Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Rahsia Cantik Selebriti Ternama Dengan Produk Aura White Beauty

on Wednesday, March 06, 2013



Selebriti ternama, Hanez Suraya mendedahkan rahsia kecantikan beliau adalah dengan cara mengamalkan Produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg setiap hari.

Kelebihan Aura White Beauty?

Aura White Beauty adalah produk minuman yang dapat memperbaiki taraf kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia merupakan  produk pertama di Malaysia yang mengabungkan 3 stem sel dari buah-buahan tomato, epal dan roselle bersama L-Glutathione dan tilapia kolagen.

Tubuh badan yang kekurangan kolagen boleh mudah berasa letih dan lesu. Ianya juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit berjeragat, jerawat, kering dan kusam.

Kolagen adalah penting untuk menjaga kecantikkan dalaman dan luaran supaya badan kita sentiasa segar dan sihat. Disamping itu ia bertindak 3 kali ganda sel mencerahkan kulit dan membaiki struktur sel kulit yang rosak supaya terjaga, licin, putih dan gebu.

Aura White Beauty juga mampu untuk melawan sakit sendi, osteoporosis dan pemulihan daripada kesan parut akibat kecederaan.

Pengguna produk kesihatan Aura White Beauty bersetuju bahawa produk ini dapat membantu mereka menggelakkan masalah rambut gugur, kering dan berminyak. Malahan produk ini juga menjadikan rambut semakin lebat, tebal dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.

Cara Pengambilan Aura White Beauty

Produk Aura White Beauty boleh diambil dengan beberapa langkah mudah dan menjimatkan masa. Ianya boleh diambil di mana sahaja, mengikut masa yang ditetapkan.

Gambar di bawah menunjukkan cara pengambilan produk Aura White Beauty yang lengkap dan betul. Ikut panduan yang ditunjukkan dan dalam masa beberapa hari tubuh badan akan dapat merasai kesannya.



1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas. 

5) Cara yang paling sesuai untuk pengambilan AURA WHITE BEAUTY adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan pagi) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)


Bagaimana cara membeli Produk Aura White Beauty?

Kepada sesiapa yang mahu memperbaiki taraf kesihatan dan tampil lebih cantik seperti golongan selebriti, anda semestinya mahu mencuba sendiri produk Aura White Beauty ini dan rasakan sendiri kesannya.

Produk ini boleh dibeli dengan cara berikut:


Berita baik buat semua, produk Aura White Beauty ini juga boleh digunakan oleh semua orang, tidak kira jantina mereka. Lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai hak untuk tambil lebih sihat dan cantik. Cewahh :p


Jana pendapatan dengan Produk Aura White Beauty

Selain menaik taraf kesihatan dan kecantikan para pengguna, produk Aura White Beauty juga dapat menjadi sumber pendapatan sampingan bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar ataupun agen rasmi produk ini.

Produk Aura White Beauty mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai dan ini membuatkan lebih ramai pengedar diperlukan oleh mereka.

Anda boleh mendaftar sebagai agen rasmi ataupun agen dropship dengan mendaftar di LAMAN WEB RASMI mereka. Di sana nanti akan diterangkan dengan lebih lanjut dan terperinci. Sebarang persoalan juga boleh diajukan melalui pautan email yang diberikan di situ.


Tag : , ,

Kupon Diskaun Pizza Hut

on Monday, March 04, 2013

Kupon Diskaun Pizza Hut Bulan Mac 2013


Terjumpa Kupon Diskaun Pizza Hut ni di Timeline Facebook pagi tadi. Mula-mula macam tak ambik kisah sebab tak bercadang pun nak makan Pizza Hut semasa cuti ni.

Kemudian dah petang sikit, tergerak hati nak kongsikan kupon diskaun pizza hut ni dengan rakan-rakan blogger serta pengunjung blog aku ni.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan harga diskaun ini, boleh lah print kupon ni sama ada berwarna ataupun hitam putih dan tebus di restoran pizza hut berdekatan.

**3 Regular pizzas + 4 soups = RM38**
Untuk gambar penuh: (KLIK SINI + PRINT)


Penafian: aku tidak dibayar oleh mana-mana pihak untuk menulis perkongsian ini. Sekian harap maklum dan makanlah pizza dengan sopan santun ok ;)


Tag : ,

Kat Mana Ada Jual Durian Crepe di Johor?

on Friday, December 07, 2012


Kat Mana Ada Jual Durian Crepe di Johor?

Cuti Semester 4 Bulan dah dekat, so aku rasa nanti balik Johor first thing yang nak buat ialah cari Durian Crepe. Kempunan gila wei nak rasa sendiri durian crepe ni sebab ramai yang cakap sedap gilaa... kena try sendiri baru tau betul tak.

Tapi bukan senang nak carik kat mana ada jual Durian Crepe ni. Lagi-lagi kat Johor, sebab aku dah lah jarang balik so tak berapa nak update sangat dengan perkembangan terkini mengenai negeri kesayangan aku tu.

Rasanya kalau susah sangat nak carik durian crepe kat Johor ni nanti, terpaksalah juga bukak balik entri Resepi Buat Durian Crepe dan mintak tolong mak aku buatkan kat rumah nanti.

Kalau menjadi nanti, boleh lah buat lagi banyak kan? Lepas tu boleh bagi-bagi kat jiran-jiran sebelah rumah bagi diorang rasa pulak. Silap-silap boleh bukak satu kedai jual durian crepe depan rumah je nanti. Hehehe..

So orang Johor yang lain... korang tau tak kat mana ada jual durian crepe ni di area Johor Bahru? Kalau berdekatan dengan Pasir Gudang pun okay jugak.. Hehehe..

p/s: kat Kip Mart (gambar) ada jual Durian Crepe tak ye?

Tag : , ,

Kat Tesco Pun Jual Durian Crepe Murah

on Saturday, December 01, 2012


Nampaknya fenomena Durian Crepe masih tak surut lagi, bahkan semakin hebat pula. Kemana sahaja pasti ada orang yang bercerita pasal Durian Crepe ni, makin jealous pulak aku dengar sebab aku sendiri tak pernah rasa lagi Durian Crepe macam mana. Takpe, ada rezeki nanti dapatlah.. Betul tak? .

Kat Tesco Pun Jual Durian Crepe Murah


Dalam entri aku Resepi Buat Durian Crepe sebelum ni, ada seorang pembaca yang meninggalkan komen dia pernah beli Durian Crepe di sebuah pasaraya iaitu di Tesco Tebrau di Johor.

Terkejut juga bila baca, ingatkan Durian Crepe ni cuma boleh dibeli melalui orang-orang tertentu saja.. tak sangka pulak kat pasaraya besar macam Tesco tu pun ada jugak dijual Durian Crepe. Perghhh memang meletop lah..

Kalau keadaan ni berterusan dan permintaan terhadap produk Durian Crepe ni semakin meningkat, tak mustahil jika satu hari nanti buah durian akan diterima oleh masyarakat luar juga.

Pasti mereka juga akan mengakui kehebatan buah durian sebagai Raja bagi segala buah-buahan yang ada. Hehehe..



p/s: siapa yang tak makan durian tu memang rugi laaa ~


Tag : ,

[PENTING] Kenapa Perlu Buat Korban di Kemboja?

on Wednesday, October 10, 2012


Artikel ini merupakan hasil penulisan Ustaz Cambodia yang sebelum ini pernah juga berkongsi Fakta Kehidupan Umat Islam di Kemboja, serta mengajak kita semua untuk melihat sendiri keadaan mereka di sana melalui Pakej Melancong Ke Kemboja Sambil Beribadah.

Melalui artikel terbaru ini, beliau akan berkongsi beberapa point penting yang menerangkan kenapa kita semua perlu melaksanakan ibadah korban di Kemboja. Ayuh sama-sama kita baca, dan ambil manfaat daripadanya:

Kenapa Perlu Buat Korban di Kemboja?

Rayuan sumbangan korban dan akikah untuk fakir miskin di negara kemboja, kemiskinan umat islam di kemboja seperti yang kita sedia maklum, maka dengan itu pada tiap-tiap tahun raya korban saya akan berusaha untuk mendapatkan sedikit sumbangan korban untuk mereka.

Atas kehendak allah maka pada tahun ini umat islam kemboja berhari raya korban dalam keadaan tengah-tengah banjir BESAR sehingga air dibawah rumah semester lebih, apabila musim banjir datang maka akaun pendapatan harian mereka terpaksa kena tutup selama 2 bulan, sebab banjir itu biasanya mengambil masa 2 bulan, dalam masa 2 bulan ini mereka hanya makan apa-apa yang ada di rumah, kalau ada ikan kering maka ikan keringlah makanan mereka selama 2 bulan itu,

Oleh itu, pada tahun ini saya berdoa dan berharap moga-moga allah bantu saya untuk mendapatkan banyak ekor korban untuk membantu mereka, sebab saya sendiri orang kemboja, maka saya tahu kesusahan apabila berada dalam kebanjiran selama 2 bulan, kadang-kadang kitaorang masak nasi campur jagung pun ada,

SABDA NABI saw: "Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim. " ( Hadis )
 
dengan demikian saya sangat berharap sekiranya ada orang yang sanggup membantu berusaha untuk mendapatkan korban, dengan mem war-warkan pada senak saudara adik beradik dan kawan-kawan moga-moga mereka dilapangkan hati  berminat  untuk ber korban disana, Moga-moga dengan itu kita akan mendapat pahala yang banyak disisi allah SWT.

“Perumpamaan kasih sayang orang beriman sesama mereka adalah seperti satu TUBUH, maka apabila salah satu anggota sakit maka akan terasalah kesakitan itu seluruh tubuhnya. ” ( Hadis )
 
"Siapa yang menunaikan hajat ( keperluan )saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya." ( Hadis )

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya." Ibnu Abbas.


P/S: mohon rakan blogger dan para pembaca untuk SHARE artikel ini di Facebook dan laman sosial yang lain dengan niat untuk membantu umat islam di Kemboja kerana Allah. Insyallah ada ganjaran untuk kita kelak...
Tag : , ,

Jawatan Kosong di Legoland Malaysia

on Monday, September 24, 2012

Legoland Pertama di Asia yang terletak di Nusajaya, Johor kini menjadi tumpuan ramai rakyat Malaysia juga pelancong luar atas beberapa faktor.

Faktor utama adalah Legoland merupakan taman tema keluarga yang menyeronokkan dengan konsep sama seperti Disneyland di Hong Kong dan juga Universal Studios di Singapura.

Selain itu, Legoland juga menjadi tumpuan ramai orang yang ingin mencari perkerjaan serta jawatan kosong yang perlu diisi. Sememangnya pembukaan Legoland ini memberikan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan juga untuk warga asing yang ingin bekerja secara sah.

Jadi jika anda masih mencari kerja kosong dan masih buntu mengenainya, apa salahnya jikalau anda cuba memohon salah satu jawatan kosong yang ada di Legoland. Insyallah pasti ada tempat untuk anda memandangkan Legoland memerlukan lebih ramai tenaga kerja untuk menjadi taman tema yang terulung di rantau ini satu hari nanti.

Tag : , ,

7 Fakta Menarik Mengenai Izara Aishah

on Tuesday, September 18, 2012



Ada sesiapa tak kenal Izara? Kalau tak kenal lagi, korang boleh baca dulu Biodata Izara Aishah ni ok. Orangnya cantik, sejuk mata memandang. Kalau pegang panas kot haha. Nak tahu 7 rahsia Izara Aishah. Tengok kat bawah ni.


7 Fakta Menarik Mengenai Izara Aishah


1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.

5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.

7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi.

Tag : ,

Kaitan Rahsia Antara Pepsi Dengan Israel

on Thursday, August 02, 2012


Para cendekiawan Islam Timur Tengah menyatakan mereka tidak akan pernah menarik balik pernyataannya bahawa Pepsi Cola secara asasnya adalah nama kod bagi komplot Zionis.



Institut Kajian Media Timur Tengah (MEMRI) telah mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris yang diberikan oleh seorang cendekiawan Islam di Mesir bulan Februari yang lalu, di mana dikhabarkan bahawa PEPSI sebenarnya adalah singkatan daripada ayat “Pay Every Penny to Save Israel” atau “Sumbangkan setiap wang untuk menyelamatkan Israel.”

Selain itu, seorang anggota parlimen pergerakan Hamas di Gaza juga mengeluarkan kenyataan yang sama tentang perkara tersebut tahun lalu. Berbicara dalam stesyen TV Al-Aqsha, anggota perlimen Salem Salamah menyatakan, “Terdapat pelbagai syarikat yang didirikan oleh kolonialis dan penjajah – pelbagai syarikat besar dengan banyak cawangan diseluruh penjuru dunia, seperti Pepsi, Pepsi Cola. Ini adalah syarikat terkemuka. Pepsi adalah singkatan dari Pay Every Penny to Save Israel.”


Baru-baru ini juga, seorang pemimpin agama Mesir Hazem Abu Ismail mengeluarkan kenyataan yang sama. Berbicara didepan Al Nas TV – sebuah stesen keagamaan- Abu Ismail menyeru agar orang Islam memboikot produk Pepsi kerana istilah tersebut.

Secara spesifik, Hazem Abu Ismail menyatakan sebagai berikut, berdasarkan transkrip sama yang diberikan oleh MEMRI, Institut Kajian Media Timur Tengah yang berpusat di Washington:



Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan), E untuk “Every” (Setiap). Huruf ketiga untuk “Penny”. Penny adalah syiling kecil yang anda terima dan anda tidak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”. Dengan kata lain, berikan setiap syiling kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel. Mereka tidak ingin wang anda – mereka hanya ingin syiling pecahan kecil, penny anda. Dalam ekonomi Amerika, penny adalah satu perseribu dolar. Nilainya kecil sekali.

Mereka mengatakan, “Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda dapat membeli minuman ini.”

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”. Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.

"Saya tidak hanya bicara tentang Pepsi, tetapi tentang Coca Cola dan kesemuanya. Saya tak akan menyebutkan suatu produk. Anda dapat lihat sendiri. Anda Muslim. Anda dapat sampaikan kepada saya. Saya tidak tahu. Anak kecil saya malah lebih tahu tentang boikot ini daripada saya. Ketika kami pergi belanja, dia katakan pada saya: “Beli ini, jangan yang itu.” Dia mengetahuinya. Dia sudah menjadi ahli dalam hal ini.

Selama bertahun-tahun, The Coca Cola Company dan produk-produknya banyak mendapat kritikan darpada pelbagai sumber disebabkan oleh pelbagai alasan termasuk kesan negatif produk-produk tersebut terhadap kesihatan,alam sekitar , penggunaan pestiside dalam jumlah yang besar dalam produk-produknya, eksploitasi buruh dan pelbagai alasan yang lain lagi. Tidak sedikit dari alasan-alasan tersebut yang membawa syarikat tersebut menghadapi tindakan undang-undang dan menciptakan kontroversi yang terdapat pada logo produk Coca Cola.

Maulana Kalbe Jawwad, seorang pemimpin keagamaan Shias, mengatakan: “Perkara ini merupakan penghinaan terhadap Tuhan. Kami akan meminta Muslim di negara ini dan seluruh dunia untuk memboikot produk tersebut sehingga syarikat tersebut menarik balik kata-kata yang menyinggung tersebut.

Maulana mengatakan bahawad ia akan meminta semua kaum Muslim untuk menyebarkan mesej tentang logo “yang sangat menyinggung tersebut”

Tag : , ,

Selebriti Muda Paling Kaya

on Monday, July 16, 2012

Selebriti Muda Paling Kaya

Penyanyi Taylor Swift mendahului senarai selebriti bawah usia 30 tahun yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood, dengan memperoleh pendapatan berjumlah AS$57 juta (RM178 juta) dari Mei tahun lalu hingga Mei ini, menurut majalah Forbes.

Forbes melaporkan, penyanyi berusia 22 tahun itu memperoleh pendapatan tertinggi selepas menjayakan sebanyak 111 konsert menerusi siri jelajah Speak Now di Amerika Utara dan Australia.

Setiap daripada konsert yang dijayakannya, Swift dilaporkan menerima keuntungan secara purata sebanyak AS$1 juta (RM3.1 juta) selain penjualan album yang mendapat anugerah platinum dan menjadi duta pelbagai produk.

Penyanyi itu dijangka melancarkan album terbarunya pada Oktober ini.

Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber, 18, menjadi satu-satunya selebriti lelaki yang berada dalam senarai lima teratas dan pada kedudukan kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM171 juta).

Memperoleh pendapatan sebanyak AS$53 juta (RM164 juta) membolehkan penyanyi Rihanna berada di tempat ketiga.

Jika tahun lalu Lady Gaga mengungguli senarai dengan pendapatan sebanyak AS$90 juta (RM279 juta), namun tahun ini menyaksikan penyanyi berfesyen pelik itu jatuh di tempat keempat dengan AS$52 juta (RM161 juta).

Sementara itu, tempat kelima menjadi milik penyanyi Katy Perry yang memperoleh pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM140 juta) - Glamsz


Tag :

Lisa Surihani Mengandung

on Saturday, July 07, 2012


Lisa Surihani Mengandung

Betul ke Lisa Surihani sudah mengandung? Kalau betul lah berita Lisa Surihani Mengandung, tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tersebut, iaitu Lisa Surihani dan juga Yusry KRU.

Diharapkan mereka berdua kekal bahagia bersama-sama buat selamanya. Amin... dan diharapkan juga berita gembira ini memberikan tempias yang baik untuk entri Eyriqazz VS Denaihati aku ni, hehehe...

p/s: dengar cite, ada yang tak suka Lisa dah mengandung. betul ke?


Tag : ,

Bank Soalan SPM Sebenar

on Tuesday, July 03, 2012


Bank Soalan SPM Sebenar

Zaman sekarang ni ramai pelajar yang bijak-bijak belaka, tak macam dulu-dulu time negara kita masih lagi baru bertatih untuk bangkit daripada kesan peperangan yang panjang. Kini, pelajar dengan keputusan cemerlang dalam pelajaran dengan skor 7A dan ke atas belum tentu lagi menjadi pelajar harapan sekolah dan guru-guru. Masyarakat kini hanya memandang pada 'kesempurnaan' dan sudah tentu keputusan semua A yang diharapkan.

Oleh sebab itu, ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tusyen berdekatan. Dan guru disekolah pula akan membekalkan timbunan kertas latihan yang perlu disiapkan oleh para pelajar sebagai latih tubi untuk menghadapi peperiksaan. Biasanya, pelajar yang terpaksa berhadapan dengan kesemua perkara ini adalah mereka-mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM.

Bila semua orang menaruh harapan yang tersangat tinggi terhadap pelajar-pelajar tersebut, mereka akan mula menyedari betapa pentingnya bagi mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik dalam peperiksaan tersebut bagi mengelakkan daripada mengecewakan hati sesiapa, terutamanya kedua ibu dan ayah, serta guru-guru di sekolah.

Mereka akan mula bertindak ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan. Ada sesetengah yang belajar secara berkumpulan dan melakukan perbincangan ilmiah. Ada juga yang mencari seberapa banyak Kertas Percubaan SPM sebagai latihan dan persiapan menjelang hari peperiksaan, dan macam-macam lagi.

Tetapi tahukah anda bahawa dalam banyak-banyak usaha yang dilakukan, sebenarnya kebanyakan pelajar lupa mengenai satu lagi point yang terpaling penting yang dapat membantu mereka cemerlang dalam peperiksaan iaitu membuat latihan melalui Bank Soalan SPM Sebenar. Dengan ini, ia akan dapat memberikan gambaran awal yang jelas mengenai format sebenar peperiksaan yang bakal diduduki. Jujur cakap, teknik ni memang berkesan tanpa ragu-ragu.


Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan tu, semoga berjaya aku ucapkan. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, dan kedua ibu bapa yang telah banyak berjasa untuk melihat anak mereka berjaya. Oh ya, dalam contest SEO Eyriqazz VS Denaihati pun kena usaha lebih jugak kalau nak berjaya. Hehehe..

p/s: Izara Aishah ni comel jugak lah kan :p

Tag : ,

Aku Diserang Oleh Azie Yahya

on Saturday, June 23, 2012


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

azie yahya
Carian keyword ni Nuffnang analytics

AZIE YAHYA menyerang carian keyword dalam blog azrijohan.com ni dengan jumlah carian yang agak tinggi. Seriously rasa terkejut gila kot, sebab tiba-tiba je ramai orang yang search nama azie yahya ni. Nak kata dia ni lelaki kacak, tak mungkin kot..

Yang bestnya, aku sendiri baru first time dengar nama Azie Yahya ni. Siapa dia ni? Benda pertama yang aku fikir mesti dia ni artis dan baru-baru ni mesti ada kontroversi yang berlaku melibatkan nama azie yahya, sebab tu ramai yang nak sangat tahu and terus je google nama dia. Tapi ni cuma andaian je okay, and secara jujurnya sehingga post ni ditulis aku masih belum tau siapa azie yahya ni. Terasa malas pulak nak buat research...

Oh ya, hari ni aku ada aktiviti yang perlu dilakukan. Mungkin blog ni akan ditinggalkan buat seketika. Jangan risau, kalau ada masa terluang nanti aku akan sambung berkongsi ilmu mengenai Gushcloud, medium jana duit online paling best setakat ni. Untuk saat ni, korang boleh baca dulu Tutorial Register dan Guna Gushcloud dengan berkesan. Sekian terima kasih.


KEEP ON SMILING:3

Tag : , ,

Hamba Zaman Moden

on Saturday, June 09, 2012


Hamba Zaman Moden

Artikel Makan Gaji atau Kerja Sendiri membuka mata aku mengenai realiti kehidupan masa kini terutamanya dalam bidang pekerjaan yang berkait rapat dengan status ekonomi seseorang. Ramai yang menganggap kehidupan pada masa sekarang ini sudah tiada lagi sistem perhambaan, tetapi sedarkah korang bahawa sistem ini masih lagi wujud dalam masyarakat kita tetapi dalam bentuk Hamba Zaman Moden pula.

Hamba Zaman Moden hampir sama sahaja dengan sistem perhambaan 500 hingga 1000 tahun yang lalu cuma bezanya hanya pada sistem kewangan yang menggunakan duit kertas dengan nilai tertentu mengikut negara. Jom kita lihat  persamaan hamba dahulu dengan hamba zaman moden di bawah:


1. Pada zaman perhambaan, biasanya terdapat 3 tahap hamba yang dibela oleh seseorang tuan. Tahap yang pertama ialah hamba abdi yang paling hina. Mereka ini akan bekerja sepanjang hari sambil dipantau oleh seorang hamba yang bertindak untuk memastikan semua hamba abdi ini bekerja. Selepas dari itu barulah terdapat hamba-hamba yang menjadi ketua mereka ini semua.

Jika dikaji, ini sama seperti struktur syarikat pada hari ini. Jika dilihat di sebuah syarikat, terdapat pekerja yang bekerja sepanjang masa dan dipantau oleh seorang supervisor dan supervisor ini akan melaporkan kepada boss mereka iaitu pengurus-pengurus dalam syarikat tersebut.

2. Pada zaman dulu, Tuan punya hamba ini akan menyediakan minuman, makanan, tempat tinggal, pakaian dan pelbagai kemudahan lain kepada seseorang hamba. Sebagai timbal balas, hamba ini akan bekerja untuk majikan itu.

Pada zaman kini, boss anda akan menyediakan anda dengan gaji dan segala kemudahan pejabat. Dengan gaji bulanan ini anda memilih makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain untuk diri anda.

3. Tuan punya hamba akan memberikan cuti beberapa hari sebulan kepada hamba supaya hamba ini dapat rehat dan bekerja lebih kuat selepas itu. Sewaktu cuti ini, biasanya hamba ini akan menghabiskan masa berehat di rumah atau bersiar-siar. Dia perlu cukup rehat untuk sambung bekerja selepas itu.

Anda yang bekerja makan gaji, bekerja sepanjang hari minggu dan mendapat cuti sehari atau 2 hari di hujung minggu. Cuti ini biasanya digunakan untuk tidur sehingga tengahari atau meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

4. Pada zaman dahulu, seorang Tuan hamba akan menghukum hamba ini dengan memukul atau membuang hamba ini dari jagaannya. Ini akan mengakibatkan hamba ini terkapai-kapai tanpa tempat bergantung. Hamba ini juga akan berusaha pergi ke pasar hamba untuk mendapatkan tuan yang baru. Tuan yang baru akan melihat apa yang boleh dilakukan oleh hamba ini sebelum bersetuju untuk mengambilnya sebagai hamba. Hamba yang berkualiti tinggi akan dijual dengan harga yang tinggi.

Ini samalah seperti zaman sekarang. Pekerja yang tidak bekerja dengan baik akan dihukum samada dimarahi atau dipotong gaji. Paling teruk, pekerja ini akan dipecat. Jika dipecat, pekerja ini akan pergi ke ‘pasar hamba moden’ seperti JobStreet untuk mencari pekerjaan. Pekerjaan ini akan memberikan anda tuan baru.

5. Pada zaman dahulu, tuan punya hamba akan sentiasa memberi motivasi kepada seseorang hamba supaya hamba itu akan bekerja keras sepanjang hari. Motivasi ini boleh jadi dalam bentuk memberi kata-kata semangat, makanan lebih baik, pakaian lebih baik ataupun hamba itu akan diberi kebenaran untuk berkahwin.

Pada zaman sekarang pun begitu sebenarnya. Majikan anda memberi anda motivasi, cuti tahunan yang lebih panjang, gaji yang lebih tinggi atau kupon bercuti atau makan di tempat yang mahal. Untuk berkahwin pun, anda perlu ada gaji yang cukup.



Tag : ,

Blog Mesra SEO, Forblogger.Net Dijual

on Friday, June 08, 2012

BLOG FORBLOGGER.NET DIJUAL

Bagi para blogger yang sentiasa mengikuti perkembangan blogosphere di Malaysia ni, mesti kenal dengan blog forblogger.net ni. Pada awal pengenalan aku dengan blog ni, admin forblogger iaitu Shah Danial banyak memberikan tips dan ilmu mengenai blogging yang super power termasuklah cara-cara untuk memantapkan SEO sesebuah blog.

Forblogger.Net akan dilepaskan oleh Shah Danial kerana beliau mempunyai urusan lain yang memerlukan komitmennya. Untuk mengelakkan blog forblogger daripada bergantung tidak bertali, ia dibuka untuk jualan bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Kaedah jualan adalah secara bid, di forum Carigold. Berikut merupakan thread di forum tersebut:
___________________________________________________


forblogger.net for sale dengan cara bidaan (bid). Kami buka harga RM9k untuk bida sehingga 25hb 10 pagi. Siapa berikan harga paling tinggi dia yg dapat dan kena bayar.

DETAILS:

1. Anda boleh dapatkan detail trafik dan performence blog di link ini (trafik blog)

Selebihnya seperti dibawah :-

1. Dua Juta pgeview dan 1 juta lebih unique visitor sebulan.

2. Blog melepasi syarat untuk mendapat contrac dari pixelmedia asia publishing (saya ada contract dan boleh tukar nama anda kerana saya belum sign kontrak).

3. Adsense drastik. Baru Bulan ini saya baru pasang adsense di blog ini. dalam 2 minggu adsense adalah lebih usd 1k . atau dalam ringgit Malaysia-nya RM3600.00(2 minggu sahaja, anda kira berapa sebulan?)

4. Kualiti blog di jaga dari segi SEO dan adsense (tiada keyword2 haram adsense dan melepasi ciri-ciri). Campign Iklan Adsense sentiasa keluar Di blog menyumbangkan earning yang memberangsangkan tiap hari.

5. dahulu : 2 minggu selepas pakai domain ini sudah dapat Pagerank 4 mantain hingga skeranag.

6. Domain baru lagi tp drastik dari segi SEO dan lainnya.

7. Ada pembaca tetap harian walaupun fan page kami hanya 8k likers dan tidak update dalam kuantiti.

8. Alexa Malaysia 200+ (saya kurang suka indikator ini sebab tak tepat,m tp boleh la haha)

9. Bounce Rate cantik

10. Akaun innity kami bg sekali. tukar detail nama akaun dll nnt. 2 minggu je dapat lebih syarat apply innity ni.

11. KEBANYAKAN ARTIKEL DI MUKA DPN GOOGLE DAN DI TOP.

12. Backlink berkualiti dan kekal untuk blog ini.

14. Blog kami tidak hard update punya style, cuma jaga kualiti. Kami utamakan value bukan kuantiti. Anda tidak perlu hard update. Biasa kami update dari 1 artikel sehari hingga 6 artikel sehari.

15. Kami sertakan sekali fanpage http://facebool.con/BelajarSeo

16. Blog sangat SEO friendly. dalam kiraan saat hingga satu minit selalunya mesti dah index kat google jika publish entri baru. Jika keyword berita bioasa trs page 2 atau page 1 google. nnt naik la 1st page.


17. Reason for sale : Fokus bisnes keluarga dan desakan keluarga. Komitmen mmg disana.


Sekian.. Untuk lebih detal boleh klik link [Trafik dan Detail] ini.
Tag : , ,

Aset Kekayaan Sultan Johor

on Tuesday, June 05, 2012

Aset Kekayaan Sultan Johor

Sultan Johor kedua, Sultan Sir Ibrahim adalah seorang Sultan yang mempunyai kekayaan peribadi yang terlalu banyak. Walaupun menjadi antara manusia terkaya di dunia pada zaman itu, baginda juga terkenal kerana kemurahan hatinya dengan menghulurkan bantuan dengan tangan terbuka. 


Di Tanah Melayu tahun 1927, baginda mendermakan $25,000 setiap satu kepada Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang keseluruhan berjumlah $100,000.Baginda dan kerajaan Johor pernah menderma 16 pesawat kepada pihak British semasa Perang Dunia I dan menderma AS $12 juta kepada usaha perang British semasa Perang Dunia II.

Dengan bantuan kewangan daripada baginda, Britain menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk memasang tiga senjata api (The Monster Guns) berukuran 15-inci yang terbesar di luar Britain yang dikenali sebagai Johor Battery di Changi untuk pertahanan Singapura pada masa itu.Fasa pemerintahan baginda adalah satu kebanggaan bagi Johor.

Tag : ,

Rahsia Kaabah Yang Perlu Diketahui

on Saturday, June 02, 2012

rahsia kaabah

Kaabah merupakan tanda arah kiblat untuk umat Islam seluruh dunia melakukan ibadah solat. Setiap tahun juga, Kaabah dikunjungi oleh jutaan kaum muslimin dan muslimat untuk mengerjakan ibadah Haji ataupun Umrah. Mari kita semua baca beberapa rahsia dan fakta unik mengenai Kaabah yang perlu diketahui oleh kita sebagai umat Islam.

Rahsia Kaabah Yang Perlu Diketahui


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



Tag :

Ecohost Giveaway: Free Domain [dot my] Untuk 10 Blogger

on Thursday, May 31, 2012


Melalui post terbaru di facebook fan page mereka, pihak Ecohost menganjurkan sebuah Giveaway hebat kepada 10 orang blogger bertuah untuk memenangi satu nama domain khas [dot my]. Contoh blog yang menggunakan domain ini ialah blog azri.my <--- *my bermaksud Malaysia.

Kepada blogger blogspot yang sudah lama mengidamkan nama domain khas untuk blog mereka, inilah masa yang paling sesuai untuk mencuba nasib. Manalah tahu nasib anda sangat bertuah untuk mendapat domain khas ecohost ini secara percuma. Nanti boleh lah blog korang jadi macam ni:
So, tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah hantarkan penyertaan dengan meninggalkan link blog korang di fanpage Ecohost ni. Jom ramai-ramai kita gunakan nama domain khas yang lebih cool dan stylo ni. Hehehe..


Tag : ,

MV Papparazi - Girls Generation (SNSD)

MV Papparazi - Girls Generation (SNSD)

Jom layan teaser terbaru lagu Girls Generation bertajuk Papparazi. Tajuk lagu ni dah macam lagu Lady Gaga pun ada :p Jom layan dua video kat bawah ni.. untuk teaser MV Papparazi kali ni, korang akan dapat melihat beberapa sedutan Official Music Video yang bakal keluar tidak lama lagi. Enjoice~


MV Papparazi - Girls Generation (SNSD)





Tag : ,

Gaji Terkini Nazmi Faiz RM300,000?

on Tuesday, May 29, 2012


Gaji Terkini Nazmi Faiz RM300,000?

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.


Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.


Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.


Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.


"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya. 
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.


Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.


sumber: Sinar Harian


Tag : , ,

Lelaki Tak Suka Mandi

on Wednesday, May 23, 2012

lelaki kacak

Betul Ke Lelaki Tak Suka Mandi?

'Lelaki Tak Suka Mandi' ni merupakan tagline biasa budak-budak perempuan yang sangat tipikal. Oh ya, sebelum kita pergi dengan lebih jauh dalam topik hot dan hangat bagi kaum adam dan hawa ni.. aku nak mintak maaf bebanyak kepada tuan punya muka dalam gambar diatas. Aku tak tau pun gambar siapa, sorry sebab aku main ambik je direct dari google. Sorry ye wahai lelaki kacak ;)

Sebenarnya lelaki tak suka mandi tu betul, tapi dalam beberapa situasi tertentu sahaja okay. Tapi kalau nak lebih betul lagi, lebih baik korang ubah tagline ni bagi lebih spesifik lagi sebabnya kalau setakat ayat 'lelaki tak suka mandi' tu umum sangat dan sure lah semua lelaki dalam dunia di terasa, kecuali lelaki-lelaki yang tak faham bahasa melayu. Heh ;p

Lelaki Tak Suka Mandi Bila...

  • lelaki tu baru je lepas mandi 10 minit yang lepas. Yelah, takkan lah setiap 10 minit nak kena mandi kan? Orang gila pun tak sanggup buat macam tu kot..
  • takde air. Masa ni memang susah nak buat rutin seharian semua hatta nak melabur pun tak boleh kot. Boleh umum darurat kalau dah lebih 3 hari..
  • lelaki tu tengah tidur... hehe

Okay, Lelaki Tak Suka Mandi ni memang antara entri merepek yang ada dalam blog aku ni. Tapi actually aku cuma nak cakap yang aku sebenarnya tak berapa nak faham kenapa ramai orang terutamanya perempuan suka cakap yang kaum lelaki tak suka mandi sedangkan kaum lelaki ni lah makhluk paling rajin mandi setiap hari, betul tak kawan kawan? Hehehe..

KEEP ON SMILING:3


Tag : ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog