Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Lawak Ke Der 2 - Harith Iskander Buat Aku Menangis

on Friday, March 29, 2013


Perghh tak tidur malam aku sebab excited gila nak tengok Lawak Ke Der 2 - komedi pentas yang dijadikan dalam bentuk filem. Ni semua gara-gara fenomena Lawak Ke Der sebelum ni.

Dalam Lawak Ke Der 2 ni pun masih lagi menampilkan Nabil sebagai pengacara program, diikuti oleh Kumpulan Jozan, Boboi dan Harith Iskander sebagai pelawak yang membuat persembahan di Istana Budaya.

Bagi aku, dalam Lawak Ke Der 2 ni kumpulan Boboi semakin hambar lawaknya. Rasanya mungkin sebab idea sudah habis kot, bukan senang nak buat orang terima lawak kita dan gelak seikhlas hati.

Apapun, pujian wajar diberikan kepada Jozan dan Harith Iskander. Masa tengok persembahan lawak Harith Iskander aku tak dapat menahan diri dari ketawa macam orang gila, sampai terkeluar air mata beb. Hahahaaa.. memang terbaik lah.

Bagi sesiapa yang masih belum tengok lagi Lawak Ke Der 2 ni, korang boleh tengok full movie ni melalui link yang aku bagi kat bawah ni.


Selamat menonton ya.. tolong ketawa dengan sopan :p



Tag : ,

Video Tutorial Make Up untuk Kaum Lelaki

on Saturday, June 23, 2012


Assalamualaikum semua :)


LELAKI. Siapa kata kaum lelaki ni tak perlu menjaga kecantikan? Untuk pengetahuan korang semua, kebanyakan lelaki zaman sekarang ni dah mula sedar betapa pentingnya menjaga personaliti diri sendiri. Oleh sebab tu ramai lelaki yang menjadi golongan metroseksual dan suka make up macam perempuan juga.


Tapi bukan mudah untuk lelaki menghias diri dan mencantikkan muka yang kasar dan berminyak, betul tak? Oleh sebab tu aku nak kongsikan Video Tutorial Make Up untuk Kaum Lelaki. Vlog ni dibuat oleh Aman Wan yang sebelum ni terkenal dengan video Iklan Gengster nya.

VIDEO TUTORIAL MAKE UP KAUM LELAKI


So, lepas nie mesti ramai lelaki di luar sana yang akan mula make up dan menjaga penampilan diri. Kalau korang ada kawan-kawan ataupun saudara mara yang selekeh serabai, jangan ragu-ragu untuk menyuruh mereka menonton Video Tutorial Make Up Kaum Lelaki ni ye. Sharing is caring kan? Hehe..

p/s: kecantikan adalah hak milik setiap insannnn :p


KEEP ON SMILING:)



Tag : ,

Funny: Artis Malaya Bermisai (Part 1)

on Tuesday, May 15, 2012

Artis Malaya Bermisai

Artis negara kita simpan misai.. Memang takde siapa pernah terbayang kot. Serius lawak dan kelakar, tak percaya korang tengok lah sendiri gambar artis dan selebriti kesayangan korang kalau diorang ada misai macam mister potato tu.. Hehehe, ce la usha..

Awal Ashaari
Tag : , , ,

Malam Pertama Perkahwinan

on Monday, May 14, 2012




Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee


Tag : ,

Koleksi Foto Lucu Pengubat Stress Belajar Untuk Final Examination

on Thursday, May 10, 2012



Tag : ,

Maria Ozawa Beraksi Dalam Asian Avengers

on Tuesday, May 08, 2012

ASIAN AVENGERS..

Mungkin ini yang akan berlaku jikalau penduduk Asia mahu memilih kumpulan Avengers mereka yang tersendiri... Yang hairannya, kenapa mesti masukkan Maria Ozawa sekali? Siapa dia tu ye? ROFL...

Truly... Asian Level

P/S: Siapa Kenal Maria Ozawa? :O


Tag : , ,

Tatacara Jawab Telefon Paling Kurang Ajar

on Thursday, May 03, 2012



Tatacara Jawab Telefon Paling Kurang Ajar


1. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

2. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

3. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

4. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

5. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan 
perkhidmatannye… time kasih.

6. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

7. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

8. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

9. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

10. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)


Tag : , ,

Gambar Artis Malaysia Tukar Jantina Kepada Wanita

on Saturday, April 28, 2012


Betul cakap Zed Zaidi, Artis Malaysia ni ramai yang berbakat besar dalam bidang lakonan dan kebanyakkan lakonan mereka mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan yang sukakan hiburan.

Buktinya, artis Malaysia pun pandai berlakon menjadi Mak Nyah oke.. walaupun badan berketul-ketul tapi bila part berlakon, diorang memang terbaik. Rasanya korang sendiri pun tak boleh tahan bila tengok Gambar Artis Malaysia Tukar Jantina Kepada Wanita kat bawah ni. Hehehe, jangan masuk toilet sudah...
















p/s: siapa paling cun? ce komen sikit...


Tag : , , ,

Kisah Pak Cik Teksi Yang Kelakar

on Friday, April 20, 2012



Kisah Pak Cik Teksi Yang Kelakar


Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Fasha. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Fasha harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang. 

Fasha: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal Dalam tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Fasha teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Fasha lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Fasha dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Fasha.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Fasha: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Fasha: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Fasha: "patutla...."

**Jemput Baca Juga Blog Denaihati, ada sesuatu yang menarik menanti anda di sana. Hehehe..


Tag :

Trick Topup Prepaid Secara Percuma

on Wednesday, April 18, 2012

Trick Topup Prepaid Secara Percuma untuk para pengguna Celcom, Maxis, DiGi, iTalk, Umobile dan banyak lagi. sebarkanlah ilmu ini kpd orang ramai


Hasil perkongsian saudara Hasrul Hassan, agar memberikan manfaat kepada semua yang membaca ;D




As-Salam.
Nak Tips Reload Prepaid Secara Percuma? 

Ada yang email pada HH, dan kongsikan tips untuk tambah reload tanpa perlu beli tambah nilai. Katanya, di awal-awal bicara, ia petua untuk menjimatkan perbelanjaan terutama bagi pelajar-pelajar IPT dan juga untuk mereka yang sedang bercinta.


Ini katanya:

Tips Reload Prepaid Tanpa Perlu Bayar

Aku dapat daripada awek kat kedai handphone masa aku round kat Suria KLCC. Duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni. Last-last cair jugak dia. Dia pun bagitau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma.


Ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang... untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019,anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal yerr..


Cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan. Ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.


Ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019 ambik telefon anda dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising, tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.


Anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk k.l, 0406 untuk yang duduk di Selangor.


Anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723" selepas dail nombor tadi tekan nombor telefon anda sekali lagi. Tunggu selepas bunyi bising selesai,dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...


Ok, selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emei number is accept". Terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" terus dail nombor tepon anda dan anda akan dengar
"kepala hotak kau, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena bayar 20 sen"


Dah dah .... pi buat kerja lain, asyik update blog je.

Adeh. Terkena di situ. Sib baik la HH pakai line, so tak adalah beriya nak try. Cuma baca dan baca ... ya, benar .... mana ada benda percuma dah sekrang, kalau ada ... itu cuma trick peniaga je. Jadi hati-hati jangan sampai anda kena tipu lak ye ... almaklumlah ... semua poket tengah kembung skang ni .. hehhehe...



Untuk maklumat lanjut mengenai trick ini, sila layari laman web rasmi DI SINI

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

Zizan Raja Lawak bergaya dengan kereta baru



Difahamkan, inilah dia gambar kereta baru Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak. Bukan calang-calang kereta tau. Subaru Impreza WRX STI tu... perghhh... raja atas tar... apa celup... hehehe..

Lepas ni dapat bonus kutipan filem Hantu Bonceng, boleh angkat kereta sport lain plak. Siapa tahu kan dulunya seorang pekerja car wash, kini namanya meningkat naik menjadi artis popular kat Malaysia ni.. hebat mung zizang (loghat ganu sikit) Hehehe...






KEEP ON SMILING:)

Tag : , , ,

Berapa Harga Kereta Paling Mahal Di Malaysia?

on Monday, April 16, 2012


HONDA ACCORD DIJUAL PADA RM8juta

Gila betul, Honda Accord ni dijual melalui sebuah forum terkenal di negara kita iaitu mudah.my. Tapi yang tak logiknya harga Honda Accord ni diletak sebanyak RM8,000,000. Perghhh, typo ke memang betul-betul RM8juta ni?

p/s: orang kita ramai dah kaya raya.. ye dak?

Tag : , , ,

Letupkan Alat Kelamin Kekasih Menggunakan Mercun


MELETUP, KEBABOMMMM !!


RUSSIA - Seorang wanita Russia, Kira V. telah menggunakan mercun untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya. Kejadian ini berpunca kerana teman lelakinya Alik D. 33 tahun hendak berpisah dengannya.



Teman lelakinya hendak berpisah kerana enggan berkahwin dengan wanita tersebut dan ingin kembali kepangkuan isteri dan anaknya.

Wanita Russia itu telah mengajak teman lelakinya untuk makan malam.Kedua-dua mereka makan sambil meminum minuman keras.

Alik D yang mabuk tlah tertidur dan kemudian wanita Russia itu mengambil beberapa mercun memasukannya kedalam seluar untuk meletupkan kemaluan teman lelakinya. Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital. Wanita Russia itu telah dipenjarakan selama 12 tahun.

-Mosnews
Tag : ,

Jackie Chan jual ikan di pasar

azrijohan,twitter,facebook,utp,universiti teknologi petronas,justin bieber,najwa,najwalatif,imratul najwa

Pelanduk dua serupa. Itulah yang berlaku kepada seorang warga Singapura bernama Zhang Sui Xing yang memiliki wajah seiras pelakon terkenal Jackie Chan. Atas sebab itu, ramai yang menyangka bahawa kini Jackie Chan menjual ikan di pasar pula.

Keadaan ini membawa tuah kepada Zhang kerana setiap hari, bilangan pelanggan yang hadir ke tempat nya menjual ikan semakin bertambah. Ramai diantara mereka yang mahu melihat wajah nya yang mirip Jackie Chan itu dan ada juga yang memintanya autograph.

azrijohan,twitter,facebook,utp,universiti teknologi petronas,justin bieber,najwa,najwalatif,imratul najwa

Sama kan muka dia? Mula-mula aku pun tak menyangka bahawa berita Jackie Chan jual ikan di pasar yang tersebar luas di internet merupakan kisah benar. Tetapi ini bukanlah Jackie Chan yang sebenarnya tetapi cuma 'Chen Long' iaitu panggilan Jackie Chan oleh masyarakat Cina di Singapura.

Rasa-rasanya lah kan, ada tak sesiapa yang mempunyai wajah 100% sama macam muka Justin Bieber? Hehehe...kalau lah ada, apa akan berlaku nanti ye?


KEEP ON SMILING:)


Tag : , ,

True Story: Antara Majikan dan Pekerja




Tag : ,

Russel Peter Di Malaysia Mei Ini

on Saturday, April 14, 2012



RUSSEL PETER DATANG MALAYSIA?

Berita gembira buat mereka-mereka yang sukakan lawak Internationaleyy kat Malaysia, bulan Mei nanti pelawak pentas terkenal Russel Peter akan berada di Malaysia untuk menjayakan Live Show di negara ini.

Russel Peter akan menghadirkan diri di Stadium Melawati, Shah Alam pada 12 Mei 2012 ini dan akan menghiburkan peminat-peminat yang menghadirkan diri ke sana. Mungkin ini peluang yang amat sukar dilepaskan, betul tak?

Setakat ini maklumat mengenai harga tiket masih belum diketahui lagi. Oh ya, bagi sesiapa yang pertama kali mendengar nama mamat Russel Peter ni mesti korang tertanya-tanya siapa sebenarnya dia ni kan?

Apa kata korang cuba tengok video lawak Russel Peter ni, gerenti korang tak kering gusi beb (tu pun kalau faham lah).




KEEP ON SMILING:3

Tag : , , ,

Rahsia Pringles Yang Perlu Kita Tahu





Adakah anda pengemar Pringles.Pasti anda ada simpan kat mana-mana baik di office atau rumah.Di sini ada beberapa fakta-fakta menarik yang menyelerakan tentang Pringles.
  • Pringles dicipta oleh Alexander Liepa dari Montgomery, Ohio dan penulis Fiksyen Sains dan Fantasi  Gene Wolfe mencipta mesin yang digunakan untuk memasak pringles.
  • Pringles dihasilkan secara komersial oleh Procter & Gamble, dan pertama kalinya dijual di Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun 1968
  • Nama Pringles tersebut dipilih dari buku telefon daerah Cincinnati, memilih Pringles Avenue di Finneytown, Ohio untuk nama yang ringkas  dan  sedap didengar.
  • Pringles diiklankan di Amerika Syarikat dengan slogan “Semuanya Pops dengan Pringles”, manakala di Uk dan di tempat lain dengan slogan “Sekali anda pop, anda tidak boleh berhenti.”
  • Gambar orang pada logo Pringles, dengan misai yang lebat dan umumnya dikenali sebagai “Julius Pringles”
  • Di Amerika Syarikat, Pringles tidak dipasarkan sebagai kerepek kentang, melainkan “kerepek rangup”
  • Oleh kerana reka bentuk logam yang panjang, bentuk tabung, tin-tin Pringles telah digunakan untuk membuat antena Wi-Fi, yang juga dikenali sebagai cantennas
  • Fred Baur, pencipta sistem pembungkusan kentang Pringles ini telah meminta sebahagian dari abunya dimakamkan di dalam tin tersebut setelah dia mati. Keluarganya telah mengabulkan permintaan tersebut.

Tag : , ,

Kisah Pakcik Ditelan Harimau Siberia | Serius Lawak Gila



Pada suatu hari seorang lelaki yang agak berumur bernama Abu merayau-merayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja.
Tetapi agak malang kerana disebabkan umurnya yang agak tua, dan waktu tu ekonomi sedang meleset, tidak ada satu tempat pun yang menawarkan kerja untuknya.

Maka Pak Abu yang malang tersebut pulang kerumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata.

Esok paginya, si suami bangun awal-awal pagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi, manalah tahu, kalau kalau hari ni boleh dapat kerja fikirnya. Tetapi ceritanya serupa saja, tak ada siapa yang mahu memberinya kerja.

Walau macamana pun Pak Abu masih tak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat kesatu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke zoo.

Pak Abu: Sini ada kerja kosong ke?

Penjaga Zoo: Mana ada kerja kosong sini pakcik.

Pak Abu: Tolonglah dapatkan pakcik apa-apa kerja, pakcik ni orang susah.

Penjaga Zoo: Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja, disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak pakcik pakai sarung monyet dan berlakun jadik monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah.

Pak Abu: Berapa upahnya?

Penjaga Zoo: Tak berapa mahal pakcik, sehari RM15 je.

Pak Abu: Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadik monyet, monyet lah, janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak beranak.

Penjaga Zoo: Kalau macam tu esok pepagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyek, dan pakcik masuk kandang no4, tau!

Pak Abu: Baiklah nak.

Penjaga Zoo: Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau, jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik.

Pak Abu: Baik nak.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat dia lagi.

Dengan penuh ceria Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk kekandang no 4. Ceria sungguh, lompat sana , lompat sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke zoo tersebut, lagilah bermangat Pak Abu, lagi galak dia melompat, lagi pun bukannya orang tahu siapa dalam sarong tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.

Berjam-jam Pak Abu melompat kesana kemari tanpa mengenal penat, maklumlah hari pertama kerja. Kadang-kadang Pak Abu tersasul jugak, bersalam pada orang yang datang kekandangnya. Tiba-tiba satu tragedi yang sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yang amat sedih dan telah memasukkan nama Pak Abu di muka akhbar. Berita yang amat menggemparkan.

Pak Abu terlalu galak melompat, terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yang selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yang memakai topeng monyet itu.

Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula kekandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais ngais kebelakang, sambil mengaum, ia menunjukkan gigi taringnya yang tajam dan berkilat,

Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama ia bekerja. Wajah isteri mula terbayang, bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yang mungkin tidak sempurna lagi, koyak sana , koyak sini, robek sana , robek sini, mungkin keseluruhannya berlumuran darah.

Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam, punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda-kuda.

Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam, tiba-tiba, sesuatu yang ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara, boleh bercakap, katanya “Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau, cari makan pakcik….”

Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu.. “La.. orang jugak ke…”



Tag : ,

Berhati-hati semasa menggunakan mesin ATM di Bank

on Friday, April 13, 2012


Assalamualaikum awesome peeps sekalian..

Petang ni aku just nak ingatkan korang semua supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan mesin ATM di bank, tak kira la bank mana-mana pun. Kenapa? Sebabnya bukan calang-calang orang yang mampu mengeluarkan duit daripada mesin tu walaupun duit dalam akaun korang berjuta-juta ringgit.

Ingat,berhati-hati semasa menggunakan mesin ATM di bank lebih-lebih lagi kalau korang berhadapan dengan situasi dalam gambar ni oke...bahaya beb


Siapa nak tolong korang bila keluar soalan macam ni? Hehehe..tak pasal-pasal menangis sorang-sorang kat tepi mesin ATM tu. Ok,ni entri merepek...saja santai di petang hari. Sekian terima kasih daun keladi

KEEP ON SMILING:)



Tag : , ,

Artis YouTube | Najwa Latif di saman

on Thursday, April 12, 2012


Assalamualaikum

Siapa yang tak kenal dengan Najwa Latif, artis YouTube yang semakin dikenali dek kerana lagunya yang cukup popular iaitu Cinta Muka Buku. Tapi aku tak cakap pon 'semua' orang kenal ye. Sebabnya aku sendiri pon tak kenal. Eh,yeke? Hehehe...

Malangnya, baru-baru ini Najwa Latif telah pun di saman oleh founder Muka Buku a.k.a Facebook iaitu si kaya, Mark Zuckerberg kerana menurutnya 'lagu Cinta Muka Buku itu mengganggu tidur saya'. Dan kenyataan nya itu di jadikan tajuk utama akhbar popular di Amerika Syarikat iaitu Akhbar FukkenLoL

Artis YouTube, Najwa Latif di saman Mark Zuckerberg


najwa latif di saman,carta hati,cinta muka buku,artis youtube

Tetapi jangan risau kerana isu Najwa Latif di saman ini tidak mematahkan semangat juang Imratul Najwa (nama sebenar Najwa Latif) untuk terus menghasilkan lagu yang menarik khusus untuk para peminat nya. Terkini, dia sedang menyiapkan single kedua nya yang berjudul Carta Hati.

So,kepada Najwa Latif's Awesome Friends (gelaran buat peminat NL) Teruskan menyokong Justin Bieber Malaysia ni ye. Oh ya, bagi sesiapa yang masih belum mengenali siapa sebenarnya Najwa Latif ni, korang boleh la baca biodata dan profail nya dengan KLIK SINI ye. Sekian,terima kasih - Bername dan TB3


p/s: sekadar gurauan, don't take it seriously

KEEP ON SMILING:)

najwa latif saman, imratul najwa di saman, artis youtube di saman, nar records di saman, najwa latif cinta muka buku di saman, lagu carta hati najwalatif cinta muka buku di saman, cinta facebook saman
Tag : , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog