Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Semi Final AFF Suzuki Cup: Harimau Malaya VS Gajah Siam

on Saturday, December 08, 2012


Hahaha, tergelak aku tengok keratan muka depan akhbar Metro ni. Ada ke patut pengganti bahagian serangan skuad kebangsaan menentang Thailand nanti disandarkan pada bahu mamat Azwan Ali ni? Memang tak lahhh...

Oh ya korang jangan tertipu pulak ye, ni bukan Harian Metro sebenar. Gambar ni sudah pun diedit dan aku sendiri jumpa kat twitter petang tadi. Biasalah, nak menambahkan debaran menjelang Semi Final AFF Suzuki Cup malam esok.

Harimau Malaya VS Gajah Siam. Aku pun tak tau nak komen apa mengenai pertembungan ni sebabnya jarang sekali Malaysia berjumpa dengan Thailand dalam perlawanan yang penting camni... and aku pun tak kenal kot siapa pemain Thailand, tapi dengar cerita player diorang gempak-gempak jugak. Ada yang bermain di EPL. Betul ke?

Tapi aku tetap yakin dengan kemampuan Harimau Malaya. Kalau dua tahun lepas kita boleh muncul sebagai Juara di kejohanan ini, kenapa tidak kita kekalkan kejuaraan tersebut untuk satu penggal lagi.. Lagipun pemain Malaysia pun mempunyai kualiti tersendiri yang sangat unik dan berbeza dengan pasukan lain.

Mat Yo. Player baru Johor ni memang tak berapa nak perform dalam game sebelum ni tapi rileks lah, macam Torres jugak mungkin sekarang ni Mat Yo masih belum menemui sentuhan emasnya tetapi jangan terkejut kalau nanti dia menjaringkan gol penting yang memastikan kejuaraan Harimau Malaya kelak.

Safee Sali pulak tak segarang dulu, mungkin sebab dia selalu sangat cedera kot. Lagipun Safee sekarang ni berdepan dengan pelbagai masalah tapi mungkin dah settle lepas dia setuju join team Johor musim depan. Mungkin dia happy sikit lepas ni dan boleh menjaringkan gol semula buat skuad negara. Kita tunggu dan lihat saja ok..

S Kunalan dikatakan bakal turun beraksi menentang Thailand malam esok. Ini berita gembira buat kita semua memandangkan pengganti tempat Kunalan sebelum ini, Wan Zack Haikal tak dapat bermain kerana kecederaan... Takpelah, bagi Wan Zack rehat dulu.. kita guna khidmat S Kunalan pulak.. Bagi dia gelecek sikit budak-budak Thailand tu.. Hehehe..

Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. Walau berapa banyak gol yang kita dapat tak guna jugak kalau pihak lawan dapat jaringkan lebih banyak gol daripada team kita. Betul tak? So kat sini peranan penjaga gol memang sangat penting. Diharapkan Apek mampu menunjukkan aksi luar biasa sepertimana yang dia pernah tunjukkan sebelum ni. Tapi kalau dia penat, kita boleh turunkan Faridzal Marlias pulak...

Walau apa pun yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya, kita sebagai rakyat Malaysia yang mahu melihat kejayaan Harimau Malaya mestilah memberikan sokongan yang padu kepada mereka. Kita kena percaya dengan kemampuan mereka, sebabnya mereka akan menjadi lebih bersemangat dengan sorakan dan sokongan para peminat di stadium dan juga dirumah.

Semoga berjaya Harimau Malaya :D


Tag : ,

BARU! Jersi Kit Hijau Real Madrid

on Saturday, September 15, 2012

JERSI KIT KETIGA REAL MADRID BERWARNA HIJAU

Assalamualaikum semua, rasanya aku adalah antara orang paling akhir yang mengetahui mengenai jersi kit ketiga Real Madrid ni. Menurut orang kuat Real Madrid, jersi kit terbaru berwarna hijau ini akan digunakan khas untuk perlawanan Liga Juara-juara sahaja. Tapi tak rasa pelik ke, kenapa hijau? Heh.


Sebenarnya ada sejarah di sebalik jersey berwarna hijau ini, iaitu pada tahun 1965 Real Madrid telahpun mengadakan perlawanan persahabatan menentang Rival Plate di Venezuela.

Dan ternyata kostum Madrid dan Rival Plate memiliki kesamaan warna sama-sama warna putih, sehingga akhirnya pasukan Real Madrid mengambil keputusan untuk meminjam kostum milik Rival Plate yang berwarna hijau sebagai tanda penghormatan kepada lawannya itu.




Apa pendapat personal korang mengenai jersi hijau ini? Komen lah sikit..

Tag : , ,

Kecederaan Rooney: Nike Mula Disiasat

on Monday, September 10, 2012


Ekoran kecederaan yang dialami oleh penyerang Manchester United , Wayne Rooney kini telah menjadi perhatian. Wayne Rooney mendapat kecederaan yang agak parah semasa cuba mengatasi Hugo Radallega (Fulham FC) yang menggunakan boot Nike Mercurial Vapor VIII di Old Trafford lepas.

Berikutan dengan ini, Professional Footballers Association (PFA) telah memulakan siasatan terhadap NIKE SG Pro keatas konfigurasi stud yang digunakan oleh Hugo Rodellega selamat atau tidak.

Sekiranya PFA mendedahkan bahawa konfigurasi SG Pro tidak layak digunakan di padang EPL ianya berkemungkinan akan menjadi tamparan hebat buat NIKE yang baru mengumumkan akan Nike Mercurial Vapor VIII.

Bagi Nike, konfigurasi stud yang digunakan adalah hebat dan terbaik dalam keadaan basah dan ia direka untuk cengkaman yang terbaik kepada penggunanya. Nike juga kini menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh PFA samaada penggunaan SG Pro boleh digunakan atau sebaliknya.

Wayne Rooney kini terlepas dalam kelayakan Piala Dunia dan berehat bersama Man United sekurang-kurangnya empat minggu. Ketua PFA, Gordon Taylor kini sedang memulakan siasatan terhadap konfigurasi stud SG Pro ini.

sumber: badsocks.blogspot.com

Tag : ,

Spain Juara EURO 2012

on Monday, July 02, 2012

Spain Juara EURO 2012. Ah tak best lah, menyampah gila.. Ni team Spain ataupun Barcelona ye? Hmmmm... Aku bukan tak suka dengan team sepanyol ni cuma diorang ni asyik menang je, tak best langsung kot. Sebab tu aku sokong Italy untuk jadi juara EURO walaupun aku bukan peminat Italy.

Spain Juara EURO 2012

Apa pun, tahniah buat Spain yang muncul Juara pada edisi EURO 2012 ini, mengulangi rekod kejuaraan EURO mereka empat tahun yang lalu dan juara Juara FIFA 2010. Yang best, diorang dah berubah lepas terima Notis Amaran Ni. Bagus lah camtu, kalau tak memang kena bagi notis lagi kot, hehehe..

Ok lah, musim EURO dah habis kan? Rasanya dah takde lagi dah entri mengenai EURO 2012 yang akan aku buat lepas ni. Cukuplah setakat dua je, #ehyeke? So lepas ni mungkin tumpuan aku akan lebih pada Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati pula.


p/s: peminat Italy jangan sedih ye, makan cendol banyak-banyak tau..

Tag : ,

Pasukan Spain Terima Notis Amaran

on Saturday, June 30, 2012


Pasukan Spain Terima Notis Amaran menjelang pertembungan Final EURO 2012 menentang Italy nanti. Notis ini adalah amat keras, keras macam batu!

Pasukan Spain Terima Notis Amaran

Kehadapan pasukan Spain yang sentiasa bernasib baik, ini merupakan notis amaran buat pasukan kamu yang layak ke final EURO 2012 meskipun tidak berapa nak power main bola seperti team-team yang lain.

Untuk beberapa perlawanan Spain sebelum ini, ramai pencinta bola sepak global melahirkan kekecewaan terhadap corak permainan pasukan Spain yang amat lembab dan membosankan. Sepertimana yang diulas oleh Denaihati

Pasukan Spain hanya tahu passing, passing, passing, passing, passing,....., dan passing lagi sehinggalah semua orang dah malas nak layan, barulah Spain melakukan serangan sekaligus menjaringkan gol. Gol tu pun kadang-kadang ihsan pengadil yang bagi penalti. Bosan bosannn..

Seperkara lagi mengenai pasukan Spain yang dibenci oleh kami semua ialah bakat lakonan yang sangat hebat pada setiap pemain Spain. Walaupun dengan sentuhan yang nyata tidak mampu membunuh seekor semut, sudah boleh menjatuhkan seorang pemain Spain yang cukup sopan santun di atas padang. Kesian mereka, tolong jangan kasari pemain Spain ini time Final nanti ye Itali..

Ah sudah, malas nak cerita pasal Spain banyak-banyak. Apa yang penting sekarang aku tak sokong mana-mana team sama ada Italy ataupun Spain untuk menjadi juara tetapi yang pastinya aku sangatlah tidak mahu melihat Spain menjadi Juara...lagi. Bosannnn bosann..baik layan Contest SEO Eyriqazz VS Denaihati, lagi best. Huh


p/s: ada ke penyokong Spain kat sini ye?



Tag : , ,

Denaihati Blacklist Nama Aku

on Thursday, June 28, 2012

Nama Aku Dah Kena Blacklist Sebab Portugal Kalah


Dalam entri Ramalan Juara EURO Pilihan Lelaki Kacak, aku telahpun meletakkan pasukan Portugal sebagai pilihan, dan kekalahan team portugal di tangan Spain semalam menyebabkan aku terkeluar daripada saingan dan nama aku dan beberapa penyokong Portugal yang lain telahpun diblacklist oleh Denaihati (rujuk sini).

Sememang nya perlawanan Semi Final EURO 2012 semalam sangat sengit, dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Yang menariknya penyandang Juara EURO dan juga Juara Dunia, Spain tidak mampu mengganas sebaliknya terpaksa meneruskan perlawanan hingga sepakan penalti.

Macam main O-Som, Spain ada luck lebih dan diorang menang. Manakala Portugal terpaksa menerima kekalahan sebelum sempat Cristiano Ronaldo mengambil sepakan penalti. Takpe, aku tetap support Ronaldo. Haha :D

Tahniah Spain sebab dapat pergi final, dan Double Tahniah untuk Portugal sebab berjaya membuatkan Spain serabut dan tak tentu arah semalam. Good job guys! Orang Portugis memang power, sebab tu diorang boleh jajah Melaka dulu, LOL.

p/s: hope kat final nanti, ada lah team yang dapat kalah kan Spain tu
Tag : ,

Semi Final EURO 2012: Portugal VS Spain

on Wednesday, June 27, 2012

Ramalan Gol Portugal VS Spain | Semi Final EURO 2012


Penat melayan perlawanan epik Eyriqazz VS Denaihati, kita beralih pula kepada perlawanan EURO 2012 yang kian hangat membakar. Lebih-lebih lagi malam ni merupakan perlawanan peringkat Semi Final yang pastinya lebih sengit lagi dengan pertembungan antara pasukan Portugal dengan Spain.

PORTUGAL VS SPAIN : Yang Mana Satukah Pilihan Anda?

EURO 2012 setakat ni ada game yang best dan ada juga yang membosankan. Contoh perlawanan yang best adalah ketika pasukan Germany bertemu Greece, dan juga perlawanan Italy VS England tempoh hari.

Aku rasa kedua-dua game ni best sebab ada banyak shooting dan percubaan gol yang dilakukan oleh pasukan yang sedang beraksi. Kalau tak, memang bosan lah. Contoh macam game Spain VS France, rasa membazir je tengok.

Corak permainan pengecut Spain hanya untuk kemenangan mereka sahaja, dan bukan untuk menghiburkan penonton yang membayar tiket takpun yang bersengkang mata nak tengok LIVE kat TV3. Ciskek..

Takpelah, tu semua dah lepas.. malam ni Semi Final EURO 2012: Portugal VS Spain pulak. Sebagai peminat tegar Cristiano Ronaldo, aku pastinya menyokong team portugal untuk menang 2-0 dengan Spain.

Walaupun satu ketika dulu orang-orang Portugis pernah datang menjajah Melaka dan mengakibatkan penjajahan panjang di tanah air kita ini, aku tetap mahu support Portugal malam ni. K fine tak lawak :p Hehe..

So, korang pulak support team mana? Kalau support team main passing-passing Spain, aku tak nak kawan ngan korang. Hehehe.. gurau jerr :p


p/s: baru lepas vote Portugal atau Spain kat GAMBAR NI

Tag : , , , , ,

Gaji Terkini Nazmi Faiz RM300,000?

on Tuesday, May 29, 2012


Gaji Terkini Nazmi Faiz RM300,000?

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.


Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.


Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.


Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.


"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya. 
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.


Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.


sumber: Sinar Harian


Tag : , ,

Nazmi Faiz Berpotensi Menjadi Jutawan

on Tuesday, May 15, 2012


Nazmi Faiz Berpotensi Menjadi Jutawan

Bintang remaja negara, Mohd. Nazmi Faiz berpotensi menjadi jutawan bola sepak kedua Malaysia selepas Safee Sali jika berjaya mendapat tempat dalam kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar pada sesi percubaan dari 13-21 Mei ini.

Sekiranya itu menjadi kenyataan, pemain berusia 17 tahun itu bakal menjadi inspirasi buat semua rakyat Malaysia dan mengangkat bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bagaimanapun Ahmad Shabery berkata, terdapat satu halangan besar yang perlu dilepasi pemain tengah skuad Harimau Muda A itu sebelum mampu mencipta nama di luar negara, iaitu menyesuaikan diri dengan kehidupan dan budaya asing di Eropah, yang sebelum ini sering menjadi penghalang terbesar atlet kita untuk berjaya.

"Tahniah kepada Nazmi kerana berjaya mencuri tumpuan kelab Divisyen 1 Portugal untuk diuji dalam sesi percubaan, kalau dia berjaya, Nazmi akan menjadi kebanggaan Malaysia.
Tag : , ,

Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012

on Thursday, May 03, 2012


Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012







Gambar Kemenangan Real Madrid dalam Liga Sepanyol Musim 2011/2012




Tag : , ,

Manchester Derby : EPL El-Clasico

on Monday, April 30, 2012


Pertemuan derby antara Manchester City vs Manchester United merupakan penentu siapakah yang bakal layak bergelar juara bagi 2011-2012 ini. Dan pasti siapa yang akan memenanginya kemungkinan adalah peneraju kejuaran Premier League kali ini...

Namun pengurus Manchester City, Roberto Mancini masih menegaskan pasukannya masih mempunyai sisa perlawanan sukar dan bagi Sir Alex Ferguson pulak kemenangan Manchester City adalah penentu bagi juara Premier League.

Bagi Manchester City, selepas pertemuan menentang Manchester United, mereka masih mempunyai dua lagi perlawanan iaitu menentang Newcastle United dan Queen Park Rangers...sedikit sukar untuk mereka bertemu Newcastle United di St James Park.

Pasukan dibawah bimbingan Alan Pardew merupakan pasukan terbaik di Premier League ketika ini dan masih mempunyai peluang untuk beraksi di Champions League musim depan.

Bagi Manchester United , hasil pertemuan derby ini merupakan hala tuju untuk pasukan Red Devil yang mana Sir Alex Ferguson kini mengakui sekiranya Manchester City memenangi perlawanan ini, peluang untuk kejuaraan adalah milik The Citizen yang mana tiada lagi keraguan yang akan mereka hadapi selepas ini. Ia adalah peluang yang akan dimiliki oleh Manchester City bagi kejuaraan Premier League.

Ia diakui selepas Manchester City ditinggalkan dengan lapan mata mereka mampu untuk terus memberi tekanan kepada Manchester United bagi membuktikan ‘derby’ adalah penentu juara.Roberto Mancini menegaskan tekanan kini adalah kepada Manchester United yang mana mahu menjadikan pertemuan ini berakhir dengan seri dan ianya ingin membuktikan bahwa Manchester City merupakan pasukan yang dahagakan kemenangan.

Pun demikian, Sir Alex Ferguson, perlawanan ini pasti penuh dengan tekanan pada kedua-dua pasukan dan ia menanti aksi kedua pasukan ini dengan penuh debar. Baginya Manchester City mempunyai rekod baik bermain di tempat sendiri dan mempunyai barisan pemain yang boleh dibanggakan.

Rekod pertemuan bagi kedua-dua pasukan pada musim ini, Manchester City menang besar di Old Trafford pada aksi Premier League manakala Manchester United menang pada pertemuan piala FA di Etihad Stadium.


Tag :

Cristiano Ronaldo Buat Barcelona Gigit Jari

on Sunday, April 22, 2012

ronaldo vs messi

REAL MADRID (2) - (1) BARCELONA

El Clasico pada tahun 2012 ini memihak kepada pasukan Real Madrid yang berjaya menafikan kehebatan Barcelona dalam perlawanan yang menarik pagi tadi.

Real Madrid memulakan penguasaan melalui jaringan Khedira pada babak pertama permainan tanpa sebarang jaringan balas daripada pihak lawan sehinggalah tamat separuh masa pertama El Clasico tersebut.

Kemudian, Kelab Catalan berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 sebelum pemain tonggak Real Madrid yang baru sahaja ditambah gajinya, Cristiano Ronaldo menambah koleksi gol Madrid sekaligus membuatkan Barcelona rebah di hadapan lebih 100 ribu penyokong setia mereka.

VIDEO GOL CRISTIANO RONALDO

video


KEEP ON SMILING ;3


Tag : ,

Real Madrid VS Barcelona | El Clasico 2012

on Saturday, April 21, 2012

EL CLASICO 2012 | REAL MADRID VS BARCELONA

El Clasico antara Real Madrid dan Barcelona sudah lama dinantikan oleh jutaan peminat sukan bola sepak di seluruh dunia. Kedua-dua pasukan gergasi daripada Sepanyol ini begitu berpengaruh dalam sukan bola sepak sejak beberapa abad kebelakangan ini.

El Clasico menjanjikan sebuah pertembungan epik yang hebat apabila menjadi medan pertembungan antara dua bintang ternama iaitu Cristiano Ronaldo dipihak putih manakala Lionel Messi berjuang untuk kelab Catalan.

Kehebatan kedua mereka tidak dapat disangkal apatah lagi dengan rekod 53 Gol Dalam Masa 3 Minit yang telah dirakamkan mereka sepanjang musim yang lalu bersama kelab masing-masing.

REAL MADRID VS BARCELONA 2012 akan berlangsung pada awal pagi esok (waktu Malaysia) dan marilah sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan El Clasico ni nanti.

p/s: I'm Madritas ;D Hala Madrid

KEEP ON SMILING:3


Tag : ,

Real Madrid Tambah Gaji Cristiano Ronaldo

GAJI CRISTIANO RONALDO DINAIKKAN


Sebelum ni kecoh pasal Gaji Cristiano Ronaldo Dipotong, tapi kali ni lain pula jadinya apabila Real Madrid tambah Gaji Cristiano Ronaldo tidak lama lagi. Kenaikan gaji untuk Cristiano Ronaldo semata-mata sebagai wujud agar pemain tersebut tidak terhasut oleh godaan daripada kelab-kelab kaya lain seperti Manchester City dan Chelsea.

Gaji Cristiano Ronaldo di Real Madrid sepertinya akan semakin bertambah saja. Ini kerana, Presiden Real Madrid Florentino Perez bersetuju hendak menaikkan gaji pemain bintang tersebut.

Tindakan Real Madrid menambah Gaji Cristiano Ronaldo sangat bertepatan dan tidak sia-sia kerana Ronaldo merupakan seorang pemain yang telah banyak berjasa kepada Real Madrid semenjak berpindah daripada Kelab Manchester United dengan harga €94 juta. Buktinya, lihat sahaja 53 Gol Ronaldo dalam masa 3 minit ini.

Ecodiario mengatakan bahawa, Ronaldo, yang ketika ini masih terikat dengan kontrak bersama Real Madrid sehingga tahun 2015 dengan gaji €12 juta/tahun, akan diberi tambahan gaji oleh Perez yang jauh lebih lumayan, iaitu sebanyak €16 juta per musim.

Meski mendapatkan bayaran selangit, andai terlaksana, catatan gaji Ronaldo itu masih jauh di bawah bayaran yang didapatkan Samuel Eto'o di Anzhi. Bersama raksasa Rusia itu, mantan pemain Inter tersebut mendapatkan gaji €20 juta. Banyak kan? Fuhhhh...


MARI LIHAT VIDEO JARINGAN BERBISA CRISTIANO RONALDO


p/s: cayalah Ronaldo.. you're the best!


Tag : , ,

Biodata Ariff Zulkifly | Profil Lengkap

on Wednesday, April 18, 2012


BIODATA DAN PROFIL ARIFF ZULKIFLY

Ariff Zulkifly seorang pemain yang berumur 19 tahun yang bermain di Island Bay United di New Zealand’s League. Ariff Zulkifly telah mewakili Malaysia sejak berumur 12 tahun lagi di dalam bolasepak. Dia lebih gemar bermain di posisi pertahanan dan idolanya adalah Carlos Puyol yang kini bermain di Barcelona.

ARIFF ZULKIFLY bukan sahaja pandai bermain bola tetapi juga merupakan pelajar cemerlang. Pernah mengikuti latihan di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Loius Saha. Caps untuk Malaysia melebihi 30 caps. Ketika berusia 10 hingga 12 tahun bermain untuk posisi striker. Usia 12 hingga 12 bermain untuk midfield dan kini daripada usia 15 bermain untuk centreback. Ariff merupakan bekas kapten Pasukan Malaysia U-17.

Tahun 2011 Ariff bermain untuk Pasukan Harimau Muda B yang mengambil bahagian dalam Liga Perdana Malaysia dan akan bermain sebagai kapten Selangor untuk Piala Presiden bermula 26 Januari 2012. Ariff menyasarkan untuk ke Akedemi Ole, New Zealand pada bulan 3 ini untuk mendapatkan latihan di sana dan berharapan untuk menjadi pemain profesional di kelab luar.

BIODATA ARIFF ZULKIFLY

Birth date : 1 May 1993
Nationality : Malaysia
Marital Status : Single
Height : 180 cm
Weight : 75 kg
Sex : Male
Race : Malay
Age : 19 years
 

2007-2009
Bandar Penawar Sports School
PMR 3A 3B 2C

2009-2011
Bukit Jalil Sports School.
SPM 5A 1B 2C

Posisi
Defender (Central Back preferable)

Skill Istimewa
Ball winner with sense of attacking mode, excellent on high ball, excellent tackling and passing, expert in game reading, excellent positioning, and had gifted leadership skills.


Tag : , ,

Khairul Fahmi Che Mat Bakal Jadi Pelakon

on Tuesday, April 17, 2012



APEK MUNCUL DALAM IKLAN TV


Kisah Apek sudah mula reda sikit sejak kebelakangan ini. Disebalik kontroversi yang melanda beliau sebelum ini, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan. Mungkin lakonan Apek dalam iklan berkenaan menarik perhatian beberapa pihak atau ada yang mahu mengambil kesempatan diatas popularitinya. Apek telah menerima banyak tawaran berlakon dan sebagainya.

Namun Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya. Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.

“Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan. Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama,” katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.

Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar. Apek juga risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini jika beliau terbabit dalam dunia hiburan.

sumber: ammboi.com

Tag : ,

Penghinaan terhadap Carlos Tevez


Assalamualaikum dan salam 1Dunia..

carlos tevez

Menjelang pertemuan derby match antara Manchester City dengan Manchester United ahad ini, kedua-dua pasukan telah bersetuju untuk memberikan 'penghinaan' terhadap pemain yang pernah menjadi tonggak utama kedua-dua pasukan iaitu Carlos Tevez dalam kempen Trash Your Tevez Shirts


Penghinaan terhadap Carlos Tevez ditaja sepenuhnya oleh BetFair, syarikat pertaruhan yang menaja United. Kumpulan BetFair akan menyediakan trak sampah besar dengan tulisan RECYCLING TEVEZ di hadapan pintu masuk Stadium Old Trafford. Trak itu dicat dengan separuh warna merah dan separuh lagi dalam warna biru bagi membolehkan penyokong kedua-dua pasukan membuang semua jersi bernama Carlos Teves di dalam trak itu.


Lebih 75,000 penyokong dijangka datang dari Sir Matt Busby Way dan digalakkan membuang jersi Tevez sebagai tanda penghinaan kepadanya dan kemudiannya semua jersi itu akan dihantar ke Argentina untuk diserahkan kepada badan kebajikan negara itu.

“Sudah beberapa kali Tevez mengecewakan peminatnya,” kata jurucakap Betfair, Alex Bake. “Tiada cara yang lebih baik untuk penyokong menunjukkan kebencian mereka selain membuang jersi mereka. “Kedua-dua penyokong itu jarang bertemu tetapi saya pasti mereka akan berpuas hati jika dia meninggalkan Manchester, ketika musim perpindahan Januari depan.”

Malah Carlos Tevez kini terdesak untuk meninggalkan Stadium Etihad apabila musim perpindahan bermula Januari depan dan kariernya bersama Manchester City bakal berakhir ketika Mancini masih mengendalikan kelab itu.

Kempen Penghinaan terhadap Carlos Tevez nampaknya akan mencipta satu rekod baru dalam hubungan antara kedua-dua kelab yang bertapak di Manchester itu. Buat julung-julung kalinya, mereka tidak akan berkelahi dan bertikam lidah malah bersatu dalam meminggirkan pemain yang dibenci iaitu Tevez. Haha, kesian betul si Tevez tu kan..dah nasib badan semua orang benci

So,aku tak sabar nak tengok Manchester dalam match hujung minggu ni. Manchester mana? Cuba lah teka.. Hahaha, hope game diorang nanti tidaklah membosankan. Manchester City VS Manchester United, siapa yang akan menang? Just wait and see yawww

KEEP ON SMILING:)
Tag : ,

53 gol C.Ronaldo dan Messi dalam masa 3 minit

53 gol C.Ronaldo dan Messi dalam masa 3 minit
Pehhh,gempak gila beb...53 gol dalam masa 3 minit je...hehehe

ronaldo vs messi

Bawah ni ada dua video...
Satu video 53 Gol Cristiano Ronaldo semusim

dan satu lagi video
53 Gol Lionel Messi semusim

Dua-dua video ni cuma memakan masa 3 minit je...
hebat tak orang yang edit ni?














Credit to: Hamdan Syakirin

KEEP ON SMILING:)

Tag : , , , ,

Real Madrid Buang Tanda Salib Pada Logo

REAL MADRID BUANG TANDA SALIB


Salam. Siapa tak kenal dengan gergasi bola sepak Sepanyol iaitu Real Madrid. Terkini, kelab tersebut akan membuat perubahan pada logo mereka dengan membuang tanda salib kecil yang terdapat pada mahkota dalam logo tersebut.

ELAK SALAH FAHAM DENGAN PEMINAT BERAGAMA ISLAM


Menurut akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam sekali gus mengukuhkan populariti mereka di kalangan penggemar bola sepak Islam. 

Kelab yang mendapat keuntungan tahunan lebih daripada $500,000 dan pasukan mempunyai bernilai anggaran bersih sebanyak hampir $ 2bilion itu mengikut jejak langkah pesaing mereka di Barcelona, ​​yang juga baru-baru ini terpaksa mengambil salib dari logo mereka untuk mendapat penaja di Qatar.



Tag : , ,

HOT!! Apek dan Dahlia Teck Sudah Berpisah

on Monday, April 16, 2012





Ini mungkin satu khabar yang mengembirakan untuk golongan wanita negara ini apabila penjaga gol kebangsaan yang semakin hot, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex sah kembali solo.

Yup…Apex mengesahkan kepada majalah URTV dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

“Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan,” katanya dalam majalah itu.

Apex bagaimanapun enggan menyatakan jika perpisahan dengan Dahlia Teck berpunca daripada pihak ketiga.

Dia juga memilih untuk kekal single buat seketika...Hingga bila tu Pex?

“Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau  nak memikirkan soal cinta,” katanya.

Apex pernah bertunang dengan Elia. Selain itu, antara nama yang pernah terkait dengan dirinya adalah Nora Danish dan Leuniey Natasha.

Tidak ketinggalan juga nama Shida Harmi.

Tag : ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog