Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi.
Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik
Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal
kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut
Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah
Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21
tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia
Terengganu.
Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di
bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang
tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat.
Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang
mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).
Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang
terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar.
Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut
telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah
masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.


