Showing posts with label manchester. Show all posts
Showing posts with label manchester. Show all posts

Kronologi Perpindahan David De Gea ke Old Trafford, Manchester United

on Wednesday, April 18, 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

david de gea united

DAVID DE GEA, penjaga gol baru pasukan Manchester United yang berjaya mempamerkan aksi memukau pada perlawanan menentang team hampir tersingkir,Liverpool dengan aksi menyelamat yang menarik untuk ditonton berulang-ulang kali di YouTube.


Sebelum ini, David De Gea dikecam dengan teruk sekali selepas permulaan yang tidak konsisten di United dan juga kes mencuri Donut beberapa minggu yang lalu tetapi kini De Gea nampaknya semakin serasi dengan pasukan Red Devils dan dalam masa terdekat ini,tidak mustahil baginya untuk menjadi pemain Manchester United kesayangan peminat di Old Trafford.

Oh ya, mari lah sama-sama kita imbas kembali bagaimana kronologi perpindahan David De Gea ke Old Trafford, Manchester United yang telah menjuarai Liga Perdana Barclays sebanyak 19 kali ini (rekod terbanyak setakat ini)

KRONOLOGI PERPINDAHAN DAVID DE GEA KE MANCHESTER UNITED





27 January 2010 – Agen mengesahkan menerima tawaran.

"Beberapa kelab dalam Liga Perdana bertanyakan mengenai David de Gea terutamanya Wigan yang telah membuat tawaran tetapi ditolak pihak Athletico," kata Mendes. "Roberto Martinez merasakan de Gea bersedia untuk Liga Perdana tetapi Athletico menegaskan mereka mahu de Gea kekal di Calderon (stadium Athletico). Saya tidak bercakap dengan pihak United namun wakil mereka ada mengesahkan minat terhadap de Gea."

3 Februari 2010 - De Gea tandatangan perjanjian baru dengan Atletico Madrid.

"Ia merupakan langkah kehadapan dalam karier saya," kata de Gea. "Saya telah menghabiskan sebahagian hidup saya di Athletico Madrid dan bagi saya ia adalah satu penghormatan dan impian untuk dapat bermain dalam pasukan utama menerusi sistem akademi Rojiblanco. Semuanya berlaku dengan pantas dan objektif saya adalah untuk terus bekerja keras."


30 Mac 2010: De Gea mempertimbangkan Liga Perdana di masa depan.

"Saya hampir pergi ke Wigan tetapi saya mahu kekal di Athletico dan saya akan ambil peluang lain kemudian," beliau berkata. "Liga Perdana pastinya menyeronokkan dan merupakan pilihan saya suatu masa nanti. Sekarang belum masanya untuk berhijrah. Bagi saya Van der Sar adalah antara yang terbaik di dunia."

22 September 2010: Ferguson terlepas perlawanan Piala Carling menentang Scunthorpe untuk menyaksikan de Gea beraksi menentang Valencia.

28 September 2010: De Gea menidakkan khabar angin perpindahan ke United.

"Apa yang paling penting ialah saya mempunyai kontrak di sini dan saya adalah pemain Athletico sehingga 2013," kata de Gea. "Sebenarnya segala-galanya berubah dengan baik di sini, saya bersama keluarga dan kawan-kawan, itu yang saya perlukan dan sangat penting. Saya mempunyai kontrak hingga 2013, dan apabila menghampiri tahun tersebut kita lihat sekiranya semuanya berjalan dengan baik, mereka akan akan bercakap mengenainya (rundingan kontrak baru)."

18 November 2010: Presiden Atletico dakwa tiada tawaran dari United.

"Tiada siapa yang berunding dengan kami. Saya tidak mempunyai apa-apa idea (mengenai perkara ini)," kata Cerezo. "Kami berharap beliau (de Gea) akan bersama kami untuk tempoh yang panjang."

23 November 2010: De Gea menyatakan beliau tidak akan kemana-mana.

"Para penyokong boleh bertenang, saya kekal di sini. Saya sangat relaks dan tiada sebab untuk berpindah," beliau berkata. "Saya gembira di sini, saya menghabiskan seluruh hidup saya di sini dan inilah kelab terbaik. Athletico Madrid telah berikan saya segalanya. Ia satu penghormatan apabila kelab besar seperti Manchester United berminat dengan anda, tetapi Athletico dekat dengan hati saya dan saya mahu kekal di sini."

30 Disember 2010: De Gea bertekad untuk kekal di Atletico.

"Saya sangat selesa di sini, dan sentiasa menjadi kelab saya, dan saya mahu mempertahankan jersi ini buat tempoh masa yang panjang dan memenangi gelaran liga," kata de Gea. "Kelab ini yang mempunyai hak (ke atas saya) dan saya gembira di sini, dan bila semuanya berjalan dengan baik tiada sebarang perubahan diperlukan."

2 Februari 2011: Tiada kontrak baru buat de Gea.

"Saya tidak menerima tawaran pembaharuan kontrak daripada kelab, tetapi ia masih belum dirundingkan."

15 Mac 2011: Presiden tidak menerima sebarang tawaran untuk de Gea.

Tiada sebarang pihak membuat tawaran  untuk beliau (de Gea) pagi ini." kata Cerezo. "Tanyalah Manchester United mengenainya, tetapi £18 juta tidak banyak bagi saya."

1 April 2011: Wakil Athletico sahkan United ada membuat tawaran.

Ya, memang kita telah berunding dengan Manchester United tetapi, pertama sekali mereka lebih pentingkan persetujuan dicapai antara dua kelab," Hector Rincon mengesahkan. "Bagaimanapun kebanyakan kelab besar Eropah menunjukan minat terhadap de Gea. Apa yang saya boleh beritahu adalah klausa pelepasan beliau adalah €20 juta, namun saya tidak pasti samada kelab mahu menjualnya dengan harga lebih rendah. Sekarang, beliau mempunyai kontrak dengan Athletico Madrid dan sekiranya Manchester United atau mana-mana kelab lain mahukan beliau maka mereka perlu capai persetujuan atau bayar keseluruhan klausa pelepasan pemain. Baru-baru ini, saya tidak mahu menyebut nama kelab tetapi kelab-kelab besar di England dan Eropah ada bertanyakan mengenai de Gea."

April 13th 2011: Ferguson menafikan kaitan dengan perpindahan de Gea.

Jika mengikut televisyen di Itali saya sepatutnya menandatangani dua pemain dari negara itu malam ini, jadi saya boleh boleh meletakkan berita bersama mereka." katanya. "Sentiasa ada spekulasi mengenai siapa yang kami akan tandatangan. Terlalu banyak nama yang diberikan. Saya tiada jawapan untuk itu."

13 April 2011: Pengurus besar Atletico sahkan tawaran United dan Chelsea.

Mendes (agen de Gea) berada di England, tetapi bukan membuat rundingan perjanjian untuk de Gea," Marin berkata. "Pada penghujung musim kita lihat samada beliau mahu pergi atau tidak. Jika beliau mahu pergi, kami perlu rujuk klausa pelepasan berjumlah €25juta (£22.3juta). Kami terima tawaran daripada United dan Chelsea (untuk de Gea). Beliau juga ditawarkan kontrak baru dengan kami. Kami mahu beliau kekal di sini, tetapi masa depan David terletak di tangan beliau sendiri. Adakah beliau berminat berpindah ke England atau kekal di Athletico?"

14 April 2011: De Gea mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai tawaran.

Tiada apa yang boleh diperkatakan, itu semua tidak benar," de Gea memberitahu sidang media. "Saya tidak tahu mengenai apa-apa tawaran daripada mana-mana kelab, samada dari kelab lain atau daripada Athletico sendiri. Saya telah berikan segalanya kepada pasukan ini sejak mula dan akan berterusan untuk hari ini dan hari-hari berikutnya. Saya sentiasa berjuang untuk pasukan. Saya tidak fikir para penyokong mempunyai sebab untuk menentang saya, kami memiliki penyokong terbaik di dunia dan mereka akan menyokong saya hingga hari terakhir saya di sini, itu saya pasti.”

18 April 2011: Wakil United dan adik Ferguson, Martin pergi menyaksikan De Gea beraksi menentang Barcelona.

30 April 2011: De Gea ditawarkan kontrak baru.

"De Gea adalah pemain yang hebat dalam pasukan dan masih berbaki dua tahun dalam kontraknya. Kami (telah) tawarkan kontrak baru," kata Cerezo. "Tetapi keputusan bukan di tangan kami. Kami akan berunding dengan beliau di penghujung musim dan kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku."

14 Mei 2011: De Gea mempertimbangkan pilihan beliau.

"Saya tenang dengan masa depan saya," kata beliau. "Saya ada perjanjian (kontrak) di sini dan bulan ini saya lihat pelbagai khabar angin. Tetapi saya akan buat keputusan mengenai masa depan saya 30 Jun nanti. Buat masa ini saya tidak menafikan atau mengaku berkenaan situasi ini. Athletico Madrid telah membuat tawaran baru dan saya perlu menilai beberapa persoalan. Bukan semua perkara berkaitan bolasepak adalah mengenai wang. Minat yang ditunjukan oleh Manchester United untuk khidmat saya adalah umpana satu pujian tetapi saya tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan kelab England."

15 Mei 2011: David Gill yakin dapat penjaga gol sasaran.

"Kami tahu penjaga gol yang kami mahukan," beliau berkata. "Kami berada dalam posisi yang baik dan ia akan berjalan hingga hujung musim. Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Edwin (mengumumkan) mahu bersara. Kami telah dikaitan dengan beberapa penjaga gol hebat Eropah untuk tempoh enam hingga 12 bulan lalu. Kami telah membuat keputusan dan saya yakin dapat mencapai persetujuan."

Mei 2011: Ferguson sahkan persetujuan dengan De Gea.

"Kami telah berusaha dan bekerja keras untuk satu tempoh masa, kami telah kenalpasti beliau sedikit masa dulu sebagai sasaran kami," kata Ferguson. "Beliau masih muda, pantas, tenang dan kehadirannya di posisi gol amat dirasakan. Beliau merupakan pengganti yang sangat sesuai untuk Van der Sar. Kami mencari seseorang yang memiliki kualiti yang sama. Salah satu kualiti yang ada pada Van der Sar ialah ketenangan dan kemampuan mengorganisasikan pasukan. David de Gea memiliki ciri-ciri tersebut."

15 Jun 2011: De Gea dedahkan kekaguman beliau terhadap Van der Sar.

"Hakikat yang mereka fikirkan saya sebagai pengganti kepada penjaga gol yang hebat adalah sesuatu yang saya suka," kata beliau. "Tetapi adalah perlu untuk terus berjuang dan bekerja keras kerana ini masih di peringkat permulaan dan untuk mencapai ke tahap itu memerlukan banyak usaha. Saya berharap (dapat bermain hingga usia Van der Sar sekarang). Buat masa sekarang adalah sukar untuk melihat masa depan, tetapi saya mahu membuktikan saya juga boleh. Saya perlukan kekuatan, nasib dan menjaga fizikal dengan baik kerana bolasepak menggunakan fizikal anda. Tetapi saya begitu berharap."

27 Jun 2011: De Gea menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester.

29 Jun 2011: De Gea tandatangan kontrak dengan United.



p/s:David De Gea,semoga berjaya di Manchester United

KEEP ON SMILING:)


Tag : ,

Manchester United VS Liverpool

on Saturday, February 11, 2012


Manchester United VS Liverpool

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Wayne Rooney | Manchester United
Malam ni, team fav aku iaitu Manchester United akan menerima kunjungan penduduk Anfield iaitu team Liverpool.

Perlawanan epik dua kelab besar Liga Perdana Inggeris ini akan menentukan sama ada aku yang kena buat breakfast pada keesokan harinya ataupun roomate aku (Ahmad Khawarizmi)

So kepada Wayne Rooney and the gang, silalah sumbat gol banyak-banyak okayy. Jangan buat aku bertambah sedih, sekian terima kasih.

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Penduduk Manchester tidak lagi 'United'

on Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum peminat sukan bola sepak semua,

Ini cerita mengenai sebuah bandar di England iaitu bandar Manchester
manchester
Bandar raya Manchester yang tersergam indah
Tag :

Result Manchester United VS Manchester City Community Shield 2011

on Sunday, August 07, 2011

tags:manchester united vs manchester city, community shield 2011,man united vs man city 2011


Assalamualaikum, tadi aku follow match Manchester United VS Manchester City dalam merebut piala Community Shield 2011. Aku follow kat twitter je dengan menggunakan hashtag #MANCHESTERUNITED. Laju je timeline kat twitter ni, kalah video live streaming wehhh

Kecekapan penjaga gol baru Manchester United, David De Gea mula dipersoal apabila Manchester City mendahului permainan dalam babak pertama selepas meninggalkan Manchester United dengan 2 gol hasil jaringan padu serta cantik Dzeko dan Lescott.

Ternyata pelaburan pihak pengurusan Manchester City memberikan impak yang positif walaupun selama ini sering diperkecilkan banyak pihak termasuk lah aku. Hehehehe...memang la, aku support Manchester United beb. 

Keputusan dan result Manchester United VS Manchester City Community Shield 2011

MAN UNITED (3) - (2) MAN CITY


PENJARING GOL:

Lescott (MC)
Dzeko (MC)

Smalling (MU)
Nani (MU)
Nani (MU)

p/s: Glory glory Man United

KEEP ON SMILING:)


Tag : , , ,

Manchester United 2-1 Barcelona 30 Julai 2011

on Sunday, July 31, 2011


Keputusan Perlawanan Persahabatan
Manchester United VS Barcelona 30 Julai 2011
...........................................................................
MAN UTD ( 2 ) - ( 1 ) BARCELONA




glory-glory Man United

KEEP ON SMILING:)
Tag : , , , ,

Wayne Rooney melenting lepas tengok video kelakar ni

on Saturday, July 16, 2011

Manchester United:
Di sebuah padang bola, mungkin kat stadium Old Trafford kot...aku borak-borak dengan Wayne Rooney lepas habis berlatih sama-sama. Biasa la, bincang hal-hal lelaki. Budak pompoan jangan sibok-sibok nak tau jugak okehhh, pehlisss laa.

Lepas tu, ade membe aku bagi link video kat iPhone4 aku. Terus lah aku tengok sekali dengan Rooney,ingat die bagi cerita kartun Naruto ker hape....sekali video ni daaa, habis EMO tak tentu pasal laa si mamat botak nihhh....serius buruk muka dia time marah tak ingat dunia tu


video
SIAALLLLLL !! BAJU AKU TU WEHHHHH


p/s : jangan sesekali menunjukkan kebodohan diri sendiri, okbai


KEEP ON SMILING:)
Tag : , ,

Champions League Final (UEFA) result between Manchester United and Barcelona

on Sunday, May 29, 2011


assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni akan berlangsung satu perlawanan yang amat amat di tunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia. Keputusan perlawanan final Liga Juara-juara Eropah di antara Manchester United dan Barcelona akan diketahui tidak lama lagi.

Aku rase game ni mesti sengit gila wehhh. tapi macam tak berape syok kot sebab C.Ronaldo dah takde dalam team United lagi... walaubagaimanapun,aku still support Man Utd..JYEAHHHH!! Glory-glory Man Uniteddd !!
Tag : ,

pertama kali aku minta tolong dengan ARSENAL . please~

on Sunday, May 01, 2011


assalamualaikum dan salam 1 bloggers !! hep.x nak r '1 bloggers' dah macam '1 Israel' lak. so,korang tengok picture kat atas ni. haaa~optimus prime kan. beliau memakai jersi arsenal tu wehh. kalau aku tgok movie transformers, optimus ni terkenal ngan watak baik yang suka membantu manusia sejagat. so,hari ni aku nak mintak tolong sikit. boleh kan?

korang semua tau tak. kalau x tau xpe.. malam ni,arsenal dan man united akan bertemu dalam liga perdana barclays. sebagai seorang fans man utd, aku mengharap kan team fav aq tu menang la kan.dapat 3 point tu dah kompom laa juara musim ni. tapi, aku cuak laa ngn arsenal ni. hebat gila wehh cuma diorang tak berapa nak luck. 

aku nak mintak tolong sangat-sangat ngn team arsenal..sila la kalah ye. beri lah peluang Man Utd menang tuk kali ke 19. nanti takde laa fans liverpool riak sangat kan. maybe arsenal bole try taun depan ke. tolong orang kan amalan mulia,so tolong la aku ye..

tapi kan,kalau korang nak kitai Man Utd 8-0 pon aku x kesah sbb tak effect pape pon kat aku wehh. (haha, mustahil gila arsenal yang kicik tu bole lawan king MU sampai titik 8-0. mimpi bole r.. HAHA,jangan mara aku ye fans arsenal)

penutup bicara, glory-glory manchester united. kalau menang,sila la beli keeper NEUER tuk musim depan k

KEEP ON SMILING:)
Tag : , ,

final champion league 2011

on Thursday, April 14, 2011


hah,kali ni aku nak cite bola pulak.act,lepas kejayaan team feveret aku, MANCHESTER UNITED menewaskan si kerdil chelsea tuk mara ke suku akhir Champion League,aku terus mengimpikan pertembungan menarik 2 team gergasi Barclays Premier League ngn LA Liga iaitu Man Utd and Real Madrid.
Tag : , , , , , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog