Siapa ingat lagi post aku mengenai Bank Soalan SPM tempoh hari? Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku semasa aku ingin menyiapkan post tersebut. Mungkin takde siapa yang tahu, so kali ni aku akan cerita apa sebenarnya yang berlaku.. Jeng jeng jeng *bubuh unsur suspennnn sikit..hehehe
Gambar Budak Sekolah
Masa nak buat entri tu, aku cari la gambar yang sesuai untuk diletakkan sebagai penghias post dan juga nanti sebagai pencuci mata korang. Aku masa tu agak buntu nak cari gambar apa, then aku terus je taipkan keyword "Gambar Budak Sekolah" kat kotak carian Google tu, sekali result yang keluar macam ni lah pulak, aisehmennn cuba korang tengok sendiri... (klik untuk Zoom In)
Hasil carian "Gambar Budak Sekolah" penuh dengan perkara-perkara yang tidak elok. Malahan turut diiringi dengan ratusan ribu gambar-gambar tak senonoh, yang tidak menggambarkan gambar budak skolah langsung. Maksud aku tang perangai, takde... kalau part baju tu nampak la baju sekolah sebab pakai tudung dengan berkain biru bagi yang perempuan lah kan...
Macam mana nak clearkan carian google untuk keyword-keyword panas ni dengan perkara yang lebih positif, yang tidak melibatkan aksi 18 tahun dan ke atas sahaja ni? Pernah kah korang, sebagai blogger dan rakyat Malaysia terdikir?
Kini baru aku sedar contest SEO macam yang Titan buat memang bagus, sebab ianya merupakan salah satu usaha untuk merosakkan keyword hodoh kepada yang lebih elok. Contohnya aritu Titan menganjurkan contest SEO Lelaki Kacak. So mesti lepas ni gay-gay yang mencari benda tak elok tu tersesat masuk dalam post yang jauh lebih baik dan berfaedah. Bukan lagi jenis tak cukup duit nak kahwin punya. Haha.. tak percaya, cuba lah google "Lelaki Kacak"
Nampak tak betapa pentingnya contest SEO ni. So kalau korang tak berani nak masuk untung menang, korang join lah sekali untuk menyumbang ke arah kebaikan macam yang aku ceritakan sebelum ni. Menang atau kalah tu belakang cerita, lagipun adatlah pertandingan ada yang menang, ada yang kalah. Betul tak?
Sekarang ni Bro Eyriqazz pulak tengah buat Contest SEO dengan keyword Eyriqazz VS Denaihati. Walaupun keyword biasa dan bersifat peribadi yang digunakan, tak salah untuk kita semua join. Boleh la juga belajar sedikit sebanyak mengenai SEO.
So nanti boleh juga bersihkan keyword-keyword panas tu sendiri. Tak payah tunggu orang nak tunggu Titan buat contest, sebab dia sekarang ni pun tengah busy. Biasalah kalau dah ketagih cendol, takde sape dapat tolong dah...
Ini pandangan peribadi aku sendirilah, korang punya aku tak tahu. Sama ada korang setuju atau tidak, itu terpulang. Kalau setuju baguslah, kalau kurang bersetuju jangan kutuk belakang okay. Sila tinggalkan komen kat bawah ni dengan nama sebenar. Takpe, aku tak makan orang, hehe.. Kita semua kat sini open-minded, bersedia untuk sebarang perbincangan. Hehehehe :D
p/s: komen lah, komen laaa...