Showing posts with label safee sali. Show all posts
Showing posts with label safee sali. Show all posts

Semi Final AFF Suzuki Cup: Harimau Malaya VS Gajah Siam

on Saturday, December 08, 2012


Hahaha, tergelak aku tengok keratan muka depan akhbar Metro ni. Ada ke patut pengganti bahagian serangan skuad kebangsaan menentang Thailand nanti disandarkan pada bahu mamat Azwan Ali ni? Memang tak lahhh...

Oh ya korang jangan tertipu pulak ye, ni bukan Harian Metro sebenar. Gambar ni sudah pun diedit dan aku sendiri jumpa kat twitter petang tadi. Biasalah, nak menambahkan debaran menjelang Semi Final AFF Suzuki Cup malam esok.

Harimau Malaya VS Gajah Siam. Aku pun tak tau nak komen apa mengenai pertembungan ni sebabnya jarang sekali Malaysia berjumpa dengan Thailand dalam perlawanan yang penting camni... and aku pun tak kenal kot siapa pemain Thailand, tapi dengar cerita player diorang gempak-gempak jugak. Ada yang bermain di EPL. Betul ke?

Tapi aku tetap yakin dengan kemampuan Harimau Malaya. Kalau dua tahun lepas kita boleh muncul sebagai Juara di kejohanan ini, kenapa tidak kita kekalkan kejuaraan tersebut untuk satu penggal lagi.. Lagipun pemain Malaysia pun mempunyai kualiti tersendiri yang sangat unik dan berbeza dengan pasukan lain.

Mat Yo. Player baru Johor ni memang tak berapa nak perform dalam game sebelum ni tapi rileks lah, macam Torres jugak mungkin sekarang ni Mat Yo masih belum menemui sentuhan emasnya tetapi jangan terkejut kalau nanti dia menjaringkan gol penting yang memastikan kejuaraan Harimau Malaya kelak.

Safee Sali pulak tak segarang dulu, mungkin sebab dia selalu sangat cedera kot. Lagipun Safee sekarang ni berdepan dengan pelbagai masalah tapi mungkin dah settle lepas dia setuju join team Johor musim depan. Mungkin dia happy sikit lepas ni dan boleh menjaringkan gol semula buat skuad negara. Kita tunggu dan lihat saja ok..

S Kunalan dikatakan bakal turun beraksi menentang Thailand malam esok. Ini berita gembira buat kita semua memandangkan pengganti tempat Kunalan sebelum ini, Wan Zack Haikal tak dapat bermain kerana kecederaan... Takpelah, bagi Wan Zack rehat dulu.. kita guna khidmat S Kunalan pulak.. Bagi dia gelecek sikit budak-budak Thailand tu.. Hehehe..

Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. Walau berapa banyak gol yang kita dapat tak guna jugak kalau pihak lawan dapat jaringkan lebih banyak gol daripada team kita. Betul tak? So kat sini peranan penjaga gol memang sangat penting. Diharapkan Apek mampu menunjukkan aksi luar biasa sepertimana yang dia pernah tunjukkan sebelum ni. Tapi kalau dia penat, kita boleh turunkan Faridzal Marlias pulak...

Walau apa pun yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya, kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat kejayaan Harimau Malaya mestilah memberikan sokongan yang padu kepada mereka. Kita kena percaya dengan kemampuan mereka, sebabnya mereka akan menjadi lebih bersemangat dengan sorakan dan sokongan para peminat di stadium dan juga dirumah.

Semoga berjaya Harimau Malaya :D


Tag : ,

Safee Sali Bercerai Talak Satu

on Wednesday, April 04, 2012





SHAH ALAM – Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali menceraikan isterinya Sabrina Yusof talak satu, pada 2 April lalu.

Selasa lalu, Safee membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas Sabrina di luar mahkamah.


Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1. – SinarHarian
Tag :

Punca Sebenar Penceraian Safee Sali

on Tuesday, April 03, 2012





KUALA LUMPUR – Peminat-peminat bola sepak negara dikejutkan dengan berita perceraian penyerang kebangsaan, Safee Sali, 28, dengan isterinya Sabarina Yusof apabila Safee dengan sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.

Berita perceraian itu seterusnya menamatkan spekulasi berhubung dengan cerita-cerita gosip yang didengar mengenai masalah rumah tangga penyerang bola sepak kelab Pelita Jaya itu.

Namun, terdengar desas-desus cerita yang kurang enak mengenai punca perceraian Safee dan isterinya apabila ada pihak mendakwa kemusnahan rumah tangga jejaka tersebut berpunca dari munculnya pihak ketiga yang cuba merampas Safee dari Sabarina.

Menurut sumber tersebut, pihak ketiga itu adalah gadis Indonesia yang Safee kenali sepanjang dia berkhidmat di Pelita Jaya di Indonesia.

Gadis tersebut masih lagi berstatus bujang dan begitu mengagumi diri Safee yang sentiasa komited dalam khidmatnya sebagai pemain bola sepak dan setia memberikan sokongan kepada Safee yang berjauhan dari isterinya.

Selain itu, sumber tersebut juga memberitahu, gadis Indonesia itu mempunyai rupa paras yang menarik dan mirip-mirip seperti penyanyi wanita Indonesia popular, Kris Dayanti.

Dek kerana Safee berjauhan dengan isterinya, dikatakan perkenalan dengan gadis tersebut memberikan peluang kepada gadis Indonesia itu menjaga dan mengambil berat tentang diri Safee.

Sering kali dilihat di padang sewaktu Safee menjalani sesi latihan, gadis tersebut akan hadir memberikan sokongan padu kepada Safee.

Namun, walaupun perasaan sayang dan sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh gadis tersebut terhadap dirinya, Safee sedikit pun tidak menaruh hati dan perasaan untuk membalas cinta yang dihulurkan oleh gadis itu.

Dikatakan juga Safee tidak mahu memberikan cintanya yang setia terhadap isterinya kepada gadis atau wanita lain.

Dalam perkembangan lain, Safee enggan mengulas lanjut berhubung isu perceraiannya manakala, bekas isterinya sahaja yang memberikan komen dan mengesahkan perceraian antara mereka berdua.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Tag :

Tahniah! Safee Sali dilamar kelab Bundesliga

on Wednesday, August 10, 2011

tags: Safee Sali dilamar Bundesliga, Safee Sali dirisik kelab Bundesliga, Bundesliga German merisik Safee Sali, Safee Sali pindah ke Bundesliga
Tahniah! kepada Safee Sali kerana telah dilamar kelab Bundesliga

Video ulasan Safee Sali dilamar kelab Bundesliga
-hasil wawancara dengan Safee Sali-


Kalau benar lah Safee Sali akan ke Kelab Bundesliga, ia nya amatlah menggembirakan seluruh peminat bola sepak Malaysia kerana Safee akan mengukir satu lagi sejarah yang cukup bermakna buat negara kita

KEEP ON SMILING:)



Tag : , , ,

Malaysia VS Singapura 28 Julai

on Thursday, July 28, 2011

Kempen kelayakan Piala Dunia FIFA antara pasukan negara kita, Malaysia dengan negara jiran iaitu Singapura memang amat dinanti oleh seluruh penyokong dan rakyat kedua-dua buah negara. Buktinya, tiket untuk perlawanan Malaysia VS Singapura pada 28 Julai 2011 telah pun habis dalam masa yang amat singkat sahaja.





Malaysia VS Singapura 2011


Pada pertembungan pertama sebelum ini, skuad Singa putih telah berjaya mengatasi skuad Harimau Malaya yang kurang mengganas dengan defisit 2 jaringan. Malaysia tewas selepas melepaskan 5 gol.

Walaubagaimanapun, aksi skuad kebangsaan telah berjaya menawan hati para penyokong apabila memperlihatkan kebangkitan dramatik apabila menjaringkan 3 gol dalam perlawanan Malaysia vs Singapura yang sengit itu. Untuk melihat highlight Malaysia VS Singapura tempoh hari, boleh la KLIK SINI




Tidak dinafikan, barisan pertahanan skuad kebangsaan begitu lemah sekali apabila beberapa kali gagal menghalang gol nasib tuan rumah, Singapura. Mungkin ini adalah strategi skuad negara kita untuk membiarkan Singapura hanyut dengan kegembiraan yang sementara dan seterusnya leka untuk perlawanan timbal balik di Bukit Jalil hari ini. Tidak mustahil bukan?

Lagipun kita sudah jumpa pengganti kapten pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim macam yang aku cerita kat entri sebelum ni...belum baca? cuba KLIK SINI





Oke,back to topic. Kalau korang tak sempat nak beli tiket untuk perlawanan malam ni...jangan risau. Aku boleh tolong korang carik channel yang ada LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA..

    MALAYSIA VS SINGAPURA
    KLIK BUTTON PLAY DALAM AREA PUKUL 8.30 PM

    pastikan internet korang laju untuk kepuasan maksimum..yeahhh !!


    Hope perlawanan Malaysia VS Singapura kali ni akan memihak kepada team negara kita,Malaysia... jom ramai ramai support team kita!! Ganyang Singa! *eh,ade ke?

    p/s: hope Khairul Fahmi tak terganggu dengan gosip HOT die sekarang ni.fokus fokussss...

    KEEP ON SMILING:)

    Tag : , , , , ,

    Safee Sali - Hero bola sepak negara!

    on Saturday, July 16, 2011



    Assalamualaikum semua. Lepas habis friendly match antara Malaysia dengan team Liverpool beberapa jam yang lalu..penyerang berbisa dan popular negara iaitu Safee Sali terus menjadi topik hangat di mana sahaja. Buktinya lepas je perlawanan tu, Safee Sali terus menjadi trending worldwide kat twitter. Kalah hashtag Liverpool.

    So,kat sini aku ade bagi info serba sedikit pasal penyerang berbakat yang dikatakan pengganti Allahyarham Mokhtar Dahari yang aku dapat daripada laman web wikipedia. Jom baca biodata Safee Sali, hero Malaya! lagi sikit nak hatrik tadi kan.pehhh
    Tag : , , ,
     
    © Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
    Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog