Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Kupon Diskaun Pizza Hut

on Monday, March 04, 2013

Kupon Diskaun Pizza Hut Bulan Mac 2013


Terjumpa Kupon Diskaun Pizza Hut ni di Timeline Facebook pagi tadi. Mula-mula macam tak ambik kisah sebab tak bercadang pun nak makan Pizza Hut semasa cuti ni.

Kemudian dah petang sikit, tergerak hati nak kongsikan kupon diskaun pizza hut ni dengan rakan-rakan blogger serta pengunjung blog aku ni.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan harga diskaun ini, boleh lah print kupon ni sama ada berwarna ataupun hitam putih dan tebus di restoran pizza hut berdekatan.

**3 Regular pizzas + 4 soups = RM38**
Untuk gambar penuh: (KLIK SINI + PRINT)


Penafian: aku tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis perkongsian ini. Sekian harap maklum dan makanlah pizza dengan sopan santun ok ;)


Tag : ,

Cendol - Makan Atau Minum?

on Thursday, February 07, 2013


KELIRU. Semalam Fatin Liyana call aku dan dia ajak aku teman dia pergi Banting. Dia cakap ada hal nak bincang dengan owner Denaihati Network. Bila aku tanya pasal apa dia tak nak bagitau, rahsia sulit kerajaan katanya.

Sebelum perbualan telefon antara aku dan dia ditamatkan, aku sempat berpesan kat dia supaya nanti pakai pakaian yang mengancam sikit sebab aku nak bawa dia berjalan ke satu tempat yang best kat Banting tu.

"I tau, mesti you nak bawak i pergi makan cendol kannn..."

Haha, pandai dia meneka. Ternyata kaum perempuan memang tidak pandai meneka dengan tepat seperti kaum adam. Aku sebenarnya nak ajak dia pergi jumpa dengan Titan masa tu nanti tapi malas nak bagitau, lambat laun dia tahu jugak.

Perbualan ditamatkan. Aku tengok skrin Samsung Galaxy S3 aku "perghh padan lah rasa panas je telinga aku.." Sedar tak sedar sudah 1 jam lebih kami berdua bermesra di atas talian. Rasa macam baru 30 saat je, indah dan bahagia sungguh rasa hati ini.

Aku menepuk bantal dan meletakkan kepala untuk menyambung kembali tidurku yang terganggu kerana call daripada buah hati tu tadi...

Tiba-tiba, aku terfikir semula apa yang dicakapkan oleh FL itu tadi.. "makan cendol" Hmmm cendol ni sebenarnya kita makan atau minum? Aishh pening betul.. keliru beb.

Tak jadi nak sambung tidur, aku bangkit dan terus menekan papan kekunci komputer di atas meja. Aku mencari maklumat mengenai cendol di internet, senang je nak cari sebab sekarang kan dah ada Google, tak macam dulu lagi dah..

Yess, tak sia-sia aku bersengkang mata semata-mata untuk menyelesaikan persoalan yang timbul pasal cendol ni. Hehe.. tapi aku taknak bagitau apa hasil pencarian aku tu kat sini, sebab nya aku nak buat suspen sikit.

Aku akan postkan mengenainya dalam entri blog ni yang akan datang. So stay tuned.. sebelum tu boleh tak kalau aku nak tanya pendapat korang sikit?

Bagi korang lah kan, cendol ni sebenarnya untuk dimakan ataupun diminum?

And kalau tak keberatan, berilah sebab yang munasabah untuk menyokong pilihan jawapan korang tu. Kot-kot lah ada yang tak bersetuju, boleh kita berdebat sikit.

Aku nak tengok apa pandangan korang ye, hehehe..

Tag : ,

Drama Melayu Hina Agama Islam

on Wednesday, January 30, 2013


Drama Melayu Hina Agama Islam - Sahara merupakan sebuah drama Melayu berkonsepkan "islamik" yang kini ditayangkan di Astro Prima sejak beberapa minggu yang lalu.

Malangnya, konsep ISLAMIK yang cuba diterapkan dalam drama Melayu tersebut sangatlah bertentangan dengan syariah Islam sendiri, selain menjatuhkan maruah dan menghina golongan perempuan yang berhijab.

Demi kesucian Agama Islam, aku dengan menggunakan medium blog ini ingin menyeru pihak terlibat terutamanya Astro untuk menghentikan penyiaran Drama yang menghina Islam ini serta merta!

VIDEO DRAMA MELAYU HINA AGAMA ISLAM



Drama Sahara ini bakal mengundang lebih banyak fitnah jika ianya tidak dihentikan dengan segera. Hmmm..

p/s: takde mood nak blogging, tapi gagahkan jua diri ni..

Tag : ,

'Sunat Wanita' Dilarang Di Malaysia?

on Thursday, January 24, 2013

Gambar Hiasan oleh Google

Assalamualaikum, dan salam maulidur rasul diucapkan buat semua. Pagi yang nyaman dan tenang ni, aku terbaca sebuah post mengenai isu "sunat wanita" di LAMAN WEB INI. Dan post tersebut membincangkan Wajarkah Sunat Wanita Dilarang di Malaysia?

Sedikit petikan daripada laman web tersebut:
Pada 20 Disember, 2012, United Nations General Assembly bersetuju untuk melarang amalam 'sunat wanita' atau 'female genital mutilation'. Kempen ini mendapat perhatian ramai di seluruh negara, dan mencetus kontroversi, kemudian menghubungkan isu ini dengan agama.
Kalau nak baca lebih lanjut boleh lah BACA DI SINI ya. Login gunakan akaun Facebook dan korang boleh baca sepenuhnya post yang dibincangkan. Memang banyak input dan pengisian boleh diperoleh di sana.

Wajarkah 'Sunat Wanita' Dilarang?

Ini adalah video respon daripada United Nation (UN) mengenai perkara ini:





Sunat Wanita mengikut perspektif Islam


Dan di bawah ni pula adalah post yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin melalui laman web rasminya, mari baca:
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .
:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Jadi korang pulak macam mana, setuju atau tidak Sunat Wanita ini dilarang di Malaysia? Mungkin boleh kita bincangkan daripada pelbagai sudut. Insyallah semoga kita semua peroleh manfaat daripada perkongsian ini nanti.
Tag :

Siapa Shasha Mendoza? Profil dan Biodata

on Monday, January 14, 2013

GAMBAR SHASHA MENDOZA



Pagi tadi aku bukak twitter, penuh dengan hashtag Sasha Mendoza ni. Aku sendiri pun tak kenal siapa budak ni, artis ke? So tanpa membuang masa aku pun cuba lah carik sendiri siapa sebenarnya Sasha Mendoza ni.. habis banjir timeline aku dengan nama dia je..

Lepas dah beberapa minit search pasal Sasha Mendoza ni kat google, gambar2 kat atas ni lah yang keluar. Tapi sayang still tak dapat jumpa lagi siapa sebenarnya dia ni. Takde profil or biodata langsung.

So aku pun malas nak google lebih-lebih, aku tanya lah dengan kawan-kawan kat twitter tu.. diorang cakap budak Sasha Mendoza ni tiba-tiba terkenal sebab komen dia pasal Himpunan Rakyat tempoh hari? Betul ke ?

Sumber gambar: Twitter Sasha Mendoza sendiri.

UPDATE: Akhbar Online The Star pun dah ulas pasal dia ni. BACA SINI.


To Shasha Mendoza: Good Luck ! :)

Tag : ,

10 Blogger Terbaik Malaysia

on Monday, January 07, 2013

top-blogger

10 Blogger Terbaik Malaysia. Topik yang sangat subjektif. Yelah, term "terbaik" tu membawa banyak maksud dan ianya terpulang kepada setiap individu untuk menafsirkannya.

Ada yang cakap Blogger Terbaik perlu memiliki blog yang popular, ataupun blog mestilah mempunyai page rank yang tinggi. Ada juga yang beranggapan blog terbaik mestilah mereka-mereka yang rank tinggi di laman web Alexa.

Walauapapun definisi Blogger Terbaik bagi korang, dalam post ni aku akan nyatakan 10 Blogger Terbaik Malaysia mengikut citarasa aku sendiri dan ya, aku akan berikan sebab musabab aku memilih blog tersebut untuk menjadi 10 Blog Terbaik aku.


Tempat ke 10: Blog Sokernet




Ulasan: Inginkan ulasan bola sepak yang jujur tanpa sebarang rasuah? Blog Sokernet adalah tempatnya. Di sini terdapat ramai penulis yang pakar dalam hal ehwal bola sepak dunia terutamanya EPL yang menulis dengan penuh semangat patriotik. Paling penting sekali, penulis blogserius yang bernama Obefiend juga merupakan salah seorang team penulis Sokernet.




Tempat ke 9: Blog Akma Omar


top-blogger-akmaomar



Ulasan: Blog Akma Omar ni merupakan sebuah blog hebat yang berkongsi pengalaman hidup Akma Omar sendiri. Apa yang menariknya, blog Akma Omar sering menyertai Contest SEO dan kebanyakan contest yang disertai pasti akan dimenangi olehnya. Nampak tak, betapa hebatnya teknik dan skill SEO yang ada pada blog dan blogger ini? Hope dapat lah belajar sedikit sebanyak ilmu SEO blog daripada beliau nanti.



Tempat ke 8: Blog Aku Stress Giler




Ulasan: Blog Aku Stress Giler ni lebih kurang je konsep dengan blog serius. Tapi kenapa aku listkan blog ni instead of Blog Serius sendiri? Sebabnya Blog Serius memang dah ramai yang kenal dan tak terlawan dalam perkongsian informasi secara santai jadi aku perkenalkanlah satu lagi blog dengan niche yang sama yang mungkin korang masih belum tau lagi. Hehehe..


Tempat ke 7: Blog Fazreen



top-blogger-fazreen



Ulasan: Blog Fazreen ni tak macam blog-blog di Malaysia ni. Blog ini banyak berkongsi kisah suka duka Fazreen dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh beliau. Memang best baca entri-entri kat dalam blog ni.


Tempat ke 6: Blog Denaihati

top-blogger-denaihati


Ulasan: Blog denaihati ni merupakan sebuah blog yang terkenal di negara kita kerana program intensif tunai yang memberi peluang kepada blogger lain menjana pendapatan sampingan. Selain itu, blog denaihati juga sama seperti blog lain yang menceritakan pelbagai kisah kehidupan serta ilmu SEO blog.


Tempat ke 5: Blog Fatin Liyana

top-blogger-fatin-liyana

Ulasan: Blog Fatin Liyana (FL) lebih menumpukan kepada perkongsian  pengalaman FL sendiri seperti melancong ke Korea. Sebelum ni FL juga banyak menulis tentang halatuju selepas SPM untuk dijadikan panduan buat pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih buntu mengenai perjalanan hidup selepas SPM terutamanya.

Tempat ke 4: Blog Amanz


top-blogger-amanz



Ulasan: Blog Amanz kira blog wajib singgah setiap hari terutamanya bagi mereka-mereka yang dahaga kan informasi dalam dunia teknologi dalam bahasa melayu. Blog amanz memang terbaik dalam bab ni sebab lebih daripada 3 post ilmiah berkaitan komputer dan teknologi dipost disini dalam masa sehari. Perghh...




Tempat ke 3: Blog Rotikaya


top-blogger-rotikaya



Ulasan: Rasanya sudah ramai yang kenal dengan blog hiburan paling awesome ni. Kalau korang ingat, Rotikaya dulu pernah menggemparkan Malaysia selepas disaman RM1juta tetapi perkara tersebut tidak menghalang team rotikaya daripada menjadi blog kesukaan rakyat Malaysia ketika ini.



Tempat Ke 2: Blog Ariff Shah


top-blogger-ariffshah


Ulasan: Sama seperti blog akma omar, blog Ariff Shah juga memuatkan entri yang menceritakan mengenai kehidupan seorang engineer yang bernama Ariff Shah. Mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu SEO, blog Ariff Shah sering mendapat ranking yang tinggi di enjin carian seperti Google Search. Setiap entri ditulis secara santai dan diisi dengan perkara yang bermanfaat untuk para pembaca yang mengunjungi blog tersebut.


Tempat Pertama: Blog.Azri Johan

top-blogger-azrijohan


Ulasan: Blog.Azri Johan kalau korang nak tahu adalah blog yang korang tengah baca ni. Blog ini bukanlah blog popular bagi korang tapi bagi aku inilah blog yang akan aku lawat dan baca setiap hari. Seriously siapa yang tak suka dengan blog sendiri kan? Hehehe..


10 Blogger Terbaik Malaysia dah pun aku senaraikan. Korang pulak macam mana? Cuba senaraikan sedikit beberapa blog yang menjadi favourite korang selama ni. Kalau dah ada, boleh letak link kat bahagian komen, nanti aku datang terjah dan baca ya.


Tag : ,

Projek Mersing Laguna di Johor Dibatalkan

on Saturday, September 15, 2012


Kemajuan Negeri Johor dalam bidang pembangunan semakin rancak sejak kebelakangan ini dan perkara ini nampaknya menyebabkan terdapat beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap negeri ini.

Sebuah projek mega bernilai RM22billion iaitu Projek Mersing Laguna baru sahaja dibatalkan atas titah Sultan Johor sendiri kerana terdapat pihak yang tidak menepati janji semasa projek ini dijalankan.

Projek Mersing Laguna merupakan idea untuk menjadikan kawasan persisiran pantai dan kepulauan yang terdapat di Mersing sebagai lokasi pelancongan terkemuka di dunia dengan fasiliti moden dan mewah seperti di Bali, Indonesia.

Menurut perancangan asal, Projek Mersing Laguna ini akan dibina dan direalisasikan sepertimana yang ditunjukkan dalam video dibawah:


Projek Mersing Laguna di Johor Dibatalkan

MERSING: Sultan Johor bertitah projek pembangunan Mersing Laguna bernilai RM22 bilion dibatalkan berikutan kegagalan pemaju projek mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditandatangani pada 25 Februari lepas.

Menurut Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda sentiasa mengawasi kemajuan projek itu dan memastikan ia dijalankan dengan sempurna.

"Mengikut perjanjian, pihak pemaju hendaklah meningkatkan modal berbayar RM200 juta. Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut.

"Dengan kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," menurut Sultan Johor yang bertitah pada majlis hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing di sini Sabtu.
Sultan Johor bertitah baginda sendiri merasmikan majlis pecah tanah projek mega itu pada 14 April lepas.

Pemaju bagi projek Mersing Laguna itu merupakan syarikat tempatan, Radiant Starfish Development Berhad.

Projek Mersing Laguna yang akan meletakkan Mersing di dalam peta pelancongan dunia itu membabitkan pembinaan 22 hotel dan resort, marina, taman tema air dan pusat membeli-belah.

Ia juga melibatkan usaha tambakan laut bagi mewujudkan tiga pulau buatan manusia. Fasa pertama projek itu dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun.
Sultan Johor menasihatkan kerajaan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima dan menilai cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Negeri Johor titah baginda sememangnya sedang pesat membangun dan sentiasa terbuka kepada mana-mana pemaju yang betul-betul komited, mempunyai kepakaran dan modal yang nyata.

"Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," menurut baginda.

Setiap apa yang berlaku menurut Sultan Johor, akan diperhatikan baginda bagi menjamin pembangunan yang dibuat itu benar-benar berjaya dan memberi faedah kepada rakyat dan negeri Johor. - BERNAMA (10 September 2012)

Tag : ,

Iklan Hari Raya PETRONAS Tahun 2012

on Tuesday, July 31, 2012

IKLAN SAMBUTAN HARI RAYA PETRONAS 2012


Iklan Hari Raya merupakan salah satu perkara yang paling dinanti oleh ramai orang termasuk aku sendiri pabila musim perayaan semakin hampir. Dan iklan yang sering mendapat tumpuan ramai setiap tahun pastinya iklan yang dihasilkan oleh PETRONAS, sebab nya kebanyakan iklan mereka sangat menyentuh perasaan dan mempunyai maksud yang tersendiri.

Contohnya seperti iklan raya Petronas tahun 2006, ia memaparkan kisah menantu lelaki dan anak perempuan yang derhaka terhadap bapa mereka apabila memaksa orang tua itu makan sendiri di luar menggunakan meja kayu, pinggan dan cawan plastik.

Namun, selepas mendengar ungkapan kedua-dua anak kecil mereka mengatakan apabila mereka dewasa kelak, kedua-dua ibu bapa mereka harus tinggal di luar rumah. Barulah suami isteri ini berasa insaf dan menyesali perbuatan mereka yang boleh dikatakan sangat keterlaluan itu.

Walaupun ini bukan idea baru, apa yang paling penting mesej yang disampaikan. Secara tidak langsung ia sebenarnya cuba mengingatkan kita supaya tidak sekali-kali menderhaka kepada orang tua kita kerana tidak mustahil anak-anak kita satu hari nanti akan membuat perkara sama apabila mereka sudah dewasa.

Iklan Hari Raya PETRONAS 2012





BACA JUGA: Cita Cita Saya



Tag : ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog