe dan Katering Sajian Ria
No.9,Taman Tasik Putra.Tronoh.Perak.
V1 En Ali Harun 3 PM – 5 AM
2 Kafeteria Sayang
2 Jln Maju Aman,1 Taman Maju. 41750 Sri Iskandar.Perak
V2 Pn Che Maimun 8 AM – 10 PM
3 Gerai Makan Kak Sufiah
No.43, Kamapung Serkai Jadi.31750 Tronoh.Perak
V2 Pn Sufiah 3 PM – 5 AM
4 Aroma Bakeries & Caterers
No.128 PT 7781,Dataran Iskandar.32600 Sri Iskandar. Perak
V3 (Western) Pn Norma M Saleh 7 AM– 10 PM
3 PM – 5 AM
1ST WEEK
(1 – 7 AUGUST)
2ND WK, 3RD WK & 4 WK
5 Pocket C Food & Catering
71, Jalan Maju 3, Taman Maju.31750 Seri Iskandar.Perak
V3 (Malay) Pn Zalina Ismail 7 AM– 10 PM
3 PM – 5 AM
2ND. WEEK
(8 - 14 AUGUST)
1ST. WK, 3RD WK & 4 WK
6 Sinar Madina Sdn.Bhd
No.2 Laluan Chemor Maju 6, Taman Chemor Idaman.31200 Chemor. Perak.
V4 Pn Salina Sadhree 7 AM– 10 PM
3 PM – 5 AM
3RD. WEEK
(15 -21 AUGUST)
1ST. WK, 2ND. WK & 4 WK
7 Restoran Anjung Rawa V4 (Malay) En Chairil Anwar 7 AM– 10 PM
3 PM – 5 AM
4TH. WEEK
(22- 28 AUGUST)
1ST. WK, 2ND. WK & 3RD. WK
8 Rifa Maju Enterprise V5
(Old Village)
En Mohd Farizul Abdul Malek 3 PM – 5 AM
9 Sinar Selera Sdn.Bhd. V5 En Mansah Othman 3 PM – 5 AM
10 Kafe Paprika
No.7 Laluan 11,Panorama Tambun Perdana. 31400 Ipoh. Perak
Pocket D Pn Nuraini 8 AM – 5 PM
11 Tudong Saji Student Centre En Raziman 8 AM – 10 PM Ramadhan Buffet will be provided RM15/each – ‘eat how much you can’ concept.
12 Tudong Saji Pocket C En Raziman CLOSE (TBA)
13 Al –Quds Cafe
No. 10 Lot 134 Jalan Mat Saleh, Kampung Melayu Bali.31750 Tronoh. Perak
V5 En Kudus 3 PM – 5 AM
14 Anna Setia Enterprise
No.28 Persiaran Iskandar Perdana 4,Sek 1,Bandar Sri Iskandar Bota.32600 Sri Iskandar.Perak
V5 En Syed 8 AM – 11 PM
15. JFV Enterprise
162-V, Jalan SM 1A/5, 32040 Seri Manjung.Perak
V5 Kak Zura 24 HRS
Operation Hours Cafe di UTP (universiti teknologi petronas) sepanjang bulan Ramadan
Tag : , ,

Eh,ape kes ni?

on Sunday, July 24, 2011

Assalamualaikum..first sekali,cube korang bace ni.
kalau tak nampak,sila klik pada gambar ya...


okay,mase untuk aku mengulas dengan panjang lebar macam buat esei english. haha,bajet esei buat lima enam muke surat lah..puihhh,nak tulis separuh kertas pon payah,ade hati nak lebih-lebih. 

aku nak cakap something pasal hal ni, tapi bila aku dok pikir-pikir balek. aku rase tak payah lahh. baik aku simpan je niat aku nak bagi respon dalam isu ni. bukan ape, aku terpikir camni: aku ni kan baru masuk,baru sebulan.tak kan laa nak komplen itu lah ini lahh. kalau dah 5 tahun kat sini tak pe lahh kot.

Tapi ni bukan lah keputusan terakhir aku, maksudnya aku masih lagi mempertimbangkan untuk memberi sedikit komen tentang perkara ni.

sebab tu sekarang ni aku nak tanye pendapat korang semua, perlu ke aku ulas isu ni? hee,tolong bagi respon ye. kalau rase susah nak komen guna akaun google, pakai akaun facebook pon boleh..

blog smile:) ni aku dah upgrade jadi mesra pembaca dan pengomen.. jawab "ya" atau "x" pon dahh cukup. terima kasih semua


Tag : ,

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETROLEUM

on Friday, July 15, 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETROLEUM


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ni aku nak cerita pasal isu paling HOT kat kampus aku 2,3 hari ni. 

Sebenarnya ni bukan lah isu baru bagi kami, para UTPian tapi sejak akhir-akhir ni menjadi semakin panas dan sensasi. Kalah cerita pasal perhimpunan BERSIH aritu. 

Isu yang aku nak cerita kat sini adalah tentang pertukaran nama Universiti Teknologi PETRONAS kepada nama Universiti Teknologi PETROLEUM. haa,nampak tak beza kat situ. Daripada nama PETRONAS nak ditukar menjadi PETROLEUM
Tag : , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog