Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !

on Thursday, January 24, 2013


Aarghhh habis lag laptop aku! Ini semua gara-gara nak baca semua entri blogger berkaitan Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 yang dianjurkan oleh Top Blogger Denaihati beberapa hari je lagi.

Semangat nak blogwalking berpandukan link yang diberi di Group FB Denaihati Network mengundang padah bila aku klik semua link tak ingat dunia. Bila dah banyak tab bukak, loading time semakin bertambah dan laptop aku pun pening lalat nak proses semua ni serentak. Hahaha..

Oh ya, bagi sesiapa yang tak tahu dan baru nak tahu Denaihati menganjurkan sebuah Majlis Gathering yang diberi nama SEPETANG BERSAMA BLOGGER, yang mana pada tahun ini merupakan tahun kedua ianya dianjurkan.


Apa Yang Menarik Pada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 Ni Nanti?

Sebenarnya dalam majlis macam ni lah para blogger yang ada berkenalan, dan beramah mesra. Tak terhad kepada blogger di Malaysia sahaja, sebab event SBB2013 ini turut dihadiri oleh barisan blogger nusantara daripada Indonesia dan juga Brunei.

Pada majlis PERCUMA ini juga nanti akan diumumkan pemenang bagi Contest Gadjet Impian yang dianjurkan Denaihati beberapa bulan yang lalu. Selain tu ada juga perkongsian mini forum daripada Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara, Ben Ashaari, dan juga Fatin Liyana. Dan banyak lagi aktiviti menarik termasuklah cabutan bertuah dan lain-lain.

Bagi aku yang tak pernah bersua muka dengan mana-mana blogger pun sebelum ni, majlis ni nanti akan menjadi tempat untuk aku cuba bertegur sapa dengan mereka. Mungkin akan ada awkward moment, tapi biasalah tu first time jumpa kan.. Hehehee..

So, siapa lagi yang join Event Sepetang Bersama Blogger ni nanti? Kita jumpa di sana nanti ya, Insyallah. Rasa excited ada, nervous pun ada ni.. Hehee..



Tag : ,

James Bond Mati dalam Filem Skyfall

on Tuesday, October 23, 2012


James Bond. Agen perisik yang licik dan suka berdamping gadis-gadis cantik semasa melaksanakan tugasnya. Pada filem Skyfall yang juga filem terkini 007 bakal menyaksikan agen terkenal itu berhadapan dengan maut dan disebabkan dia hero, James Bond sekali lagi terselamat daripada kematian tersebut.

Kebangkitan James Bond selepas dianggap mati tidak lah semudah yang disangka kerana dalam filem terbaru ini James Bond berhadapan dengan tugas yang lebih sukar dan juga barisan musuh yang ternyata sangat jahat. Heh

Aku sebenarnya nak sangat menonton Filem Skyfall dengan blogger Bro Framestone. Kenapa? Sebabnya aku belum pernah berjumpa dengan blogger hebat ni dan dengar cerita tak lama lagi beliau nak mendirikan rumah tangga dah.

Hope dapat la join Bro Framestone nanti. Hehe.. Korang nak jugak tak?


Tag : ,

Profil Ariff Shah - Blogger Hebat Malaysia

on Thursday, September 13, 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak memperkenalkan kat korang semua seorang blogger hebat dan versatil di Malaysia ni. Kalau korang dah biasa dengan dunia blog (blogosphere) mesti korang dah agak familiar dan nama brader ni.

Merupakan seorang graduan universiti di luar negara, brader ni juga hebat berblogging terutamanya dalam bab-bab teknikal dan SEO. So tanpa membuang lebih banyak masa, jom lah baca Profil Ariff Shah - Blogger Hebat Malaysia:

PROFIL ARIFF SHAH: BLOGGER HEBAT MALAYSIA


Pemilik blog.ariff – Sebuah blog peribadi yang mengisahkan tentang kehidupannya di Moscow. Blog.ariff juga merupakan tempat untuk dia meluahkan perasaan, membebel, mengarut, berkongsi idea serta tips berblogging melalui pengalaman dan pemerhatian dalam dunia blogging. Walau bagaimanapun dia masih berpendapat bahawa lebih ramai yang pakar di luar sana dalam dunia blogging ini.

Karier bloggingnya bermula seawal tahun 2002 dan sehingga kini dia telah membuat lebih daripada 10 blog yang gagal mencapai matlamatnya. Pada asalnya blog.ariff yang beralamat di ariff.mmaso.com merupakan sebuah blog bahasa Inggeris namun telah dibrandingkan menjadi sebuah blog bahasa Melayu pada Oktober 2009. Atas masalah teknikal, entri lama blog.ariff gagal diupload ke hosting baru dan telah hilang begitu sahaja.

Ariff Shah menerima pendidikan tinggi beliau di Moscow Aviation Institute dan telahpun menamatkan pengajian di fakulti Robotics & Intelligent Systems dalam bidang Servo Drive Systems for Aircraft & Flying Vehicles dengan pengkhususan dalam Automated Servo Drives bertaraf Diploma di Russia, yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) dengan nilai taraf Sarjana Kejuruteraan. Pengajian di Moscow Aviation Institute tamat pada April 2012.

Merupakan admin Geng Blogger yang kini berdiri teguh dengan kekuatan seramai 5000+ ahli. Geng Blogger – Komuniti Blogger Anda merupakan sebuah ping aggregator site dan komuniti alam maya untuk penulis blog khususnya penulis blog berbahasa Melayu. Namun blogger yang menulis dalam bahasa lain dialu-alukan untuk menyertai Geng Blogger.

Secara peribadi, dia merupakan seorang yang pendiam dan mungkin pemalu. Seringkali disalah anggap sebagai seorang yang sombong disebabkan sifatnya yang pendiam dan kurang mesra dengan orang yang belum dikenalinya secara rapat.

Masih bujang dan belum berpunya.

____________________________________________________________


Maklumat dan profil diri Ariff Shah ni diperoleh daripada blog peribadi beliau sendiri. Kalau korang tak pernah baca blog Ariff Shah yang santai tu, apa kata korang cuba try baca blog beliau sekarang juga. Mungkin korang pun akan turut menyukai blog tersebut. Hehehe, sekian terima kasih.


Tag : ,

Kalau Berani, Copy Paste lah Entri Aku Ni !! Dasar Pencuri Sialan!!

on Saturday, June 30, 2012

Asslamualaikum semua

korang pernah rasa tak entri dalam blog kesayangan korang kena copy dengan blogger lain? Mesti rasa bengang gila kan! kalau laa blogger tu ade kat depan mate, confirm dapat penerajang jepun ye tak? Ape die ingat senang ke kita nak menaip entri macam tu...tak kisah la panjang ke pendek,susah jugak pe nak buat...dia pulak, sesuka hati makcik die je rembat entri tu...puihh la,macam sial !! geram aku geram !

ngek
geram versi comel
tips
warghhh !! Makan Budakkkk !!



rileks laaa...

Korang tau tak sebenarnya korang jugak yang untung kalau ade blogger lain copy paste entri korang tu...tak percaya? meh sini aku tunjuk kan bukti dia..bangku kosonghasrul hassan said:

18sx


haaa,dah baca? nampak kan betapa untung nya kita jika ada orang lain yang copy paste penulisan kita dalam blog ataupun laman web mereka. entri ni pon aku buat sebab aku terbaca banyak blogger yang meluah kan rasa tak puas hati terhadap si copycat yang suka meniru entri entri mereka...jangan la macam tu,take it positively okay

Buang jauh jauh perasaan kedekut tu. Sharing is caring. jadi tak salah la kalau diorang nak copy entri kita dan paste dalam blog diorang pula. tak paham lagi? takpe takpe,meh sini aku list kan sudut positif aktiviti copy paste ni dalam kehidupan seorang blogger dan blognya..cewah

1.Entri korang menarik dan sesuai dikongsi untuk tatapan ramai
faktor utama diorang copy entri tu mesti lah sebab entri korang tu menarik dan ada something tersirat. senang cite, entri korang tu best la...gempak gitu. tapi kalau entri best tapi setakat 2,3 orang je bace tak guna jugak kan...so,jangan la marah kalau diorang tiru ye.

2.Tingkatkan trafik yang masuk dan baca entri korang tu
bila depa copy dan paste entri korang yang best gila tu dalam blog diorang,mesti la pembaca dan visitors daripada blog diorang akan datang ke blog korang jugak. mereka mungkin nak tahu siapa penulis asal yang buat entri macam tu. untung nya nanti korang juga kan,yelaa bila tiba tiba je trafik mencanak naik padahal tak promote @ ping kat mane-mane pon. best kan gitu..

3.increase your Page Rank
stylo tak aku taip dalam omputih? hahaha....point ke 3 ni paling susah nak dapat. ape tu page rank? entah laa, aku pon tak berapa nak tahu..tapi ikut apa yang aku faham la kan,page rank ni ialah ranking blog kita dalam google search. kalau nak check,bole check kat SINI. selalu nya blogger yang otai-otai ni PR diorang memang tinggi..takat blog cikai macam aku ni,PR kosong jekk...ya,ZERO (sekarang dah 2)

4.meningkatkan populariti korang secara automatik
yang ni pulak amatlah sesuai bagi blogger-blogger yang berblog sebab nak fofular dan feymes macam #retis (artis) cuba bayangkan,kalau dah ramai datang nak baca entri korang...mesti la diorang nak follow blog korang dan bace profile korang kan kan...bila dah gitu,tak mustahil korang dapat kalahkan top top blogger kat Malaysia ni dengan sekelip mata jek <---hiperbola sikit ni,jangan marah aku ye kawan kawan

dah,tu je serba sedikit dari aku..sikit ke? hahaha..ade 4 point je kan,sikit la tu.hehehe...ala,bukan nye selalu pon aku buat entri panjang berjela macam ni. ni kali ke 3 kot lepas cerita pasal facebook ngan myspace dulu tu.eh kejap,lupa pulak...ade sedikit penambahan

kepada copycat ataupun sape-sape je yang rasa nak copy entri korang dan paste dalam blog korang, tolongggg la bagi backlink kat tuan punya entri tu ye. jangan la pulak korang nak buat entri tu jadik hak milik sepenuhnya oke..kalau tak,memang patut pon korang kena maki hamun dengan tuan punya entri tu

sekian saja perkongsian aku kali ni, korang amatlah dialu-alukan untuk copy paste entri aku ni dalam blog korang dan backlink kan balik kat sini oke.. sharing is caring. kalau suka,klik 'like'...kalau rasa nak komen,boleh jugak...kalau tak suka,mintak maaf. ok,bye

p/s: ni entri lama yang aku edit semula untuk perkongsian dengan semua

KEEP ON SMILING:)
Tag : , ,

Blog Mesra SEO, Forblogger.Net Dijual

on Friday, June 08, 2012

BLOG FORBLOGGER.NET DIJUAL

Bagi para blogger yang sentiasa mengikuti perkembangan blogosphere di Malaysia ni, mesti kenal dengan blog forblogger.net ni. Pada awal pengenalan aku dengan blog ni, admin forblogger iaitu Shah Danial banyak memberikan tips dan ilmu mengenai blogging yang super power termasuklah cara-cara untuk memantapkan SEO sesebuah blog.

Forblogger.Net akan dilepaskan oleh Shah Danial kerana beliau mempunyai urusan lain yang memerlukan komitmennya. Untuk mengelakkan blog forblogger daripada bergantung tidak bertali, ia dibuka untuk jualan bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Kaedah jualan adalah secara bid, di forum Carigold. Berikut merupakan thread di forum tersebut:
___________________________________________________


forblogger.net for sale dengan cara bidaan (bid). Kami buka harga RM9k untuk bida sehingga 25hb 10 pagi. Siapa berikan harga paling tinggi dia yg dapat dan kena bayar.

DETAILS:

1. Anda boleh dapatkan detail trafik dan performence blog di link ini (trafik blog)

Selebihnya seperti dibawah :-

1. Dua Juta pgeview dan 1 juta lebih unique visitor sebulan.

2. Blog melepasi syarat untuk mendapat contrac dari pixelmedia asia publishing (saya ada contract dan boleh tukar nama anda kerana saya belum sign kontrak).

3. Adsense drastik. Baru Bulan ini saya baru pasang adsense di blog ini. dalam 2 minggu adsense adalah lebih usd 1k . atau dalam ringgit Malaysia-nya RM3600.00(2 minggu sahaja, anda kira berapa sebulan?)

4. Kualiti blog di jaga dari segi SEO dan adsense (tiada keyword2 haram adsense dan melepasi ciri-ciri). Campign Iklan Adsense sentiasa keluar Di blog menyumbangkan earning yang memberangsangkan tiap hari.

5. dahulu : 2 minggu selepas pakai domain ini sudah dapat Pagerank 4 mantain hingga skeranag.

6. Domain baru lagi tp drastik dari segi SEO dan lainnya.

7. Ada pembaca tetap harian walaupun fan page kami hanya 8k likers dan tidak update dalam kuantiti.

8. Alexa Malaysia 200+ (saya kurang suka indikator ini sebab tak tepat,m tp boleh la haha)

9. Bounce Rate cantik

10. Akaun innity kami bg sekali. tukar detail nama akaun dll nnt. 2 minggu je dapat lebih syarat apply innity ni.

11. KEBANYAKAN ARTIKEL DI MUKA DPN GOOGLE DAN DI TOP.

12. Backlink berkualiti dan kekal untuk blog ini.

14. Blog kami tidak hard update punya style, cuma jaga kualiti. Kami utamakan value bukan kuantiti. Anda tidak perlu hard update. Biasa kami update dari 1 artikel sehari hingga 6 artikel sehari.

15. Kami sertakan sekali fanpage http://facebool.con/BelajarSeo

16. Blog sangat SEO friendly. dalam kiraan saat hingga satu minit selalunya mesti dah index kat google jika publish entri baru. Jika keyword berita bioasa trs page 2 atau page 1 google. nnt naik la 1st page.


17. Reason for sale : Fokus bisnes keluarga dan desakan keluarga. Komitmen mmg disana.


Sekian.. Untuk lebih detal boleh klik link [Trafik dan Detail] ini.
Tag : , ,

Segmen: Up Follower

on Saturday, June 02, 2012

Segmen: Up Follower

Jom lah join sekali segmen Up Follower ni...
Klik je kat bahagian banner atas ni okay :)


Tag : ,

Birthday Blogger Kacak @broframestone

on Saturday, May 26, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO BROFRAMESTONE

Bangun pagi, aku online kejap.. bukak blog, twitter and Facebook. Then terpandang pulak kat bahagian sidebar kanan, ada senarai rakan yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini 26 Mei dan salah seorang daripada mereka ialah blogger kacak bernama Bro Framestone.

Bro Framestone memang seorang blogger kacak, sebab dia suka membantu rakan blogger lain untuk lebih maju lagi dalam blogosphere di Malaysia ini. Perkara terbesar yang pernah dilakukan oleh bro ialah mewujudkan Projek 100 Bloggers yang bertujuan untuk mendapatkan syarikat-syarikat yang berminat beriklan di blog-blog yang join dalam projek tersebut.

Happy Birthday Bro Framestone, semoga panjang umur dan murah rezeki ya. Terima kasih atas semua pertolongan bro kat saya ;D Insyallah kalau ada jodoh, boleh jumpa Bro face-to-face... Hehehe..

KEEP ON SMILING:3



Tag :

Happy Birthday to Pok Cik Khalis

on Thursday, March 29, 2012


Menurut sumber kerajaan Facebook, 29 March merupakan ulang tahun kelahiran blogger hebat iaitu Pok Cik Khalis, tuan punya blog Sah dan Tak Sah. So untuk post kali ni aku buat khas untuk wish Happy Birthday kepada beliau.
Tag :

Cik Epal, Mejah dan Ujang tengok wayang dengan aku

on Thursday, October 27, 2011


Assalamualaikum boboi boys dan spy girls semua,

cik epal mejah ujang
dari kiri:cik epal, hamzah ian, ujang

Hari Selasa, 25 haribulan aritu..Cik Epal Gorgeous Gonjeng , Mejah dan gay nya that is Ujang pergi tengok Premier Screening Shark Night 3D sekali dengan aku. Tayangan nie hasil ihsan pihak Nuffnang yang baik hati,comel dan hensem gila (mood bodek membodek diaktifkan dengan kadar maksima)
Tag :

Blogger Perak: Lu Typo, Lu Mati

on Tuesday, October 18, 2011


Assalamualaikum semua rakan taulan dan sahabat handai

blogger perak

BLOGGER PERAK
"Lu Typo, Lu Mati"
Tag :

Founder Ohmedia Network, Justkhai di hack

on Wednesday, October 05, 2011


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Berita terkini: Founder Ohmedia Network, JustKhai di hack

blog justkhai kena hack


Founder Ohmedia Network atau lebih dikenali sebagai justkhai.com tidak boleh di hack kerana dia sudah pakar IT dan Internet. Haishhh, siapa cakap macam tu? That is sooo not true okay.

Walaupun Justkhai merupakan weblog yang famous dan popular di negara kita ni tapi tak bermakna segala-galanya yang ada pada blog itu dalah yang terbaik lebih-lebih lagi daripada aspek sekuriti nya. Sebabnya baru je sebentar tadi Geng KenaHack memaklumkan mengenai blog justkhai.com yang di hack. Kalau tak percaya, korang boleh baca sendiri kat SINI.

Dalam artikel kat blog tu juga ada beritahu bahawa salah satu email peribadi milik justkhai juga turut berjaya di godam. Betul atau tidak berita ni, aku pun tak berapa pasti. Just nak bagitau pengajaran kat sini ialah kita semua sebagai pengguna Internet WAJIBLAH sentiasa berwaspada dan mempertingkatkan sekuriti blog kita pada tahap maksima.

Sekian, terima kasih sebab sudi baca ye kawan-kawan

KEEP ON SMILING:)


Tag : ,

Penangan Mas Ahmad Safwan untuk Cerita Mamat

on Thursday, September 29, 2011

Terkesima kejap.....fulawehhhhh

mamat

Amacam, cantik tak?
KEEP ON SMILING:)
Tag :

Lu punya pasal,gua yang jadi bangkai..apa hal?!!

on Monday, September 12, 2011

bangkai,sial

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers yang awesome.

Entri bertajuk ' Lu punya pasal,gua yang jadi bangkai ' ni merupakan entri penuh dengan mainan emosi. Hahaha...sedih, kecewa dan ada la sikit MARAH... nak panggil entri tiga rasa pon takde hal punye lahhh....

Sekian lama menghilang demi fokus kepada pelajaran, banyak benda yang aku miss. Contohnya aku tak update blog, tak melawat group-group blogger di facebook, kurang blogwalking, dan banyak lagi. Sedih kan baca? Hehehe.... Then bila dah abes je final exam aku semalam...aku pun terus la balas dendam online balik semua yang aku tertinggal.

Tengok tengok twitter aku dapat banyak gila mentions. Tu aku tak heran la sebab tu semua effect daripada triberr tu...walaupun kebanyakan nya daripada triberr,aku still baca satu per satu...mana lah tau ada orang yang betul-betul mentions aku dan bukan nya robot triberr tu...

Yeayyy...ada orang mentions! Sekali baca...peh sentap. Dia emo kat aku sebab tweet benda LUCAH...aku pun pelik laa...bila lak aku tweet lucah-lucah. Rupanya ada member triberr aku yang guna kan tajuk sampah untuk trafik blog diorang. Ah sial lahhh....lu punya pasal,gua yang jadi bangkai! Kau tahu tak? Kecewa gila wehh






Rileks...aku still cool. Sebab aku ingat tak ramai la yang buat camtu then bila aku jenguk-jenguk tribe Denaihati Network, aku terperasan post  Ariff (ariff shah kot) kat situ...dia cakap ape? meh baca ni..


Ciss,nampak sangat la dah ramai gila yang buat skill kotor camni kan...kalau tak ramai pon,mesti dah banyak kali benda-benda camni jadi. Apa nak jadi la dengan blogger jenis camni. Macam parasit. Menumpang rumah orang, lepas tu pegi berak sepah-sepah..Puihhh ( jangan buat peribahasa untuk karangan okeh )

Aku tak kisah kalau kau nak buat tajuk gila gempak stimo kat blog kau tu (blogger yang terlibat sahaja) kau punya blog, kau punya suka la kan...kau juga yang tanggung sendiri tapi bila kau dah diterima untuk join  triberr...please la sedar sikit tanggungjawab BARU kau tu. Tanggungjawab menjaga nama baik orang lain. Takkan la kau nak orang lain nampak pervert macam kau jugak wehhh..agak-agak lah kan

Ya,memang la nanti kau cakap tu cuma tajuk je....isi taklah lucah mane pon. tapi kau tak rasa ke nanti bila followers kepada member tribe kau tu baca tajuk tu nanti, secara automatik nya mereka melabel si polan tu sebagai gila seks. Yess,itu lah yang orang dok sebut-sebut First Impression..it's very very important okehh. Lebih teruk kalau followers tu pegi lak canang sekampung yang si polan tu tweet lucah-lucah...tak ke haru ke nanti jadinya? sadis gila wehhh...

So,aku harap member-member tribe aku iaitu tribe mega Denaihati Network dan juga tribe kecil Kelab Blogger dapat menjaga nama baik antara satu sama lain. Kalau nak jugak buat tajuk lucah, korang jangan lepaskan kat triberr...kalau tak member lain akan mendoakan keburukan kat kau. Kalau kau nak aku tak kisah. Sekian terima kasih...siapa nak join tribe aku boleh la hantar request ye. Aku terima semua orang, tiada pengecualian. KLIK SINI kalau nak join...

p/s: maaf atas bahasa kasar yang ada dalam entri ni..kasar ke?


KEEP ON SMILING:)

Tag : , , ,

Takziah kepada blogger Mas Ahmad Safwan

Takziah kepada blogger Mas Ahmad Safwan

Assalamualaikum semua...

Akhirnya lepas final exam, dapat jugak aku mengupdate blog yang dah lama aku tinggalkan ni. Lama ke? Hehehe... tapi bila aku kembali je,aku dapat satu berita yang amat mengejutkan mengenai blogger Mas Ahmad Safwan dan juga blog cun nya, Mas Ahmad Safwan [dot] Com.

Rasanya tak ramai yang tahu mengenai perkara ini, aku sendiri pun baru je tahu. Mas sendiri yang bagitau aku melalui IM di Facebook. Ya,dia memang suka chat dengan aku sebab dia kata dia GAY. Opsss...terlepas pulak. Apa pun,takziah Mas...hope kau tak sedih dengan apa yang berlaku oke. Aku doakan kau yang terbaik bro. Kalau korang nak tahu apa yang berlaku, korang cuba baca ni...aku copy dari blog Mas


"Hurmmm , mas sebenarnya nak buat pengakuan dekat korang , mas akan tinggalkan www.MasAhmadSafwan.com nie ~
Mesti korang tak percaya kan ?
Ye laa , mas susah payah naikkan nama Mas sendiri memalui blog nie , lepas tu mas tetiba nak off blog , memang laa tak kan tapi tu laa hakikatnya.
Mas memang akan tutup blog nie besok dan ini adalah entry terakhir dari mas sendiri ?"

Bagi peminat tegar penulisan dan karya kreatif blogger hot tahap retis ni, mesti korang rasa macam nak touching-touching kan? Dan juga kepada member-member GAY Mas yang lain...mesti korang pon rasa cam nak nangis je bila dapat tahu pasal ni...ye tak? Tapi bagi aku...berita ni tak effect emosi aku langsung..kenapa? Haaa...korang baca ni pulak ye

"Kenapa ?
entah laa , mas pon tak tau kenapa mas nak tutup blog nie , tapi tu laa hakikatnya ( :
kalau dah terpaksa tu , jangan disuruh jangan dan biarkan jer laa kan , hik3
dan yang pasti , mas tak akan off blogging melainkan terpaksa.."

Dan aku sebagai seorang blogger yang berjiwa bersih,suci dan murni...aku akan berterus terang je dengan korang...Sebenarnya Mas Ahmad Safwan sudah beralih arah kepada sebuah projek blog baru yang lebih awesome dan grand! Ya, kali ni lebih matang dan berinformasi,insyallah....korang nak tahu tak? Kalau nak pergi kelik header blog baru iMas.my ni kuat-kuat sampai mouse korang rosak okehhh..#kbye


p/s: jom reramai wish Takziah kepada Mas Ahmad Safwan kat komen bawah ni ;p


KEEP ON SMILING:)
Tag : , , ,

Koleksi Kad Raya daripada bloggers

on Wednesday, August 31, 2011

Terkejut aku...sampai je kat rumah, aku tengok ada 3 kad raya untuk aku daripada bloggers yang memang korang kenal sangat. Siapa diorang tu? Haaa...nanti aku bagitau, korang tengok dulu kad raya cun melecun yang aku dapat..kalau tak nampak juga tak tau nak cakap ape ;(

KOLEKSI KAD RAYA DARIPADA BLOGGERS


Oke,dah tengok kan...meh baca sikit apa yang diorang tulis untuk koleksi kad raya daripada blogger pertama aku. Hehehe...takpe kan sharing..tak salah kan,ala...bukanya ada ayat-ayat censored pon...

- Khas untuk #retis #blogger #UTPbest
- ada sekeping business kad...(gila ah)

- Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
- Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan bermanfaat
- p/s: Jangan lupa buat entry dan simpan leklok ( done:D )

- Azri Johan nama empunya diri,
- Tiba masanya membeli emas sebanyak mungkin ( ENTRI INI ) entri kegemaran saya malam ini
- Blog nampak ada keunikan tersendiri namun banyak yang perlu diperbaiki lagi
- Selamat Hari Raya, Kad raya pengganti diri
- Maaf Zahir dan Batin tersalah kata + bahasa ini
- Kita manusia memang tidak dapat lari
- Maaf memaafi hidup lebih gembira dan riang hati
- Best of Luck dari Eyriqazz
- Enjoy ur Raya

Huhuhu,terharu beb...walaupun belum segenap aku berada dalam industri blogging ni tetapi sudah ramai rakan blogger yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata semangat ( ayat retis ;p ) Terima kasih semua. Insyallah aku akan simpan kad raya ni elok-elok sepertimana eloknya aku terima...maaf sebab tak dapat balas semula kad raya ni sebabnya......

...kad raya dah habis la bro.Hehehehe,boleh terima tak alasan tu? Ok,dalam kesempatan ni aku/saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada korang semua terutamanya dalam komuniti bloggers yang aku kenal dan juga yang aku tak kenal.

Maaf Zahir dan Batin...beraya lah dengan selamat. Ingat orang tersayang. Hehehe...bagi blogger UTP, jangan lupa lepas Raya korang ada final exam! Muahaha...SEDEYYHHHHHHH

p/s: time Hari Raya ni tak payah pikir trafik sangat lahhh..hehehehe ;p

KEEP ON SMILING:)

Tag : , ,

Duit Raya RM1000 dari Blog @Denaihati 2011

on Saturday, August 27, 2011


header denaihati,denaihati network,denaihati triberr,denaihati,denaihati ilhamku,blog denaihati

Ingat lagi tak entri aku semalam pasal header cool Denaihati kat SINI ? Kali ni aku join satu contest menarik daripada denaihati yang mahu memberikan RM1000 kepada blogger yang memenangi contest ini sebagai duit raya. Hehehe, korang nak join tak? Kalau nak join,cepat-cepat klik SINI sebab contest ni akan berakhir pada tengah malam ni. Pukul berapa aku pun tak tau...sorry
Ni antara link yang aku dapat jumpa...cara aku senang je. Cara seorang budak pemalas. Hehehe...lepas baca je pasal contest kat blog denaihati, aku terus klik 'rakan denaihati' kat bahagian atas page denaihati...huhu,pastu aku follow je lah arahan..klik,baca...pastu klik lagi, baca lagi...kelik kelik klik sampai laa dah tak keluar lagi link pertama pasal Rakan Denaihati Network yang mula-mula aku baca tadi...

Oke,tu je...selamat berbuka aku ucapkan kepada semua ya...oh ya, aku baru je dapat kad raya daripada blogger otai,nak tengok? Meh baca kat ENTRI INI ye...hehe,bye. Aku nak pergi mandi lak..muehehehe

KEEP ON SMILING:)

Tag : , , ,

Alhamdulillah,aku berjaya hack Admiral Hafiz

on Sunday, August 14, 2011


Assalamualaikum dan salam ramadan al-mubarak

Sementara nak menunggu waktu untuk berbuka puasa hari ni, aku nak share satu kejayaan terbesar aku dalam alam maya ni. Hari ni aku berjaya hack akaun blogger blogger #retis Admiral Hafiz. Ya,aku berjaya ceroboh masuk dashboard dia. Muahahaha (ketawa jahat) kalau korang kurang percaya...ce tengok nihhh, aku siap printscreen nihhh...


Amacam? percaya dah? lepas ni aku rasa aku nak apply untuk bekerjasama dengan Gaysec lah pulak, tak pun aku apply join Kenahack...mesti makin mantap diorang nanti. Bukan senang nak cari hacker yang power cam aku kat Malaysia nihh..

Hehehe, takde lahhh...sebenarnya ni merupakan effects kepada masalah talian internet / WiFi kat kampus UTP nihhh...entah kenapa, daripada pagi tadi dah banyak dashboard keluar kat laptop aku...ingatkan aku memang berbakat dalam bidang hacking ni...rupa-rupanya tidak. Tu pun lepas aku baca ENTRI INI

p/s: agak-agak lah kan,siapa yang bertuah dapat masuk dashboard aku?



KEEP ON SMILING:)


Tag : , , , , ,

AndyHowtt kena troll dengan MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara

on Thursday, August 11, 2011

Andyhowtt kena hentam di twitter....
kesian blogger #retis nihh.hehehe


sedikit penambahan....

Ini ke bukti Makcik bahlol tu Arlene Tan?


p/s: kes ni masih dalam siasatan..follow pendedahan kes ini di laman web rasmi GaySec

Entri HOT : APE ITU TRIBBER?

KEEP ON SMILING:)


Tag : , ,

Liku aku SEOrang blogger

on Saturday, July 30, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pengunjung blog smile:) tak kisah korang ni seorang blogger macam aku ataupun tidak. Semua aku layan sama rata, tiada beza sikit pon antara blogger dengan mereka-mereka yang bukan blogger ya!

Kali ni aku nak buat entri dengan tajuk "Liku Aku Seorang Blogger". Ni adalah entri penyertaan dalam satu pertandingan khas untuk para blogger yang memiliki blog. Aku saja je join. Tak salah mencuba kan...sebab nya sejak menjadi blogger bermula awal tahun ni, ni la kali pertama aku jumpe contest menarik macam ni.


Contest ni bertemakan SEO. nak tau ape tu SEO, jangan malas tuk baca kat SINI sebab aku dah pernah cerita dah pasal SEO ni kat SITU. Tapi aku kompom 50% blogger yang membaca entri aku ni dah tau ape itu SEO kan?


Actually, keyword untuk kategori ni ialah 'aku seorang blogger' then bila aku google keyword tu. aku rasa dah terlalu banyak blogger yang menggunakan keyword yang sama. Jadi nya aku dah list kan beberapa keyword sampingan untuk dijadikan title post kali ni...ni dia list nya:
  • kisah aku seorang blogger
  • cerita aku seorang blogger
  • liku aku seorang blogger


    Disebabkan dua title atas tu dah ada blogger yang guna iaitu syazwansarawak dan akmalhilmi...aku decide la amik title yang ke tiga untuk entri ni. Liku Aku SEOrang Blogger




    Sebelum aku nak proceed, kalau korang nak kenal aku dengan lebih detail lagi, jangan segan silu klik SINI untuk baca biodata pasal diri aku ni okay. setakat kenal aku sebagai seorang blogger je masih belum mencukupi ye...bace lebih detail lagi elok kan?


    TOP SEARCH:

    Sebenarnya sebelum ni, aku tak pernah terpikir pon nak ade sebuah blog dan menjadi seorang blogger. serius,selama ni pon aku cuma membaca blog-blog daripada blogger lain. Tak kisah la blogger tu TOP atau tidak, jika ada entri yang best je mesti aku singgah baca kejap.

    Tapi,lepas aku abes SPM dan duduk menganggur kat rumah, aku rasa aku perlukan satu hobi untuk mengisi masa lapang. yela, takkan laa asyik nak melayan facebook dengan game je kan. boring la jugak kan kalau dah tiap-tiap hari layan rutin yang same jekk. Kalau jadi blogger, dapatlah mempelbagaikan kegunaan internet aku kan. betul tak?

    then, aku pon decide laa untuk membina sebuah blog dengan address ni: azrijohan.blogspot.com tanpa aku kaji dan selidik dulu liku yang ada dalam dunia blog ni. ya, aku sengaja memilih nama aku sendiri sebagai url blog ni. sejak daripada hari tu,aku bergelar blogger boy dengan panggilan azrijohan ..hehehe:D


    kenapa aku guna nama aku sendiri? sebabnya simple jekkk. adik korang yang sekolah rendah pon tau kot, iaitu untuk make sure orang lain tau blog ni blog aku. cuba korang bayang kan, kalau la aku letak nama yang pelik-pelik, korang tau ke blog ni blog sape sebelum korang check biodata blogger @ penulis ? mesti tak kenal kann...so,ni merupakan salah satu cara aku nak menjenamakan nama aku sendiri. Ceh,bajet #retis lettewwww~ 



    jujur aku cakap laa, aku tak kenal pon dunia blog ni sebelum aku menjadi seorang blogger yang aktif macam sekarang. apatah lagi nak tau segala liku sebagai seorang blogger dan juga top-top blogger  yang ada di Malaysia ni macam denaihati dan ben ashaari tu...memang haremmm laa. haha...lepas tu,aku belajar sedikit demi sedikit. Macam bayi baru belajar merangkak...

    aku berblog ni pun dulu suka suka je. aku still ingat lagi, aku start buat blog ni pada tanggal 31 Ogos, ehhh bukan...2 Feb 2011 lahhh. haha, time ni pon aku tengah cuti Pogram Latihan Khidmat Negara (PLKN) sempena perayaan Tahun Baru Cina kot kalau tak silapp laaa..ce bace post pertama blog ni kat  SINI..

    aku ingat nak jadi kan blog ni ala-ala diari aku, tapi bila dah lama-lama...ke lain pulak dahh hala tuju blog aku ni. macam-macam aku dok merepek dalam ni.tak percaya? tengok jelah page kat bawah header blog smile aku ni, macam macam kategori ade....contoh nye macam ni
    Dan lepas lebih daripada 3 bulan menjadi blogger ni, aku dah menetapkan hala tuju dan target utama aku sebagai seorang blogger yang ingin aku capai dalam dunia blog ni. Aku mahu menjadi blogger yang memberikan pelbagai info dan maklumat secara santai kepada para pelawat yang singgah di blog ni.

    Aku juga akan cuba membantu blogger blogger lain yang memerlukan bantuan terutama nya bagi blogger baru dan newbie. Insyallah aku akan kongsikan apa sahaja yang aku tau sepanjang bergelar seorang blogger ni. Dan aku juga berharap blog aku ni dapat menjadi tempat interaksi antara aku dengan blogger blogger lain...saling berkenalan dan bertukar-tukar pendapat. Kan elok macam tu...

    dan alhamdulillah, berkat usaha dan sokongan ramai..blog aku ni berada dalam pencapaian yang baik jugak laa bagi blogger macam aku yang masih fresh dan 'newbie' ni. antara rekod dan liku serta cabaran yang aku tempuh sepanjang berblogging ni pon aku dah rekodkan..kalau korang nak tengok,boleh je..share sikit takpe kan.jangan marah pulak ehh

    meh sini aku tunjuk sikit ye...

    aku seorang blogger
    aku seorang blogger

    aku seorang blogger

    aku seorang blogger





    aku seorang blogger





    aku seorang blogger





    aku seorang blogger


    info: trafik blog ni cuma 100+ je sehari

    UPDATE
    alexa ranking untuk 23 julai 2011

    aku seorang blogger


    pengalaman aku dalam blogging ni takde laaa banyak mane, tapi kalau nak cerita kan pasal liku yang pernah aku rasa ialah...blog smile:) aku ni telah pon di hack oleh anonymous...si hacker tu. sebab ape die hack pon aku tak tau dan malas nak ambik tau. Maybe hacker tu seorang blogger jugak kan. entah laaa,aku pon tak nak tau pape...

    yang penting blog aku dah selamat sekarang ni dan die pon tak buat bende-bende pelik kat blog ni....nak tengok kesan blog ni dihack? klik je SINI. Aku tak rasa nak delete entri anonymous tu sebab tu salah satu kenangan aku sebagai seorang blogger.

    anonymous la konon nye

    Lagi cabaran dan liku aku sebagai seorang blogger ialah untuk meletakkan blog aku ni di ranking yang terbaik dalam Alexa. Bukan senang nak mengatasi berjuta-juta blog yang ada di Malaysia ni, apetah lagi kat dunia... 

    Tapi aku bersyukur juga kerana setakat ini, kedudukan blog aku dalam Alexa semakin bertambah baik, sangat berbeza daripada kali pertama aku check menggunakan Alexa

    iklan sebentar,rileks dulu:

    so,selepas 5 bulan dalam dunia blogging ni, macam macam ragam  dan telatah blogger yang aku dapat tengok dan perhatikan..biasa la kot, lain orang lain cara...rambut je same hitam tapi hati lain-lain. Betul tak?

    aku bersyukur sebab lebih ramai blogger macam penulis senja, bangku kosong, jamal, bro wacana dan lain lain yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada aku daripada yang selalu kondem blog aku ni gila-gila. ada oke,bukan nye takde...

    biarlah dia, aku tak terasa apa pon dengan respon die tu. bukan sebab berlagak diva ke ape,tapi sebab kalau niat die nak tegur tu, cuba lah dengan cara yang elok dan lebih berbahasa.. lagipun,bila aku pergi jenguk blog die balik... aku macam nak tergelak pon ade..sebab nya...err,korang pikir la sendiri ye. mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

    sebab tu lah, aku suka ingat kan kepada blogger blogger yang baru sahaja menceburkan diri dalam arena blogging ni supaya lebih kuat dan tabah. macam-macam benda ada dalam dunia blogging ni yang korang mungkin pertama kali lihat dan rasai. Serius, banyak liku seorang blogger terpaksa tempuh kalau betul-betul serius nak blogging

    jangan mengharapkan nak popular dan top dalam blogging ni sebab ia nya agak sukar di capai tapi bukanlah sesuatu yang mustahil. asal ada usaha yang gigih,segalanya boleh dicapai bukan? tapi pastikan korang tak guna taktik kotor yang agak kurang disenangi oleh blogger lain. Sebab nanti korang jugak yang susah...

    bagi mereka yang nak tips blogging yang tak seberapa daripada aku, boleh la ke SINI...aku takde laa nak rahsia-rahsia kan tips ni.. lagipun ilmu aku ni amatlah sedikit kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain. dengan perkongsian ni, aku harap dapat la membantu sikit sikit untuk korang dalam ber-blogging oke...

    Kalau nak belajar lebih mendalam mengenai dunia blog ni, aku syorkan korang rajin-rajin lah jenguk blog diorang ni. Insyallah korang dapat belajar sesuatu dan maybe dapat mengurangkan liku yang akan ditempuh sebagai seorang blogger. mereka aku anggap macam cikgu laaa..hehe,ni dia list nya:

    • Pendekar Berkuda
    • Jamaluddin.net
    • Izamir Ridzuan
    • Hasrul Hassan
    • Umar Faruq
    • Ariff Shah
    • Izwan Yusof
    • Faisal Abdullah

    ada banyak lagi sebenarnya tapi aku tak ingat laaa,ni pulak senarai blog yang aku selalu baca sebab blog diorang ni best gila beb! tak percaya,cubalah...

    • from me to you
    • yuyu zulaikha
    • abang zam
    • myz ziema
    • kari ngeri


    sekian saja entri panjang lebar aku ni untuk kali ni,jangan pelik pasal penggunaan word 'blogger' yang bersepah kat dalam entri ni sebab aku memilih keyword Aku Seorang Blogger sebagai keyword yang akan dipertandingkan dalam contest lumayan ni...korang tak nak try skill SEO korang ke? jom le join sekali wehhhh...kalau kalah pon kita dapat la sedikit ilmu pasal SEO ni.betul kan? ok lah...tu je bebel aku takat ni...doakan aku menang ye.TQ

    sekian,terima kasih.

    aku pon dah menetapkan tagline sendiri untuk blog ni,iaitu:

    LIKU AKU SEORANG BLOGGER
    “Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone dan MJ“.

    Tag : , , , , , , , ,
     
    © Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
    Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog