Showing posts with label sepak. Show all posts
Showing posts with label sepak. Show all posts

Kecederaan Rooney: Nike Mula Disiasat

on Monday, September 10, 2012


Ekoran kecederaan yang dialami oleh penyerang Manchester United , Wayne Rooney kini telah menjadi perhatian. Wayne Rooney mendapat kecederaan yang agak parah semasa cuba mengatasi Hugo Radallega (Fulham FC) yang menggunakan boot Nike Mercurial Vapor VIII di Old Trafford lepas.

Berikutan dengan ini, Professional Footballers Association (PFA) telah memulakan siasatan terhadap NIKE SG Pro keatas konfigurasi stud yang digunakan oleh Hugo Rodellega selamat atau tidak.

Sekiranya PFA mendedahkan bahawa konfigurasi SG Pro tidak layak digunakan di padang EPL ianya berkemungkinan akan menjadi tamparan hebat buat NIKE yang baru mengumumkan akan Nike Mercurial Vapor VIII.

Bagi Nike, konfigurasi stud yang digunakan adalah hebat dan terbaik dalam keadaan basah dan ia direka untuk cengkaman yang terbaik kepada penggunanya. Nike juga kini menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh PFA samaada penggunaan SG Pro boleh digunakan atau sebaliknya.

Wayne Rooney kini terlepas dalam kelayakan Piala Dunia dan berehat bersama Man United sekurang-kurangnya empat minggu. Ketua PFA, Gordon Taylor kini sedang memulakan siasatan terhadap konfigurasi stud SG Pro ini.

sumber: badsocks.blogspot.com

Tag : ,

Pasukan Spain Terima Notis Amaran

on Saturday, June 30, 2012


Pasukan Spain Terima Notis Amaran menjelang pertembungan Final EURO 2012 menentang Italy nanti. Notis ini adalah amat keras, keras macam batu!

Pasukan Spain Terima Notis Amaran

Kehadapan pasukan Spain yang sentiasa bernasib baik, ini merupakan notis amaran buat pasukan kamu yang layak ke final EURO 2012 meskipun tidak berapa nak power main bola seperti team-team yang lain.

Untuk beberapa perlawanan Spain sebelum ini, ramai pencinta bola sepak global melahirkan kekecewaan terhadap corak permainan pasukan Spain yang amat lembab dan membosankan. Sepertimana yang diulas oleh Denaihati

Pasukan Spain hanya tahu passing, passing, passing, passing, passing,....., dan passing lagi sehinggalah semua orang dah malas nak layan, barulah Spain melakukan serangan sekaligus menjaringkan gol. Gol tu pun kadang-kadang ihsan pengadil yang bagi penalti. Bosan bosannn..

Seperkara lagi mengenai pasukan Spain yang dibenci oleh kami semua ialah bakat lakonan yang sangat hebat pada setiap pemain Spain. Walaupun dengan sentuhan yang nyata tidak mampu membunuh seekor semut, sudah boleh menjatuhkan seorang pemain Spain yang cukup sopan santun di atas padang. Kesian mereka, tolong jangan kasari pemain Spain ini time Final nanti ye Itali..

Ah sudah, malas nak cerita pasal Spain banyak-banyak. Apa yang penting sekarang aku tak sokong mana-mana team sama ada Italy ataupun Spain untuk menjadi juara tetapi yang pastinya aku sangatlah tidak mahu melihat Spain menjadi Juara...lagi. Bosannnn bosann..baik layan Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati, lagi best. Huh


p/s: ada ke penyokong Spain kat sini ye?



Tag : , ,

Semi Final EURO 2012: Portugal VS Spain

on Wednesday, June 27, 2012

Ramalan Gol Portugal VS Spain | Semi Final EURO 2012


Penat melayan perlawanan epik Eyriqazz VS Denaihati, kita beralih pula kepada perlawanan EURO 2012 yang kian hangat membakar. Lebih-lebih lagi malam ni merupakan perlawanan peringkat Semi Final yang pastinya lebih sengit lagi dengan pertembungan antara pasukan Portugal dengan Spain.

PORTUGAL VS SPAIN : Yang Mana Satukah Pilihan Anda?

EURO 2012 setakat ni ada game yang best dan ada juga yang membosankan. Contoh perlawanan yang best adalah ketika pasukan Germany bertemu Greece, dan juga perlawanan Italy VS England tempoh hari.

Aku rasa kedua-dua game ni best sebab ada banyak shooting dan percubaan gol yang dilakukan oleh pasukan yang sedang beraksi. Kalau tak, memang bosan lah. Contoh macam game Spain VS France, rasa membazir je tengok.

Corak permainan pengecut Spain hanya untuk kemenangan mereka sahaja, dan bukan untuk menghiburkan penonton yang membayar tiket takpun yang bersengkang mata nak tengok LIVE kat TV3. Ciskek..

Takpelah, tu semua dah lepas.. malam ni Semi Final EURO 2012: Portugal VS Spain pulak. Sebagai peminat tegar Cristiano Ronaldo, aku pastinya menyokong team portugal untuk menang 2-0 dengan Spain.

Walaupun satu ketika dulu orang-orang Portugis pernah datang menjajah Melaka dan mengakibatkan penjajahan panjang di tanah air kita ini, aku tetap mahu support Portugal malam ni. K fine tak lawak :p Hehe..

So, korang pulak support team mana? Kalau support team main passing-passing Spain, aku tak nak kawan ngan korang. Hehehe.. gurau jerr :p


p/s: baru lepas vote Portugal atau Spain kat GAMBAR NI

Tag : , , , , ,

Gaji Terkini Nazmi Faiz RM300,000?

on Tuesday, May 29, 2012


Gaji Terkini Nazmi Faiz RM300,000?

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.


Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.


Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.


Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.


"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya. 
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.


Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.


sumber: Sinar Harian


Tag : , ,

Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012

on Thursday, May 03, 2012


Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012







Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012




Tag : , ,

Penghinaan terhadap Carlos Tevez

on Tuesday, April 17, 2012


Assalamualaikum dan salam 1Dunia..

carlos tevez

Menjelang pertemuan derby match antara Manchester City dengan Manchester United ahad ini, kedua-dua pasukan telah bersetuju untuk memberikan 'penghinaan' terhadap pemain yang pernah menjadi tonggak utama kedua-dua pasukan iaitu Carlos Tevez dalam kempen Trash Your Tevez Shirts


Penghinaan terhadap Carlos Tevez ditaja sepenuhnya oleh BetFair, syarikat pertaruhan yang menaja United. Kumpulan BetFair akan menyediakan trak sampah besar dengan tulisan RECYCLING TEVEZ di hadapan pintu masuk Stadium Old Trafford. Trak itu dicat dengan separuh warna merah dan separuh lagi dalam warna biru bagi membolehkan penyokong kedua-dua pasukan membuang semua jersi bernama Carlos Teves di dalam trak itu.


Lebih 75,000 penyokong dijangka datang dari Sir Matt Busby Way dan digalakkan membuang jersi Tevez sebagai tanda penghinaan kepadanya dan kemudiannya semua jersi itu akan dihantar ke Argentina untuk diserahkan kepada badan kebajikan negara itu.

“Sudah beberapa kali Tevez mengecewakan peminatnya,” kata jurucakap Betfair, Alex Bake. “Tiada cara yang lebih baik untuk penyokong menunjukkan kebencian mereka selain membuang jersi mereka. “Kedua-dua penyokong itu jarang bertemu tetapi saya pasti mereka akan berpuas hati jika dia meninggalkan Manchester, ketika musim perpindahan Januari depan.”

Malah Carlos Tevez kini terdesak untuk meninggalkan Stadium Etihad apabila musim perpindahan bermula Januari depan dan kariernya bersama Manchester City bakal berakhir ketika Mancini masih mengendalikan kelab itu.

Kempen Penghinaan terhadap Carlos Tevez nampaknya akan mencipta satu rekod baru dalam hubungan antara kedua-dua kelab yang bertapak di Manchester itu. Buat julung-julung kalinya, mereka tidak akan berkelahi dan bertikam lidah malah bersatu dalam meminggirkan pemain yang dibenci iaitu Tevez. Haha, kesian betul si Tevez tu kan..dah nasib badan semua orang benci

So,aku tak sabar nak tengok Manchester dalam match hujung minggu ni. Manchester mana? Cuba lah teka.. Hahaha, hope game diorang nanti tidaklah membosankan. Manchester City VS Manchester United, siapa yang akan menang? Just wait and see yawww

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

53 gol C.Ronaldo dan Messi dalam masa 3 minit

53 gol C.Ronaldo dan Messi dalam masa 3 minit
Pehhh,gempak gila beb...53 gol dalam masa 3 minit je...hehehe

ronaldo vs messi

Bawah ni ada dua video...
Satu video 53 Gol Cristiano Ronaldo semusim

dan satu lagi video
53 Gol Lionel Messi semusim

Dua-dua video ni cuma memakan masa 3 minit je...
hebat tak orang yang edit ni?














Credit to: Hamdan Syakirin

KEEP ON SMILING:)

Tag : , , , ,

HOT!! Apek dan Dahlia Teck Sudah Berpisah

on Monday, April 16, 2012





Ini mungkin satu khabar yang mengembirakan untuk golongan wanita negara ini apabila penjaga gol kebangsaan yang semakin hot, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex sah kembali solo.

Yup…Apex mengesahkan kepada majalah URTV dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

“Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan,” katanya dalam majalah itu.

Apex bagaimanapun enggan menyatakan jika perpisahan dengan Dahlia Teck berpunca daripada pihak ketiga.

Dia juga memilih untuk kekal single buat seketika...Hingga bila tu Pex?

“Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau  nak memikirkan soal cinta,” katanya.

Apex pernah bertunang dengan Elia. Selain itu, antara nama yang pernah terkait dengan dirinya adalah Nora Danish dan Leuniey Natasha.

Tidak ketinggalan juga nama Shida Harmi.

Tag : ,

Neelofa dan Nazmi Faiz Harimau Muda dilamun Cinta?

on Saturday, April 14, 2012

NAZMI FAIZ MANSOR MASIH SINGLE DAN TIADA KEKASIH

Nazmi Faiz

Berikut merupakan keterangan yang dikeluarkan oleh Nazmi Faiz kepada wartawan murai:

namzi faiz awek

maklumat lanjut, di Facebook Nazmi Faiz


p/s: Jadi Neelofa bukan kekasih Nazmi Faiz lah ye, fuuuuhh..


Tag : , ,

Ariff Zulkifly Disambar Kelab New Zealand

on Wednesday, April 04, 2012



Kejayaan pemain muda negara, Muhd. Ariff Zulkifly memikat kelab New Zealand, Island Bay United adalah sesuatu yang amat membanggakan. Sekurang-kurannya beliau kini sudah ada kelab untuk meningkatkan lagi tahap pemainannya selepas ini.

Ariff yang sebelum ini dipanggil menjalani ujian percubaan bersama Akademi Bola Sepak Ole telah ditawarkan kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU). Ternyata langkah berani Ariff yang juga bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara berkelana ke New Zealand menjalani ujian percubaan bersama Ole membuahkan hasil apabila ditawar kontrak mewakili Island Bay untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central.

Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawarkan peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei depan. Namun beliau belum pasti lagi sama ada akan menerima tawaran Luton itu kerana beliau juga perlu memikirkan kos yang tinggi untuk ke sana.




Tag : ,

LAUK!! Indonesia dikalahkan Bahrain 10-0

on Thursday, March 01, 2012

Percayakah anda?

Indonesia dimalukan Bahrain 10-0



Perlawanan Bola Sepak antara pasukan negara jiran kita, Indonesia dan juga Bahrain malam tadi menyaksikan satu lagi sejarah dalam bola sepak tanah air telah tercipta kerana pasukan garuda dibelasah tanpa belas kasihan oleh pasukan lawan dengan keputusan 10 gol berbalas..... tiada jaringan.
Tag : , ,

I love 11 February 2012

on Saturday, February 11, 2012


11/02/2012


I will never forget the date..
Double joys in one night :D

Manchester United ( 2 ) - ( 1 ) Liverfoolpool

p/s: esok bangun pagi dah siap breakfast, best nye~

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

El Clasico: Copa Del Rey

on Thursday, January 19, 2012


EL CLASICO : REAL MADRID VS BARCELONA

i vote for Christiano Ronaldo
and i hope Real Madrid win this game
#HalaMadrid

Barcelona will always play bad football and claims for every trophy..
like a bitch ;)

KEEP ON SMILING:)

Tag : ,

Final Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 2011

on Saturday, November 19, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Adakah benar Perlawanan Akhir acara bola sepak Sukan SEA 2011 akan menemukan skuad Harimau Muda dan juga skuad Garuda Muda? Emm, itu semua tak boleh nak dipastikan tapi kalau diikutkan rekod di atas kertas, Final Malaysia VS Indonesia Sukan SEA 2011 tidak mustahil akan berlaku.
Tag : , ,

Lirik Lagu Selamanya - Ultras Malaya ft Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet

on Friday, November 18, 2011

ULTRAS MALAYA : SELAMANYA


VIDEO LAGU SELAMANYA


LIRIK LAGU SELAMANYA - feat Joe Flizzow, Carleed Khaza & Altimet
Tag : ,

Keputusan Perlawanan Australia VS Malaysia

on Friday, October 07, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

keputusan perlawanan persahabatan australia vs malaysia 7 oktober 2011

Perlawanan Australia VS Malaysia pada hari jumaat ini, 7 Oktober 2011 telah menarik perhatian ramai pemerhati dan juga peminat setia sukan bola sepak negara kita kerana perlawanan bola sepak persahabatan antara Australia dengan skuad Harimau Malaya akan menentukan kualiti dan mutu permainan yang dicorakkan pemain kebangsaan.

Keputusan Perlawanan Australia VS Malaysia akan mewujudkan satu penanda aras yang akan dijadikan ukuran keberhasilan usaha ramai pihak dalam memartabatkan sukan bola sepak di Malaysia ini. Aku sendiri tidak nafikan bahawa aku juga ternanti-nanti keputusan perlawanan persahabatan Australia VS Malaysia ini pada tiupan wisel penamat nanti.

Apa yang pasti, keputusan perlawanan Australia VS Malaysia ini akan mewujudkan dua keadaan yang ketara. Sama ada skuad negara akan terus dijulang ataupun mereka akan disisih dan dipinggirkan oleh orang ramai. Oh ya, dengarnya barisan pemain kita cukup mantap dengan kehadiran penyerang kebanggaan negara iaitu Safee Sali dan skuad Australia bersiap dengan pemain hebat seperti TIM CAHIL.
Tag : ,

Safee Sali mengamuk isu permit

on Thursday, September 22, 2011


safee sali


Safee Sali mengamuk kerana isu permit kerja nya? Aku rasa kalau la Safee tak professional, mesti dah lama dia buat macam tu. Mengamuk dan mengamuk lagi. Yelah, dia kan pemain berbakat dan serba boleh. Tetapi disebabkan beberapa perkara yang jelas sekali di luar bidang kuasanya membuatkan dia tidak mampu mencipta kegemilangan yang di idam-idamkannya dan juga seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Antara perkara yang menjadi halangan besar buat pemain tunggal negara di benua Eropah ini ialah mengenai ranking Fifa Malaysia tidak melepasi had kelayakan untuk nya bermain di England bersama pasukan Cardiff City.


“Safee mendapat perhatian MacKay, namun masalah permit kerja menjejaskan sedikit minat pengurus ini. Menurut laporan akhbar di Wales, Selasa lalu, MacKay mengaku puas hati dengan Safee dan berminat dengannya tapi beliau tidak mahu bersusah payah dengan masalah luaran seperti urusan permit kerja memandangkan beliau mempunyai pilihan pemain lain.

“Safee berasa jika pasukan kebangsaan menduduki ranking lebih baik sudah pasti laluannya lebih mudah untuk mendapat tawaran bermain di sana. “Bagaimanapun Safee tetap mahu terus mencuba dan gembira menjalani latihan bersama Cardiff City,” katanya yang hanya berhubung dengan Safee menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). - SUMBER


Tidak mengapalah Safee, mungkin bukan rezeki kamu dan kita semua rakyat Malaysia untuk melihatnya beraksi garang di pentas tertinggi sukan bola sepak. Jangan putus asa, teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik. Lakukan lah demi masa depan sukan bola sepak negara kita.

Sebelum ini,ramai (termasuk aku) yang tidak suka malah membenci mutu permainan pemain bola sepak negara tetapi sejak akhir-akhir ini, apabila skuad kebangsaan dibarisi pemain seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha..segalanya telah berubah. Kini,peminat skuad kebangsaan semakin bertambah dan berkeyakinan terhadap muka baru pemain bola sepak Malaysia.


p/s: aku bangga dengan semangat juang Safee Sali nie

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Stylo-Real Madrid 3rd kit | Jersi Merah

on Sunday, September 18, 2011


Korang perasan tak pemain Real Madrid memakai jersi baru pada perlawanan UEFA tempoh hari. Haa, kat bawah ni ada beberapa gambar 3rd kit Real Madrid yang aku rembat daripada web rasmi Real Madrid sendiri kat SINI.








Jersi baru Real Madrid menggunakan warna merah sebagai tema utama nya. 3rd Kit Real Madrid ini telah digunakan semasa perlawanan UEFA Champions League. Untuk sebarang info dan lebih banyak gambar mengenai jersi ke-tiga pasukan Real Madrid ini, sila ke PAUTAN INI. Untuk urusan jual beli dan tempahan, hubungi mereka di SINI.



Tag : , , ,

Video Pesta Gol Manchester United VS Arsenal 8-2

on Monday, August 29, 2011

manchester united vs arsenal,man united arsenal,manchester arsenal,video goal

MANCHESTER UNITED (8) - (2) ARSENAL
Sebelum tengok highlight dan video pesta gol Man United semalam,jom aku habaq siapa penyumbang 10 jaringan dalam perlawanan yang menghiburkan semalam...check it out!

MAN UNITED       ARSENAL
Welbeck                 Walcott
   A.Young              Van Persie
                                                                               Rooney
                                                                               Rooney
                                                                                 Nani
                                                                             Park Ji Sung
                                                                               Rooney
                                                                               A.Young




GLORY-GLORY MANCHESTER UNITED
Whatever Manchester City can do, United can do it better!

KEEP ON SMILING:)
Tag : , , ,

Video Drogba ditumbuk dan pengsan Chelsea VS Norwich

on Sunday, August 28, 2011

Video Drogba ditumbuk dan pengsan Chelsea VS Norwich








Perlawanan semalam menyaksikan satu tragedi bagi pasukan Chelsea FC apabila pemain utama mereka di bahagian serangan iaitu Drogba ditumbuk oleh penjaga gol Norwich City dan pengsan serta tidak sedarkan diri. Bagaimanapun,Chelsea masih mampu memenangi perlawanan tersebut. Tahniah The Blues..

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog