Showing posts with label cool. Show all posts
Showing posts with label cool. Show all posts

Malam Pertama Perkahwinan

on Monday, May 14, 2012




Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee


Tag : ,

Aquaria Grande, Kolam Renang Terbuka di Angkasa

on Thursday, May 10, 2012

Kolam Renang Terbuka di Angkasa


Seorang arkitek daripada Hong Kong membuat sebuah projek mega Aquaria Grande, sebuah pusat beli belah yang mempunyai kolam renang pada kawasan balkoni bangunan tersebut.


Apa yang menariknya, kolam renang tersebut kelihatan seperti terapung di angkasa kerana terletak didalam bangunan kaca pusat membeli belah mega tersebut. Cool bukan? Yeahh, i know...



Auaria Grande dibina di India melalui syarikat estet terkemuka disana dan bakal dilengkapi dengan 200 buah apartment khas untuk penginapan orang-orang disana selain disediakan pelbagai kemudahan moden yang lain.




Tag :

John Carter From Mars Versi Lukisan


John Carter From Mars...
Maybe korang sama macam aku, dah pergi tengok sendiri movie Disney ni kat wayang bulan lepas. Boleh tahan jugak la plot cerita ni walaupun kat Amerika filem ni merupakan satu kegagalan. *sigh.. And korang patut tengok sendiri lukisan konsep John Carter From Mars yang dihasilkan untuk sketch awal filem gempak tersebut. Layanzzz~





Tag : ,

Klasik: Barangan Peribadi Michael Jackson

Klasik: Barangan Peribadi Michael Jackson

Aku merupakan peminat Michael Jackson, dan berita kematian Lagenda Pop beberapa tahun lepas serius mengejutkan. Btw, jom kita lihat beberapa barangan peribadi Michael Jackson yang super klasik dan cantik... Maybe semua barang2 ni semua dah kena lelong kot..
Tag : , ,

Maria Ozawa Beraksi Dalam Asian Avengers

on Tuesday, May 08, 2012

ASIAN AVENGERS..

Mungkin ini yang akan berlaku jikalau penduduk Asia mahu memilih kumpulan Avengers mereka yang tersendiri... Yang hairannya, kenapa mesti masukkan Maria Ozawa sekali? Siapa dia tu ye? ROFL...

Truly... Asian Level

P/S: Siapa Kenal Maria Ozawa? :O


Tag : , ,

Misteri Kapal Titanic Yang Karam di Lautan Atlantik

on Thursday, May 03, 2012


Misteri Kapal Titanic Yang Karam di Lautan Atlantik Lebih 100 Tahun Dahulu


WALAUPUN sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.

Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).

Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum.

Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini.

Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.

Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl.

Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya.

"Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya.

Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer.

Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati".

Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam.

Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan.

"Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini.

"Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya.

Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut.

"Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu.

TRAGEDI KAPAL TITANIC


TITANIC mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air. Sekiranya lebih daripada itu, ia akan tenggelam.

"Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya.

Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu.

"Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi.

Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.

Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

"Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya.

Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak.

"Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya.

"Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula.

Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut.

Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan.

"Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya.

Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut.

"Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore.

Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual.

"Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar.

"Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal.

"Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya.

Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut.

Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal sehingga kini.

"Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman.

"Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912.

"Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi.

Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini.

Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut.


Tag : , , ,

Gambar Pak Cik KFC Sebenar



Tag : ,

Tatacara Jawab Telefon Paling Kurang Ajar



Tatacara Jawab Telefon Paling Kurang Ajar


1. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

2. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

3. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

4. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

5. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan 
perkhidmatannye… time kasih.

6. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

7. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

8. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

9. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

10. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)


Tag : , ,

Berhati-hati! Ulat dalam Coklat Jenama Terkenal

on Tuesday, May 01, 2012






ALOR SETAR - Rasa geli dan loya!, ­begitulah yang dihadapi tiga beranak ­apabila hasrat menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya terbantut ketika melihat beberapa ekor ulat keluar dari kepingannya.


Ahmad Pouzai, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan luar biasa coklat itu apabila membuka ­lapisan pembungkus coklat ketika ­berada dalam kereta selepas selesai membeli ­barangan keperluan kira-kira jam 10.50 pagi semalam.


“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.


“Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.


Ahmad berkata, isterinya sempat ­makan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum ­berkongsi bersama.


“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.


“Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya.


Sehubungan itu, Ahmad berharap pihak pengurusan syarikat pengeluar coklat itu lebih prihatin terhadap produknya termasuk mengutamakan ­aspek kebersihan serta memeriksa kembali tarikh luput sebenar coklat.


“Saya sendiri sudah tidak berminat untuk membeli coklat jenama ­berkenaan selepas ini. Jika ingin membelinya saya akan mencari jenama lain atau yang biasa dibeli,” katanya.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, syarikat pengeluar coklat perlu lebih berhati-hati dalam memastikan kualiti bahan serta produk dihasilkan sentiasa terjaga.


“Kita tidak mahu kejadian ­seperti ini turut berlaku di tempat lain ­kerana coklat yang sama diedarkan ke ­negara luar. Imej baik produk tempatan akan terjejas jika ada pembeli di negara berkenaan terbeli coklat sudah berulat.


“Sepanjang tahun ini, kita sudah ­menerima empat hingga lima kes yang melibatkan produk makanan tercemar serta berulat. Kita akan menghantar notis kepada syarikat terbabit untuk ­memastikan mereka mengambil langkah ­sepatutnya bagi mengatasi masalah berkenaan,” katanya.

Tag : , ,

Fakta Unik Hari Isnin | Wajib Baca !!

on Monday, April 23, 2012



FAKTA HARI ISNIN | MONDAY BLUES


Hari isnin merupakan hari pertama dalam satu minggu seperti yang kita ketahui hari isnin merupakan awal dari semua aktiviti setelah cuti hujung minggu. Berikut ini ada beberapa fakta menarik mengenai hari isnin.

1. Kebanyakan kita tidak tersenyum pada pagi hari sampai jam 11:16 am

Satu kajian, oleh Marmite di England menunjukan bahwa ramai orang pada hari isnin akan tersenyum setidaknya setelah jam 11.16 pagi. Kajian ini dilakukan di wilayah tenggara England yang merupakan tempat paling bahagia di wilayah itu dan rata rata orang di sana senyum pertama kali di jam 11.16 am.

2. Lima cara untuk menghilangkan bosan pada hari isnin

Hari isnin biasa dianggap sebagai hari yang membosankan. Untuk menghilangkan rasa bosan biasanya ramai orang melakukan kegiatan seperti: 1. Menonton TV, 2. Seks, 3. Belanja on-line, 4. Membeli coklat atau make-up dan 5. Merancang percutian.

3. Lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja

Hari yang menjadi awal minggu ini menjadi hari yang paling malas untuk bekerja dan lebih dari 50% pekerja lewat masuk kerja pada hari isnin.

4. Hari isnin menjadi hari yang paling jarang turun hujan

Alam memang tidak boleh diramal bila akan hujan. Namun dalam 7 hari semingu, hari isnin merupakan hari yang paling jarang turun hujan.

5. Ramai orang bunuh diri di hari isnin

Pejabar Statistik Nasional di England menemui 16% kes bunuh diri dilakukan oleh lelaki dan 17% kes bunuh diri dilakukan oleh perempuan terjadi pada hari isnin. Jika dibandingakan dengan hari lainnya kes bunuh diri pada hari isnin cukup besar kerana rata rata orang melakukan bunuh diri di luar hari isnin hanya 13%. Hal ini disebabkan hari isnin merupakan hari dimana memulakan aktiviti dan mungkin menjadi hari yang cukup membosankan.

6. Ramai orang mengalami serangan jantung di hari isnin

British Medical Journal melaporkan peningkatan 20% dalam serangan jantung pada hari isnin dibandingkan dengan hari-hari lain dalam seminggu. Serangan boleh disebabkan oleh stress dan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kembali bekerja.

7. Isnin adalah hari terbaik untuk membeli kenderaan

Ternyata, tahukah kamu ramai orang melakukan pembelian kenderaan pada hari isnin. Tenaga penjualan kereta yang di sebut sales biasa akan mempromosikan dan mencari pelangan satu minggu penuh dan biasanya transaksi atau kesepakatan pembelian kenderaan akan terjadi pada hari isnin. Inilah yang menyebabkan ramai orang membeli kenderaan pada hari isnin.


Tag : ,

Gambar Prototaip Motosikal tahun 2020

on Sunday, April 22, 2012



Assalamualaikum semua. Semakin hari tamadun manusia semakin bertambah maju dari segi teknologi dan penciptaan nya. Contoh paling baik ialah kalau sekarang ni la kan iPad2 yang paling latest dan canggih..esok lusa je dah keluar yang baru..maybe iPad3 pulak....

Tahun 2020 diramalkan negara kita menjadi negara maju dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain seperti Amerika, China, Perancis dan lain-lain. Tapi pernah tak korang terfikir bagaimana teknologi pada masa itu yang dikatakan cukup maju dan sangat membantu.

Jadi kali ni aku nak tunjuk kat korang beberapa prototaip motosikal yang di ilhamkan oleh beberapa jurutera terkemuka di dunia. Dunia ye bukan Malaysia...let's check it out !

PROTOTAIP MOTOSIKAL TAHUN 2020





So,apa pendapat korang mengenai prototaip ni semua? Cantik ke buruk....selamat tak kalau guna nanti? Banyak aspek perlu kita fikirkan sebenarnya....lagi satu, macam mana pulak dengan harga nya nanti?




Tag : ,

Gambar Terkini Samsung Galaxy S3

on Friday, April 20, 2012



SAMSUNG GALAXY S III BAKAL DIPERKENALKAN?

Samsung semalam mengedarkan jemputan ke media-media antarabangsa untuk menghadiri acara mereka pada 3 Mei ini di London. Pada jemputan itu hanya tertera ayat ‘Come and meet the next galaxy’.


Adakah apa yang diwar-warkan sebelum ini iaitu Samsung Galaxy S3 akan dilancarkan?. Ataupun mungkin ada keluarga galaxy lain yang Samsung ingin perkenalkan pada pengguna?.

Samsung Galaxy S3 mula kedengaran pada awal tahun ini yang dikatakan merupakan model susulan daripada kejayaan Samsung Galaxy S2. Antara khabar angin yang kedengaran ialah telefon Android itu yang dikuasakan oleh pemproses empat teras akan mempunyai kamera dengan 10 – 12 megapiksel selain RAM sebesar 2GB.


Selain daripada itu kedengaran juga teknologi baru yang diterapkan iaitu ‘wireless charging’. Dikatakan saiz skrinnya bersaiz 4.7 inci bucu ke bucu. Ini bermakna paparannya menggunakan semaksimum mungkin muka hadapan telefon tersebut dan ini pasti memudahkan penggunaan telefon ini dengan sebelah tangan sahaja.

sumber: malayandroid.com

Tag : ,

18 Kata-kata Yang Memberi Kesan Mendalam Kepada Manusia

on Wednesday, April 18, 2012


Gambar Sekadar Hiasan


Sewaktu kita kecil, ramai di antara kita gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa saja”.

Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.

Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.

Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.

Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

2. Saya maafkan awak.

Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.

Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.

Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.

Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.

6. Tak apa.

Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.

Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.

Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.

Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.

Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.

Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.

Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.

Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.

Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.

Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.

Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.

Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya dan jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.


Tag : ,

Gambar Terkini Kapal Titanic di Dalam Lautan Atlantik

on Monday, April 16, 2012



Keadaan Kapal Titanic di Dalam Lautan Atlantik


Hampir seluruh dunia mengetahui akan tragedi ini. Tragedi yang telah menenggelamkan sebuah kapal persiaran yang cukup terkenal, iaitu Titanic.

Kapal Titanic telah mula berlayar pada Mei 1911, tetapi tenggelam pada April 1912 selepas berlanggar dengan bongkah ais semasa dalam perjalanan dari Southampton, England ke New York City. Pada ketika itu, kapal mewah ini sedang membawa lebih daripada 2,200 penumpang dan dilaporkan lebih daripada 1,500 daripada penumpang mati dalam tragedi ini.

Kini, bangkai kapal Titanic 'berlabuh' di dasar lautan Atlantik, lebih kurang 12,405 kaki dari permukaan laut. Mari saksikan beberapa gambar bangkai kapal persiaran mewah ini yang telah disiarkan dalam majalah terkenal National Geographics.

Gambar Terkini Keadaan Kapal Titanic di Dalam Lautan Atlantik


Sumber Asal: HASRULHASSAN.COM™ 


Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Gambar Terkini Kapal Titanic

Tag : , , ,

Kasut Bola Termahal di Dunia


But Bola Sepak Paling Mahal

Kasut bola termahal di dunia direka di England. Bertakhtakan intan dan berlian, direka dalam 3 pasang dan bernilai $628,000.

Direka oleh pereka Luisa Di Marco, kasut bola termahal di dunia dibuat sebagai tanda menghargai tiga pemain bola sepak terkenal England, John Terry, Wayne Rooney dan Rio Ferdinand.

Ketiga-tiga pasang kasut ini dilelong sebagai jualan amal dalam majlis pelancaran Yayasan amal Rio Ferdinand “Live The DreamFoundation”.

Gambar Kasut Bola Termahal di Dunia




Kasut di atas ditandatangani oleh pemain Chelsea dan England, John Terry. Kasut tersebut dipakai oleh Terry semasa England menang ke atas Belarus 3-0. Dihiasi dengan dengan 2374 permata dan 27 karat berlian putih. Bernilai $219,905.



Kasut berwarna biru dan putih berjenama Nike milik pemain Manchester United, Wayne Rooney. Dipakai oleh Rooney ketika bermain dalam liga inggeris. Dihiasi dengan 2576 permata mengandungi 10 karat berlian putih dan 31 karat berlian hitam. 



Kasut Nike berwarna hitam dan putih di atas milik pemain Manchester United, Rio Ferdinand. Dihiasi dengan 2494 permata mengandungi 18 karat berlian putih, 15 karat berlian hitam dan 11 karat batu delima. Sama seperti kasut Wayne Rooney, ia bernilai $203,616.

Tag : , , , ,

LegoLand Pertama di Asia dibina di Johor

on Sunday, April 15, 2012


Hype, korang kenal tak gambar ni.. permainan Lego yang popular masa zaman kanak-kanak. Sekarang ni maybe dah tak ramai budak-budak kecik yang main lego lagi kot, yela sekarang kan dah ada iPad, PSP, Xbox dan macam-macam lagi gadjet2 canggih yang lain.. memang tak pandang dah Lego ni.


Kini, taman tema khas Lego yang dikenali sebagai LegoLand yang pertama di Asia sedang dibina di negara kita. Legoland tersebut terletak di negeri Johor, di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.


p/s: agak-agak mahal tak nak masuk sini?

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Gegirl suka lelaki nakal, betul ke?



Assalamualaikum si kacak dan si cantik rupa, selamat hari Ahad aku ucapkan. Hari yang paling disukai oleh umat manusia terutamanya golongan pelajar dan mereka-mereka yang bekerja. Kenapa? sebab sifat malas yang menebal dalam diri. Termasuklah aku juga..aishh,kan best kalau setiap hari adalah weekend


couple
Tag : , ,

Sony SmartWatch | Jam Tangan Yang Boleh Akses Internet

on Saturday, April 14, 2012


Syarikat elektronik, Sony memperkenalkan jam tangan yang boleh melayari Intenet menggunakan aplikasi sistem operasi Google, Android. Menurut Sony, SmartWatch boleh melayari Internet melalui sambungan tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth ke telefon pintar Android.

Jam tangan berharga AS$150 (RM465) itu boleh dibeli di Internet dan kedai Sony.

Presiden unit pelanggan Sony Mobile Communication, Paul Hamnett berkata, SmartWatch menyediakan akses kepada bahan kandungan dan hiburan secara langsung.

Katanya, SmartWatch boleh bertukar daripada memaparkan masa kepada skin sesentuh untuk melayari Internet.



Tag : , ,

4#Wordless Wednesday

on Wednesday, June 15, 2011

Tag : , , , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog