Showing posts with label najwalatif. Show all posts
Showing posts with label najwalatif. Show all posts

Najwa Latif di Brunei

on Wednesday, January 23, 2013


Najwa Latif di Brunei beberapa hari yang lalu untuk mengadakan persembahan di sana. Dikhabarkan, pemergian Najwa Latif dan krew ke Brunei adalah untuk menunaikan jemputan khas daripada para peminatnya di Brunei.

Untuk pengetahuan korang, lagu terbaru Najwa Latif sekarang ni bertajuk Sahabat. Rasanya korang sendiri pernah dengar sebab lagu ni sedang rancak dimainkan oleh radio-radio tempatan yang terkenal seperti HotFM dan EraFM.

Lepas dah habis SPM ni, nampaknya kerjaya seni Najwa Latif semakin mendapat perhatian dan dia kini boleh fokus sepenuhnya untuk menghiburkan para peminat di samping mempromosikan lagu terbarunya itu.

Oh ya, aku terjumpa video persembahan Najwa Latif di Brunei yang dimuatnaik oleh Seventeen Eleven Entertainment ke laman YouTube. So kepada sesiapa yang nak tengok, sila lah tengok ya..

Video Najwa Latif di Brunei


Tag :

Official MV Sahabat - Najwa Latif

on Wednesday, November 21, 2012

Official MV Sahabat - Najwa Latif


Baru-baru ini Najwa Latif telahpun melancarkan Official MV Sahabat yang dirakamkan lebih kurang setahun yang lepas. Dan video rasmi ini boleh ditonton di YouTube pada channel rasmi Najwa Latif sendiri.
.
Sambil layan Official MV Sahabat - Najwa Latif ni, boleh juga korang ikut nyanyi lagu ni sama-sama. Ikut saja Lirik lagu Sahabat ini (open in a new tab untuk lebih senang baca).



Video klip lagu Sahabat ni dishot di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, berlatar belakangkan bangunan pencakar langit yang ada di ibu negara. Boleh nampak dengan jelas pusat beli belah Lot10 dan juga Sungei Wang dalam MV Sahabat ni.

Kena dengan tema dan tajuk lagu Sahabat, video ini juga melibatkan fans Najwa Latif ataupun lebih dikenali sebagai NLAF's (Najwa Latif Awesome Friends) untuk memeriahkan lagi video klip lagu ini.

Selain Najwa Latif, Sleeq juga turut menyumbang suara dalam menjayakan lagu ni bersama-sama SyamKamarul, seorang artis YouTube yang baru mencuba untuk mencipta nama dalam industri hiburan tanah air.

Korang dah tengok Official MV Sahabat ni ke belum? Kalau dah, apa komen korang ye... share lah dengan kami semua. Hehehe..


Tag : ,

(KLIA) Kau Lupa Itu Aku - Najwa Latif

on Wednesday, August 22, 2012


Kau Lupa Itu Aku - Lagu ciptaan sendiri Najwa Latif ni nampaknya kurang diketahui oleh para peminat najwa (Najwa Latif Awesome Friends) sendiri. Tengok saja pada views untuk video lagu Kau Lupa Itu Aku (KLIA) ini, setakat post ini ditulis hanyalah 6,323 views sahaja yang berjaya direkodkan, berbeza dengan lagu-lagu wawa yang lain yang berjaya mencatatkan lebih daripada 10,000 views setiap satu.


Kau Lupa Itu Aku - Najwa Latif

Bagi sesiapa yang baru pertama kali dengar mengenai lagu Kau Lupa Itu Aku (KLIA) ni, apa kata korang layan je video kat bawah ni. Najwa Latif menyanyikan lagu KLIA ni secara LIVE. Besar kemungkinan lagu Kau Lupa Itu Aku ni akan dimasukkan dalam album terbaru wawa, iaitu selepas dia habis SPM. Sama-samalah kita tunggu je nanti macam mana okay? Hehe, so enjoice video kat bawah ni ye..


Tag : , ,

Ayu Videl | Najwa Latif Versi Indonesia

on Thursday, August 16, 2012


Najwa Latif memang sudah popular di Malaysia sekarang ni. Hasil muat naik rakaman cover lagu-lagu di YouTube, pemilik nama Imratul Najwa binti Abdul Latif ini kini bergelar seorang artis cilik yang berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu yang sangat berprestij di negara ini.

Tetapi hari ni aku bukan nak bercerita mengenai Najwa Latif, sebab dah banyak kot entri post pasal dia dalam blog ni tetapi untuk kali ni aku nak memperkenalkan seorang lagi bakat yang muncul menerusi YouTube iaitu Ayu Videl, seorang youtuber daripada Indonesia.

Ayu Videl | Najwa Latif Versi Indonesia

Seperti Najwa Latif juga, Ayu Videl memuat naik video cover lagu di YouTube dengan imej seorang muslimah bertudung. Cuma bezanya populariti Ayu Videl tidak lah seperti Najwa Latif yang berjaya mengumpulkan jutaan peminat di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan YouTubers dan Vlogger.


Walaubagaimanapun, Ayu Videl masih lagi boleh dikatakan klon Najwa Latif di Indonesia kerana beliau pernah menyanyikan cover lagu Price Tag oleh Jessie J, yang juga pernah dicover oleh Najwa Latif sendiri. Jom kita tengok video cover daripada kedua-dua mereka ini;



Macam mana? Bagi anda sebagai pendengar, siapa yang korang rasa lebih baik dan best? Hehehe.. Kalau nak jawab, kotak komen ada.. kalau tak nak jawab, simpan dalam hati pun boleh. Seeloknya elakkan pergaduhan sebabnya aku confirm mesti ada nanti yang timbulkan isu kenegaraan.

Harap takde lah ye, sebab kita sekarang tengah bercakap mengenai isu muzik, so jangan bertindak membabi buta. Siapa melampau, akan di banned.. Hehehe, sekian terima kasih.



Tag : , ,

FB Sebenar Najwa Latif

on Tuesday, August 07, 2012


FB Sebenar Najwa Latif

FB Najwa Latif merupakan antara platform utama beliau berkomunikasi dengan para peminat selain menggunakan twitter, rekod 180 ribu LIKES pada facebook page rasmi Najwa Latif sendiri sudah dapat membuktikan betapa besarnya pengaruh artis cilik ini. Tetapi itu dahulu, sebelum akaun FB Sebenar Najwa Latif di serang penggodam yang tidak bertanggungjawab.

FB Sebenar Najwa Latif dihack sememangnya berita yang sangat mengejutkan ramai, termasuklah aku sendiri. Tapi nak buat macam mana, benda dah jadi.. aku sendiri yang tiap-tiap hari online Facebook pun masih takut dengan ancaman hacker ni, kalau dapat tau macam mana cara nak bagi akaun fb lebih secure kan bagus. Takpe, doa je banyak-banyak agar segalanya selamat.


FB Sebenar Najwa Latif

Nampaknya sekarang Najwa Latif pun sedang sibuk memberikan tumpuan untuk pelajaran nya. Jadi memang takde masa sangat nak melayan karenah peminat yang bermacam-macam ragam kat laman sosial tu.

Kalau ada pun, cuma kat twitter je. Twitter Najwa Latif sekarang ni pun diuruskan oleh pihak admin yang ada, dijaga buat sementara waktu sehinggalah Najwa Latif tamat menduduki peperiksaan SPM yang jauh lebih penting.

Insyallah lepas ni mungkin Najwa Latif akan buka akaun facebook yang baru. Sama-samalah kita nantikan sebarang update daripada najwa sendiri ya.. kalau lah najwa buat akaun facebook, adakah aku akan menjadi salah seorang friend beliau seperti dahulu? Hmmm, entahlah.. kalau ada rezeki dapatlah kan, betul tak?

So kepada yang lain, berhati-hatilah dengan facebook anda. Password yang diletakkan pada Facebook tidak menjamin akaun itu akan menjadi milik anda selama-lamanya. Sekadar peringatan bersama supaya tiada perkara buruk yang akan terjadi dikemudian hari. Sekian, wassalam...


p/s: ade ke lagi cinta muka buku lepas fb najwa latif kena hack? Hehe

UPDATE: Fanpage Terkini Najwa Latif (Official)




Tag : , ,

Najwa Latif Pelajar Bermasalah?

on Sunday, July 08, 2012

Najwa Latif Pelajar Bermasalah? Betul ke? Sebabnya baru-baru ni ada cerita yang mengatakan Najwa Latif dipanggil oleh guru disiplin di sekolah. Kenapa ya? Hmmmm, kat bawah ni ada cerita penuh yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang sama sekolah dengan Najwa sendiri.

Najwa Latif Pelajar Bermasalah?

Pada suatu hari, di sebuah sekolah di selatan tanah air, bermula la sebuah cerita..


Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…


Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo


Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu


Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku


Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu


Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…


Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia


Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..


Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo


Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P


Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…


Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)


cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…


Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya


Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..


Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..


Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku


Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu


Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..


Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…


Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD


p/s: hehe, sekadar untuk hiburan saja..



Tag : ,

Najwa Latif feat Black Mentor

Najwa Latif feat Black Mentor

Okay fine, aku update entri baru pasal Najwa Latif ni pun sebab ada member suruh aku buat. Dia cakap dah lama dia tak dengar cerita pasal artis kesayangan dia yang comel ni, so dia suruh aku update dalam blog. Kalau free nanti dia baca. Member punya hal, jadilah entri ni...

Kat bawah ni ada video live Najwa Latif nyanyi bersama-sama Black Mentor, diorang nyanyi lagu klasik, Seiring Sejalan. Untuk program apa ntah aku pun tak sure, so apa kata korang layan je... hehe, nak komen pun boleh ;)





p/s: sedang berusaha untuk Eyriqazz VS Denaihati
Tag :

Najwa Latif Style

on Sunday, June 17, 2012

Najwa Latif Style

Najwa Latif Stail ataupun Najwa Latif Style? Ahhh abaikan je tajuk post ni.. tak berapa nak penting sangat pun kan. Jom layan aku merepek dalam entri kali ni... Yok yok baca ramai-ramai okay :)

NAJWA LATIF STYLE

Sekarang ni kalau aku cerita pasal artis YouTube Najwa Latif, mesti ramai yang dah kenal kan? Tak macam dulu-dulu... bila aku buat post pasal Najwa Latif je, mesti ramai yang komen "siapa najwa latif ni?"

Ternyata sekarang ni Najwa Latif cukup dikenali di Malaysia atas beberapa pencapaian peribadi yang dilakar olehnya, dan juga menerusi pelbagai gosip-gosip yang berkaitan karieer dan dirinya sendiri.
Tag : , , , , ,

Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif

on Monday, June 04, 2012

Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif

Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif yang terkenal menerusi lagu-lagu covernya di YouTube seperti Cinta Muka Buku dan Kosong, adalah sebuah lagu berkonsepkan ketuhanan. Lagu AdaMu akan menemui para peminat Najwa Latif pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, insyallah.

Video Teaser Lagu AdaMu Najwa Latif yang dimuat naik oleh Seventeen Eleven mengubat rindu para peminat Najwa Latif (Najwa Latif Awesome Friends) yang menanti-nanti penyanyi cilik ini untuk menghiburkan mereka semula seperti dahulu.

Untuk pengetahuan semua, Najwa Latif kini sudah mengehadkan aktiviti nya untuk memberikan fokus penuh pada peperiksaan SPM yang akan diduduki olehnya pada tahun ini. Jadi semua rangkaian sosial yang menghubungkan Najwa Latif dengan para peminat di seluruh negara dikendalikan oleh admin yang dilantik. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan Najwa Latif dalam peperiksaan SPM beliau. Goodluck Wawa :)

Video Lagu AdaMu - Najwa Latif




Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia


Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu tuhan..


###


Kerna kau yang satu
Yang setia bersamamu
Dikala ku jatuh
Ku bangkit kernaMu


Ku tahu ku adaMu disisiku selalu
Bantulah hambamu mencari keredhaanMu


Ooo.. ku tahu ku adaMu
Ooo.. ku adaMu selalu


(ulang dari ### )


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan…



UPDATED 21/7/2012 (1 Ramadan)
Official Music Video AdaMu dilancarkan, boleh tengok KAT SINI (klik)


KEEP ON SMILING :3
Tag : , , ,

Kosong Official Music Video | Najwa Latif

on Friday, May 04, 2012



Video Klip Lagu Kosong nyanyian Najwa Latif telahpun dikeluarkan dilaman youtube rasmi milik Najwa sendiri. So, kepada semua NLAF (Najwa Latif Awesome Friends) sekalian, korang memang patut layan Kosong official music video ni. Enjoice~

Kosong Official Music Video | Najwa Latif




Najwa Latif yang sekarang nya popular dengan lagu Kosong akhirnya melancarkan music video Kosong. Video ini di keluarkan oleh NAR Records.

Lagu kosong yang menjadi sememangnya mendapat sambutan dari penggemar music, banyak kali di putarkan di corong radio. Najwa Latif kini berehat seketika dalam industri nyanyian kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajaran

p/s: ape komen korang? 


KEEP ON SMILING :3

Tag : , ,

Gambar Najwa Latif

on Thursday, May 03, 2012


Najwa Latif Seksi? Gambar Najwa Latif Seksi? Peh,macam-macam la yang korang dok google yek. Lagi-lagi time cuti sekolah sempena Deepavali aritu, keyword yang bukan-bukan je masuk blog aku ni. Hipotesis aku, makin lama budak-budak sekolah bercuti..semakin banyaklah keyword gambar seksi dan lucah yang masuk disearch oleh mereka. Tak percaya? meh tengok bukti sikit meh.


analytics daripada akaun Nuffanng aku, top search - Najwa Latif Seksi

Gambar Najwa Latif Seksi? Ada ke? Setahu aku, najwa latif ni sejak dulu lagi memang dah dikenali sebagai seorang YouTubers bertudung. Bukannya sebagai najwa latif yang seksi macam apa yang mereka-mereka dok google tu ye.

Gila sangap betul la orang kita ni kan? Agak-agak la kalau nak mengGoogle sekalipun, cubalah google benda yang bermanfaat sikit. Ni tak...najwa latif seksi jugak yang korang type.Adess..

Seriously, gambar najwa latif seksi memang takde dalam blog aku ni tapi kalau gambar najwa latif bertudung tu ada laa...nak tengok? Ni dia aku tepek satu. Nak lagi? Korang boleh usha sendiri kat fanpage Carta Hati-NajwaLatif ni okeh.


Okay,malas aku nak cerita banyak-banyak. Pengajarannya kat sini, gunakan lah Google tu sebaik-baiknya. Tak perlu kot nak search benda yang bukan-bukan. Dan kalau dah tak tahan sangat kan, google je la gambar seksi artis Hollywood nun, mesti melambak-lambak korang dapat daripada korang dok kecoh nak google Gambar Najwa Latif Seksi....tak berbaloi langsung. Lain la korang search tu untuk memalukan dan menjatuhkan dia...

KEEP ON SMILING:)




Tag : ,

Najwa Latif Mahu Berhenti Menyanyi?

on Saturday, April 21, 2012


Bintang remaja sensasi Najwa Latif, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 pada hujung tahun ini berkata dia kini mula berehat panjang daripada komitmen nyanyian demi menumpukan perhatian pada pelajaran.



“Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini bagi menumpukan perhatian pada pelajaran. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah terlupa. Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir pada tahun ini sehingga saya selesai SPM,” katanya.

Najwa Latif juga menjelaskan lagu terbarunya berjudul Kosong bukan dihasilkan sebagai sindiran kepada mana-mana pihak. Sebaliknya, pemilik nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, 17, ini memberitahu lagu tersebut adalah bertujuan untuk memberikan semangat dan motivasi kepada sesiapa sahaja agar tidak berputus asa apabila diri diperkecilkan.

“Lirik lagu itu dihasilkan bersama kakak saya, Ika. Dia menghasilkan lirik itu ketika melihat saya sedang bersedih dan tertekan dengan pelbagai cabaran dalam bidang nyanyian ini. Saya sering berkongsi dengan kakak apa juga masalah atau kesedihan yang saya hadapi. Mungkin daripada situ, dia mendapat ilham untuk menulis lirik lagu itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Ditanya adakah lagu itu merupakan luahan perasaan dan pandangan mereka kerana sering dipandang rendah dan dikritik pelbagai pihak sebelum ini, Najwa berkata ia hanyalah lagu yang menjadi motivasi bagi menghadapi perjalanan karier yang masih panjang.

“Lagu itu bukan untuk menyindir mana-mana pihak. Mungkin daripada liriknya, orang akan menyangka ia adalah luahan perasaan saya untuk menyindir segelintir pihak yang memperlekeh atau mengkritik selama ini. Hakikatnya, bukan begitu kerana ia adalah sebuah lagu motivasi dan pemangkin semangat kepada sesiapa sahaja yang berasa diperlekehkan agar tidak mudah mengalah,” katanya.


sumber: ammboi.com

Tag : ,

Najwa Latif Pertahan Kakak

on Thursday, April 19, 2012




PETALING JAYA – Penyanyi remaja Najwa Latif menegaskan imej dan fesyennya yang dikatakan caca-marba dan tidak bersesuaian dengan faktor usia bukan ditentukan oleh kakaknya, Syafikah Latif.

Sebaliknya, penyanyi berusia 17 tahun ini memberitahu setiap penampilannya pada acara-acara hiburan dan persembahan pentas ditentukan menerusi perbincangan banyak pihak.

“Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.

“Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Terbaru, penyanyi lagu Kosong itu sekali lagi dikecam segelintir pihak ekoran busana rekaan Wan Huzairil yang diperagakannya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2011) pada 8 April lalu tidak sepadan dengan usia remajanya.

Difahamkan juga, kakak Najwa menjadi punca kecelaruan pada fesyen dan penampilannya selama ini.

Najwa mengakui masih banyak kelemahan pada penampilannya itu dan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

“Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun, saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya.

“Insya-Allah apabila saya aktif semula selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya akan tampil dengan kelainan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Najwa berkata dia kini mula berehat panjang bagi menumpukan persiapan untuk menghadapi SPM pada hujung tahun ini.

“Saya berehat daripada komitmen nyanyian buat masa ini. Terlalu banyak subjek yang perlu saya tumpukan terutamanya subjek-subjek Tingkatan Empat yang sudah saya lupa.

“Atas nasihat ibu, saya ambil keputusan ini untuk masa depan. Kalau diikutkan, saya patut berehat sejak Mac lagi dan kemunculan di ABPBH baru-baru ini adalah persembahan pentas yang terakhir sehingga saya selesai SPM,” katanya.(MStar)

Tag : , ,

Najwa Latif Beli Kereta Myvi Secara Tunai?

on Monday, April 16, 2012


Selamat sejahtera... Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Muka Buku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai (cash) baru-baru ini. 

Untung badan muda muda begini sudah mampu membeli barangan berharga tinggi seperti kenderaan dengan tunai. Sekurang kurangnya beban hutang kepada bank tidak berlaku di usia muda.

p/s: najwa, betul ke berita ni?



Tag : , ,

Najwa Latif menyanyi dalam Hujan


Assalamualaikum dan selamat pagi semua

najwa latif dalam hujan

Semalam aku terjumpa Video Najwa Latif menyanyi dalam Hujan. Masa tu dia tengah buat persembahan di Pulau Pinang kalau tak silap aku laa..korang tak kenal najwa latif? KLIK SINI untuk view profile Najwa ye.
Tag : ,

Madelaine Zammit - Najwa Latif Versi Australia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

madelaine australia najwalatif

Ini ialah Madelaine Zammit, klon Najwa Latif di Australia. Madelaine merupakan seorang remaja berusia 16 tahun yang kini semakin menjadi perbincangan hangat di dunia maya. Video dirinya menyanyikan lagu "Facebook" di YouTube memancing rakyat di republik itu untuk menontonnya.


Madelaine Zammit seterusnya menjadi ‘artis segera’ di negaranya, Australia, setelah blog international dan terkemuka seperti Mashable, The Daily What, Geekologie dan Failblog menulis mengenai penampilannya dalam video tersebut.

Madelaine tidak menyangka bahawa videonya itu dapat menarik perhatian pemngguna YouTube. Lagu tentang Facebook itu ditulisnya sendiri kira-kira tiga bulan lalu dan baru di upload di YouTube beberapa bulan lalu.

madelaine

“Saya menyuruhnya untuk memposting video lagu itu di laman YouTube dan semuanya bermula daripada sana,” kata rakan Madelaine, Sam Helyard yang kini menjadi pengurusnya.

Lagu berbahasa Inggeris yang dinyanyikan Madelaine Zammit ini bercerita tentang pengalaman sehari-hari yang biasa dialami oleh semua pengguna Facebook di dunia ini. Mungkin karena dekat dengan aktiviti harian dan liriknya yang menarik telah membuatkan banyak orang yang menyukainya.

Menggunakan gitar, Madelaine menyanyikannya dengan santai. Saat ini ada beberapa akun YouTube lain yang juga memposting video tersebut. Namun video asli yang diposting sejak awal Julai itu, mencatatkan kunjungan melebihi angka 150ribu  dan di tanda ‘like’ sebanyak 3246 kali. Tentu jumlahnya akan terus bertambah seiring kian banyak orang yang ingin menonton video tersebut.




Kenapa aku cakap Madelaine Zammit ni klon Najwa Latif Australia? Sebabnya kisah hidup nya menjadi artis mempunyai banyak persamaan dengan Imratul Najwa Abd Latif yang kita semua kenal. Antara ciri-ciri persamaan yang aku dapat kesan setakat ini ialah:
  • umur mereka berdua ialah 17 tahun
  • upload video di YouTube secara suka-suka sahaja
  • mereka dikenali selepas direview oleh blog terkenal
  • terkenal kerana FACEBOOK / Cinta Muka Buku
  • menjadi artis pada usia yang muda
Amacam?!! Betul tak Madelaine Zammit ni merupakan klon Najwa Latif kat Australia? Hehehe...sekian, jangan lupa untuk share entri ni kat orang lain ye

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Najwa Latif Di Kritik Hebat | ABPBH 2011

on Saturday, April 14, 2012




Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) baru sahaja melabuhkan tirai semalam dengan memperlihatkan aktor kacak, Aaron Aziz muncul sebagai artis paling popular.


Sudah menjadi lumrah, dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis anugerah itu akan ada pihak-pihak yang menjadi mata-mata untuk melihat penampilan bagi setiap artis yang muncul pada malam itu.


Penyanyi muda, Najwa Latif sendiri tidak terlepas dari menerima kritikan dari pelbagai pihak termasuklah peminat-peminat industri seni tanah air.


Pada malam anugerah itu berlangsung, Najwa memperagakan pakaian rona merah jambu terang yang direka oleh Wan Huzairil.


Ditambah dengan pemakaian selendang berwarna kelabu berkilat di kepalanya, penyesuaian itu tidak menaikkan seri atau tanda tarikan pada dirinya.


Bukan itu sahaja, sewaktu penyanyi muda yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu membuat persembahan nyanyian bersama artis lelaki, Black di atas pentas, para penonton sekali lagi terkejut dengan penampilan ‘pelik’ Najwa.


Najwa dilihat memakai baju seperti ‘rompers’ berwarna merah terang bermotif corak bunga warna hitam menampakkan fesyennya sedikit ‘keliru’ dan ‘kelam-kabut’.


Sejurus selepas persembahannya muncul bersama Black, ramai peminat yang mengkritik penampilan Najwa di ruangan sosial Twitter yang rata-ratanya tidak ‘berkenan’ dengan penampilan Najwa.






Selain itu, beberapa orang artis lain turut tampil memperagakan pakaian yang pelik seperti Didie Alia yang diberi gelaran Lady Gaga Malaysia dan Fifie Natasya yang merupakan pelakon baru dalam drama Vanilla Coklat.


p/s: be strong k..

Tag : ,

Lagu Untuk Dia - Sleeq & Najwa Latif


Lagu Untuk Dia - Sleeq feat Najwa Latif




Lirik Lagu Untuk Dia - Sleeq feat Najwa Latif


oo o yeah,

kuatkan radio, kuatkan radio anda
kuatkan radio, kuatkan radio..

aku yang patut (patut)
yang patut (patut)
memberinya segala
kerana aku mampu, ya aku mampu
melakukan apa-apa saja
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.

dia penuh gaya,
semuapun nak bayar
memang selalu belanja
mungkin anak orang kaya
kadang kala pabila
dia ke singapura
tak duduk rumah saudara
dia inginkan shangrila

bertemu di facebook
berapa hari kemudian
mungkin gua comel kot
ajak aku jumpanya di KL
ya, KL
Oh lupa bilang gadis ni
KL

tak cakap kosong dia memang begini
akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
lelakinya pula kan bawa mercedez
apa saja dia minta dia memberi tetapi

[korus]
aku yang patut (patut)
yang patut (patut)
memberinya segala
kerana aku mampu, ya aku mampu
melakukan apa-apa saja
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.

[Najwa]
engkau punya gaya
walaupun tak kaya
bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
mungkin kau lihat ku banyak berbelanja
tapi sebenarnya ku biasa biasa saja
bertemu di muka buku
ku jatuh hati padamu
bukan tak nak mengaku
tapi hati rasa malu
senyuman mu menawan (menawan)
kau buat hatiku tertawan
ada sesuatu
yang kau perlu tahu
tentang diri aku dengan lelaki itu
meski tidak bisa
begitu apa saja
tapi itu semua tidak boleh
beri bahagia (bahagia, bahagia)
itu bukan segalanya

[korus]
aku yang patut (patut)
yang patut (patut)
memberinya segala
kerana aku mampu, ya aku mampu
melakukan apa-apa saja
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.
untuk dia.untuk dia.

cari engkau yang patut
yang patut
memberiku segala
kerna engkau mampu
ya engkau mampu
melakukan apa apa saja

untuk aku(okay)
untuk aku
untuk aku

yeah untuk kamu

untuk aku
untuk aku
untuk aku
untuk aku. . . .

Tag : , ,

Contest Muat Turun dan Menang gitar akustik Najwa Latif

on Friday, April 13, 2012

najwa latif

Peraduan Muat Turun dan Menang gitar akustik Najwa Latif





So kepada pengguna Celcom, tunggu ape lagi..cepat-cepat lah download CMT Cinta Muka Buku sekarang!!


credit gambar : photobucket

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

Artis YouTube | Najwa Latif di saman

on Thursday, April 12, 2012


Assalamualaikum

Siapa yang tak kenal dengan Najwa Latif, artis YouTube yang semakin dikenali dek kerana lagunya yang cukup popular iaitu Cinta Muka Buku. Tapi aku tak cakap pon 'semua' orang kenal ye. Sebabnya aku sendiri pon tak kenal. Eh,yeke? Hehehe...

Malangnya, baru-baru ini Najwa Latif telah pun di saman oleh founder Muka Buku a.k.a Facebook iaitu si kaya, Mark Zuckerberg kerana menurutnya 'lagu Cinta Muka Buku itu mengganggu tidur saya'. Dan kenyataan nya itu di jadikan tajuk utama akhbar popular di Amerika Syarikat iaitu Akhbar FukkenLoL

Artis YouTube, Najwa Latif di saman Mark Zuckerberg


najwa latif di saman,carta hati,cinta muka buku,artis youtube

Tetapi jangan risau kerana isu Najwa Latif di saman ini tidak mematahkan semangat juang Imratul Najwa (nama sebenar Najwa Latif) untuk terus menghasilkan lagu yang menarik khusus untuk para peminat nya. Terkini, dia sedang menyiapkan single kedua nya yang berjudul Carta Hati.

So,kepada Najwa Latif's Awesome Friends (gelaran buat peminat NL) Teruskan menyokong Justin Bieber Malaysia ni ye. Oh ya, bagi sesiapa yang masih belum mengenali siapa sebenarnya Najwa Latif ni, korang boleh la baca biodata dan profail nya dengan KLIK SINI ye. Sekian,terima kasih - Bername dan TB3


p/s: sekadar gurauan, don't take it seriously

KEEP ON SMILING:)

najwa latif saman, imratul najwa di saman, artis youtube di saman, nar records di saman, najwa latif cinta muka buku di saman, lagu carta hati najwalatif cinta muka buku di saman, cinta facebook saman
Tag : , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog