Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts
Home > Posts filed under blog
Masalah Blog Tak Boleh Akses
on Thursday, March 28, 2013 at 10:11 AM
Sudah hampir sebulan lamanya aku tak update blog walaupun sekarang ni tengah bercuti.
Tulah, kalau sebelum ni memang rancang nak update blog setiap hari ketika waktu cuti tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan selebihnya terletak bawah kuasa Nya untuk menentukan.
Walaupun tidak dikemaskini, aku masih lagi melawat blog www.azri.my ini terutamanya kalau ada komen-komen terbaru daripada para pembaca.
Tak sangka, entri terakhir mengenai Rahsia Cantik Selebriti Ternama mendapat sambutan meriah rakan blogger dan pembaca semua. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca dan tinggalkan komen.
Tapi pagi ni, ada sedikit masalah timbul. Macam biasa, aku akan buka blog aku untuk melihat-lihat keadaan di sini, malangnya blog ini tidak dapat diakses seperti biasa.
Apa yang ada hanyalah robot Google yang menyatakan URL blog ini bermasalah pada DNS lah apa lah, lepas tu suruh setting macam-macam pulak pada browser.. Haishh memang pening kepala.
Sebab takde mood nak ikut semua yang diarahkan, aku pun cuba lah refresh page www.azri.my banyak-banyak kali.. mana tahu ada rezeki boleh akses balik kan.
Alhamdulillah dapat jugak aku akses selepas berpuluh-puluh kali refresh page ni. Rasanya ini alamat yang diberi untuk aku update blog kot, hehehe..
Vlog Fatin Liyana di YouTube
on Thursday, January 10, 2013 at 12:46 AM
Baru je update pasal blogger Fatin Liyana dalam entri post 10 Blogger Terbaik Malaysia dan kini, blogger yang juga merupakan seorang doktor ini mula membuat vlog (video+blog) di akaun YouTube nya.
Video terkini yang dimuat naik oleh Fatin Liyana sendiri bertajuk, Suara Halus Bukan Bermaksud Gedik yang menjelaskan perkara sebenar disebalik kata-kata negatif yang dilemparkan oleh haters FL di luar sana.
So, kalau korang nak tau apa yang diceritakan dan disampaikan oleh Fatin Liyana dalam vlog nya tu, korang tengok lah sendiri video kat bawah ni ya. Sekian terima kasih.
Vlog Fatin Liyana di YouTube
Pening Kepala Uruskan Domain Blog
on Sunday, November 18, 2012 at 7:49 PM
Sekarang ni rasa pening pulak kepala uruskan domain blog aku semua ni. Sekarang ni aku ada 3 domain blog yang berbeza, cuma sama pada page rank sahaja. Semua domain ni berstatus PR1.
Mulanya memang sekadar berblogging gunakan domain percuma blogspot.com je tapi entah macam mana terpanggil untuk gunakan domain dot com pula. Masa nak tukar ni memang banyak kali juga lah fikir, yelah domain blogspot ni pun status PR2 kot masa tu..
Masa nak beli domain dot com sendiri ni, aku ingat boleh lah order domain azri.com saja, nampak mudah dan sesuai dengan nama aku sendiri tetapi malangnya domain tersebut sudahpun dibeli oleh orang lain.
Masa tu barulah aku tau domain dot com empat huruf ni memang dah habis dijual semuanya. Kecewa betul, sedih pun ada tapi nak buat macam mana kan dah memang bukan rezeki aku.
So aku teruskan juga beli nama domain azrijohan.com dan ramai rakan blogger yang mengenali aku dengan nama Azri Johan sekarang ni.
Tak lama lepas blogging dengan domain azrijohan.com, ternampak pula promosi untuk register domain dot my pada harga yang lebih murah daripada harga biasa.
Mulanya aku tak tertarik dengan tawaran ni sebab malas nak tukar domain lagi, tapi lepas aku check azri.my masih available dan boleh dibeli, aku pun terus je beli tanpa berfikir panjang. Bimbang nama azri.my ni pun diambil orang, melepas pulak nanti.
Dengan domain azri.my ni pada mulanya aku buat satu blog khas dengan niche technology. Malanganya ianya tidak dapat diteruskan sebab masalah hosting yang tak dapat diatasi. Nasib aku baik sebab domain baru ni diterima menjadi Publisher Innity selepas sebulan setengah saja digunakan.
--------------------------
So sekarang ni aku ada 3 domain yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri, sampaikan aku sendiri pening kepala memikirkan apa yang perlu aku buat dengan ketiga-tiga domain ni.
Rileks and keep calm, aku akan buat beberapa eksperimen dengan domain-domain ni semua dan aku juga akan pastikan domain2 aku ni tidak mati macam tu je. Hehehe..
Siapa ada idea bernas untuk kongsikan dengan aku? Anyone?
Giveaway Kaspersky 2013 by HasrulHassan.Com
on Wednesday, October 17, 2012 at 10:50 PM
Terkejut dengan kehadiran beberapa muka baru yang meniggalkan komen di blog picisan aku ni. Aku fikir mereka ni bots yang diupah, rupanya tidak. Diorang merupakan kenalan blogger baru yang datang daripada blog HasrulHassan yang boleh dianggap sifu dalam dunia blog Malaysia ni.
Nak tahu macam mana diorang semua boleh datang ke blog aku? Maybe korang patut baca apa yang ditulis oleh saudara HasrulHassan dalam entrinya yang bertajuk Blogger Azri Johan Memang Melampau!
Nak tahu macam mana diorang semua boleh datang ke blog aku? Maybe korang patut baca apa yang ditulis oleh saudara HasrulHassan dalam entrinya yang bertajuk Blogger Azri Johan Memang Melampau!
Jadi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak azri.my, aku dengan berbesar hatinya menyokong Giveaway yang dianjurkan oleh HasrulHassan ni.
Tambahan pula, hadiahnya memang aku dah lama nak, tapi tak dapat-dapat sampai lah sekarang ni. So rasanya kalau ada peluang dan rezeki lebih boleh jugak menang Anti Virus ni... Hehehe..
And untuk mencapai tujuan tersebut, aku tak galakkan korang join Giveaway Buat Follower HasrulHassan.Com ni sebab kalau korang join nanti chance aku untuk menang dah bertambah susah la, ye dak? Hehehe..
And untuk mencapai tujuan tersebut, aku tak galakkan korang join Giveaway Buat Follower HasrulHassan.Com ni sebab kalau korang join nanti chance aku untuk menang dah bertambah susah la, ye dak? Hehehe..
So sekian saja entri kali ini, semuga kita ketemu lagi di lain masa ye dong.. aku mau tido kerana hari sudah malam. Byebyeee ;)
Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012
on Wednesday, September 05, 2012 at 4:36 PM

Blog di Malaysia semakin bertambah setiap hari. Ramai orang yang telahpun mempunyai sekurang-kurangnya sebuah blog sama ada menggunakan domain percuma daripada blogspot, wordpress ataupun menggunakan domain berbayar seperti dot com, dot my dan sebagainya.
Perkembangan ini mendatangkan banyak kesan dan kepelbagaian dalam niche blogging membuatkan dunia blogosphere semakin meriah dan menarik. Kali ni aku mahu kongsikan Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012 pada pandangan peribadi aku sendiri. Berikut merupakan senarainya:
TOP 5 BLOGGER MALAYSIA TAHUN 2012
Top 5 Blog di Malaysia ni aku susun mengikut urutan bermula daripada tempat ke-5. Jom kita tengok blog siapakah yang tersenarai dalam top 5 ni.
Tempat ke 5: Blog Denaihati

- Link: http://denaihati.com/
- Pagerank: 4
- Niche: tidak tetap/ bebas
Ulasan: Blog denaihati ni merupakan sebuah blog yang terkenal di negara kita kerana program intensif tunai yang memberi peluang kepada blogger lain menjana pendapatan sampingan. Selain itu, blog denaihati juga sama seperti blog lain yang menceritakan pelbagai kisah kehidupan serta ilmu SEO blog.
Tempat ke 4: Blog Fatin Liyana

- Link: http://honeykoyuki.blogspot.com
- Pagerank: 4
- Niche: perkongsian peribadi
Ulasan: Blog Fatin Liyana (FL) lebih menumpukan kepada perkongsian pengalaman FL sendiri seperti melancong ke Korea. Sebelum ni FL juga banyak menulis tentang halatuju selepas SPM memandangkan beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia dalam jurusan medik.
Tempat ke 3: Blog Amanz

Ulasan: Blog Amanz kira blog wajib singgah setiap hari terutamanya bagi mereka-mereka yang dahaga kan informasi dalam dunia teknologi dalam bahasa melayu. Blog amanz memang terbaik dalam bab ni sebab lebih daripada 3 post ilmiah berkaitan komputer dan teknologi dipost disini dalam masa sehari. Perghh...
Tempat ke 2: Blog Sokernet

Ulasan: Inginkan ulasan bola sepak yang jujur tanpa sebarang rasuah? Blog Sokernet adalah tempatnya. Di sini terdapat ramai penulis yang pakar dalam hal ehwal bola sepak dunia terutamanya EPL yang menulis dengan penuh semangat patriotik. Paling penting sekali, penulis blogserius yang bernama Obefiend juga merupakan salah seorang team penulis Sokernet.
Rasanya cukuplah semua senarai Top Blog Malaysia 2012 pilihan aku. Semua blog yang tersenarai di atas memiliki kualiti serta kekuatan mereka yang tersendiri. Sebenarnya banyak lagi blog diluar sana yang jauh lebih baik daripada apa yang pernah kita semua jumpa dan baca, cuma mereka tidak menonjolkan diri kerana lebih selesa dalam mood underground.
Oh ya, untuk Tempat Pertama dalam senarai Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012 ni aku memang sengaja tak letak. Kenapa? Sebab aku tak larat nak listkan semua link blogger Malaysia dalam ni.
Yup, blog anda adalah BLOG TERBAIK di Malaysia. Mungkin tidak ramai yang bersetuju jika anda katakan bahawa blog andalah yang terbaik di Malaysia ataupun di dunia sekalipun tetapi jangan putus asa.
Aku tahu, yakin dan percaya yang semua blogger di negara ni yang berusaha bermatian-matian untuk menjadikan blog mereka terbaik dan diiktiraf oleh ramai orang. Sabarlah, giliran anda pasti tiba tidak lama lagi asalkan korang semua tidak mudah mengalah dan berusaha untuk mencapainya dengan cara yang betul. Goodluck semua ;D
Tempat ke 3: Blog Amanz

- Link: http://amanz.my/
- Pagerank: 4
- Niche: Info Komputer & Teknologi Semasa
Ulasan: Blog Amanz kira blog wajib singgah setiap hari terutamanya bagi mereka-mereka yang dahaga kan informasi dalam dunia teknologi dalam bahasa melayu. Blog amanz memang terbaik dalam bab ni sebab lebih daripada 3 post ilmiah berkaitan komputer dan teknologi dipost disini dalam masa sehari. Perghh...
Tempat ke 2: Blog Sokernet

- Link: http://sokernet.blogspot.com/
- Pagerank: 3
- Niche: Dunia Bola Sepak dan yang sewaktu dengannya
Ulasan: Inginkan ulasan bola sepak yang jujur tanpa sebarang rasuah? Blog Sokernet adalah tempatnya. Di sini terdapat ramai penulis yang pakar dalam hal ehwal bola sepak dunia terutamanya EPL yang menulis dengan penuh semangat patriotik. Paling penting sekali, penulis blogserius yang bernama Obefiend juga merupakan salah seorang team penulis Sokernet.
Rasanya cukuplah semua senarai Top Blog Malaysia 2012 pilihan aku. Semua blog yang tersenarai di atas memiliki kualiti serta kekuatan mereka yang tersendiri. Sebenarnya banyak lagi blog diluar sana yang jauh lebih baik daripada apa yang pernah kita semua jumpa dan baca, cuma mereka tidak menonjolkan diri kerana lebih selesa dalam mood underground.
Oh ya, untuk Tempat Pertama dalam senarai Top 5 Blogger Malaysia Tahun 2012 ni aku memang sengaja tak letak. Kenapa? Sebab aku tak larat nak listkan semua link blogger Malaysia dalam ni.
Yup, blog anda adalah BLOG TERBAIK di Malaysia. Mungkin tidak ramai yang bersetuju jika anda katakan bahawa blog andalah yang terbaik di Malaysia ataupun di dunia sekalipun tetapi jangan putus asa.
Aku tahu, yakin dan percaya yang semua blogger di negara ni yang berusaha bermatian-matian untuk menjadikan blog mereka terbaik dan diiktiraf oleh ramai orang. Sabarlah, giliran anda pasti tiba tidak lama lagi asalkan korang semua tidak mudah mengalah dan berusaha untuk mencapainya dengan cara yang betul. Goodluck semua ;D
http://denaihati.com
on Friday, July 06, 2012 at 10:37 AM
http://denaihati.com
Rasanya lebih daripada 80 peratus follower dan pembaca kat blog aku ni tahu dan kenal dengan blog denaihati ni, yang juga best of the best blog of the year 2012. Mungkin korang juga merupakan salah seorang pembaca tegar blog denaihati setiap hari, sama seperti aku.
Siapa-siapa yang baru first time dengar, boleh la cuba lawat blog denaihati sekarang. Banyak info dan artikel yang penuh informasi boleh diperoleh dalam blog tersebut. Tak lupa jugak, korang boleh dapat banyak hadiah yang gempak. Serius tak tipu.
BACA JUGA: Eyriqazz VS Denaihati | Bila dua otai bergaduh..

p/s: ni luahan ikhlas, tidak di sponsor okay :D
Ambil Kesempatan
at 4:17 AM
Ambil Kesempatan
Ah, abaikan gambar kat atas ni sebab memang tak berkait langsung. Hehe.. Aku sebenarnya just nak bagitau yang aku sedang mencuri ataupun ambil kesempatan untuk online dan update blog.
Yelah, kan dah bagitau aritu yang aku dalam mood Cuti-cuti Malaysia dan mungkin tidak update selama dua ataupun tiga hari, so memang contest Eyriqazz VS Denaihati tu terabai lah nampaknya tanpa post baru untuk menyokong. Takpelah, kalau ada rezeki tak kemana, betul tak? Hehehe..
Jadi korang kena ambil kesempatan untuk boost up blog korang dalam contest ni, insyallah jikalau ada ruang dan masa seperti sebelum ni aku akan kembali dan tulis entri baru pasal entri ni yang aku dah lama fikir nak buat, tapi tak kesampaian. Hope lepas ni dapatlah.. doakan lah ye, terima kasih semua.
p/s: sambung tido balik, z Z z ~
Kalau Berani, Copy Paste lah Entri Aku Ni !! Dasar Pencuri Sialan!!
on Saturday, June 30, 2012 at 12:18 PM
Asslamualaikum semua
korang pernah rasa tak entri dalam blog kesayangan korang kena copy dengan blogger lain? Mesti rasa bengang gila kan! kalau laa blogger tu ade kat depan mate, confirm dapat penerajang jepun ye tak? Ape die ingat senang ke kita nak menaip entri macam tu...tak kisah la panjang ke pendek,susah jugak pe nak buat...dia pulak, sesuka hati makcik die je rembat entri tu...puihh la,macam sial !! geram aku geram !
![]() |
| geram versi comel |
![]() |
| warghhh !! Makan Budakkkk !! |
rileks laaa...
Korang tau tak sebenarnya korang jugak yang untung kalau ade blogger lain copy paste entri korang tu...tak percaya? meh sini aku tunjuk kan bukti dia..bangku kosong @ hasrul hassan said:
haaa,dah baca? nampak kan betapa untung nya kita jika ada orang lain yang copy paste penulisan kita dalam blog ataupun laman web mereka. entri ni pon aku buat sebab aku terbaca banyak blogger yang meluah kan rasa tak puas hati terhadap si copycat yang suka meniru entri entri mereka...jangan la macam tu,take it positively okay
Buang jauh jauh perasaan kedekut tu. Sharing is caring. jadi tak salah la kalau diorang nak copy entri kita dan paste dalam blog diorang pula. tak paham lagi? takpe takpe,meh sini aku list kan sudut positif aktiviti copy paste ni dalam kehidupan seorang blogger dan blognya..cewah
1.Entri korang menarik dan sesuai dikongsi untuk tatapan ramai
faktor utama diorang copy entri tu mesti lah sebab entri korang tu menarik dan ada something tersirat. senang cite, entri korang tu best la...gempak gitu. tapi kalau entri best tapi setakat 2,3 orang je bace tak guna jugak kan...so,jangan la marah kalau diorang tiru ye.
2.Tingkatkan trafik yang masuk dan baca entri korang tu
bila depa copy dan paste entri korang yang best gila tu dalam blog diorang,mesti la pembaca dan visitors daripada blog diorang akan datang ke blog korang jugak. mereka mungkin nak tahu siapa penulis asal yang buat entri macam tu. untung nya nanti korang juga kan,yelaa bila tiba tiba je trafik mencanak naik padahal tak promote @ ping kat mane-mane pon. best kan gitu..
3.increase your Page Rank
stylo tak aku taip dalam omputih? hahaha....point ke 3 ni paling susah nak dapat. ape tu page rank? entah laa, aku pon tak berapa nak tahu..tapi ikut apa yang aku faham la kan,page rank ni ialah ranking blog kita dalam google search. kalau nak check,bole check kat SINI. selalu nya blogger yang otai-otai ni PR diorang memang tinggi..takat blog cikai macam aku ni,PR kosong jekk...ya,ZERO (sekarang dah 2)
4.meningkatkan populariti korang secara automatik
yang ni pulak amatlah sesuai bagi blogger-blogger yang berblog sebab nak fofular dan feymes macam #retis (artis) cuba bayangkan,kalau dah ramai datang nak baca entri korang...mesti la diorang nak follow blog korang dan bace profile korang kan kan...bila dah gitu,tak mustahil korang dapat kalahkan top top blogger kat Malaysia ni dengan sekelip mata jek <---hiperbola sikit ni,jangan marah aku ye kawan kawan
dah,tu je serba sedikit dari aku..sikit ke? hahaha..ade 4 point je kan,sikit la tu.hehehe...ala,bukan nye selalu pon aku buat entri panjang berjela macam ni. ni kali ke 3 kot lepas cerita pasal facebook ngan myspace dulu tu.eh kejap,lupa pulak...ade sedikit penambahan
kepada copycat ataupun sape-sape je yang rasa nak copy entri korang dan paste dalam blog korang, tolongggg la bagi backlink kat tuan punya entri tu ye. jangan la pulak korang nak buat entri tu jadik hak milik sepenuhnya oke..kalau tak,memang patut pon korang kena maki hamun dengan tuan punya entri tu
sekian saja perkongsian aku kali ni, korang amatlah dialu-alukan untuk copy paste entri aku ni dalam blog korang dan backlink kan balik kat sini oke.. sharing is caring. kalau suka,klik 'like'...kalau rasa nak komen,boleh jugak...kalau tak suka,mintak maaf. ok,bye
p/s: ni entri lama yang aku edit semula untuk perkongsian dengan semua
KEEP ON SMILING:)
Tak Perlu Keluar Duit Untuk Beli Domain
on Monday, June 25, 2012 at 4:52 AM
Nampaknya entri Denaihati yang bertajuk Domain Blog Mahal betul-betul menarik perhatian ramai blogger; sama ada yang menggunakan domain percuma (dot blogspot/dot wordpress) ataupun yang menggunakan domain khas pilihan masing-masing seperti dot com/net/info/my dan banyak lagi.
Tak Perlu Keluar Duit Untuk Beli Domain
Pelbagai komen yang ditinggalkan oleh pembaca yang singgah membaca entri daripada blog Denaihati tersebut. Ada yang positif, dan ada juga yang negatif. Tak kurang juga yang menghasilkan feedback serta pandangan mereka sendiri mengenai topik "Domain Blog" ini...tetapi percaya tak korang kalau aku cakap sebenarnya kita TAK PERLU KELUAR DUIT UNTUK BELI DOMAIN blog.
Sebenarnya entri ni tercipta selepas aku membaca post zulseffort Duit Gushcloud Cukup Untuk Beli Domain, dan aku mahu menegaskan bahawa apa yang ditulis dalam entri tu memang ada benarnya. Itu pun kalau korang semua rajin belajar dan juga berusaha untuk menjadikannya kenyataan.
Contohnya macam aku sendiri lah kan, masa awal-awal nak beli domain blog untuk azrijohan.com, aku tak keluarkan duit poket sendiri sebaliknya menggunakan duit hasil blogging daripada Nuffnang sahaja. Masa tu duit nuffnang baru je cashout RM100 selepas tujuh bulan meletakkan iklan Nuffnang dalam blog ni.
Tu dulu, sekarang ni dah macam-macam alternatif buat duit online yang boleh korang lakukan. Ada banyak, dan mudah-mudah pula tu. Contohnya macam Gushcloud, dengan ReTweet dan Like sahaja sudah membolehkan korang mengumpulkan wang secara online. Buktinya, aku berjaya mendapat RM120 Sebulan Dengan Gushcloud sahaja.
Hendak seribu daya, jadi jangan jadikan alasan domain mahal sebagai penghalang untuk memiliki domain sendiri. Ada pelbagai alternatif lain yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.
Sekarang ni pun, harga domain dot com dah semakin murah, beli lah pakej Hosting Denaihati, korang akan dapat domain percuma sekali. Kan best tu...harga dah la murah gila! Serius susah nak jumpa pakej murah camni. Jadi, jangan lepaskan peluang k..
Bagi yang berminat nak membeli domain blog, korang patut tahu beberapa aspek yang perlu dititik beratkan sebelum membeli nama domain untuk blog tu nanti. Baca kat Tips Beli Domain Name untuk penjelasan yang lebih clear lagi.
Sebenarnya entri ni tercipta selepas aku membaca post zulseffort Duit Gushcloud Cukup Untuk Beli Domain, dan aku mahu menegaskan bahawa apa yang ditulis dalam entri tu memang ada benarnya. Itu pun kalau korang semua rajin belajar dan juga berusaha untuk menjadikannya kenyataan.
Contohnya macam aku sendiri lah kan, masa awal-awal nak beli domain blog untuk azrijohan.com, aku tak keluarkan duit poket sendiri sebaliknya menggunakan duit hasil blogging daripada Nuffnang sahaja. Masa tu duit nuffnang baru je cashout RM100 selepas tujuh bulan meletakkan iklan Nuffnang dalam blog ni.
Tu dulu, sekarang ni dah macam-macam alternatif buat duit online yang boleh korang lakukan. Ada banyak, dan mudah-mudah pula tu. Contohnya macam Gushcloud, dengan ReTweet dan Like sahaja sudah membolehkan korang mengumpulkan wang secara online. Buktinya, aku berjaya mendapat RM120 Sebulan Dengan Gushcloud sahaja.
Hendak seribu daya, jadi jangan jadikan alasan domain mahal sebagai penghalang untuk memiliki domain sendiri. Ada pelbagai alternatif lain yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah tersebut.
Sekarang ni pun, harga domain dot com dah semakin murah, beli lah pakej Hosting Denaihati, korang akan dapat domain percuma sekali. Kan best tu...harga dah la murah gila! Serius susah nak jumpa pakej murah camni. Jadi, jangan lepaskan peluang k..
Bagi yang berminat nak membeli domain blog, korang patut tahu beberapa aspek yang perlu dititik beratkan sebelum membeli nama domain untuk blog tu nanti. Baca kat Tips Beli Domain Name untuk penjelasan yang lebih clear lagi.
p/s: banyak tips dalam entri ni, siapa tak grab memang rugi...
Aku Diserang Oleh Azie Yahya
on Saturday, June 23, 2012 at 9:04 PM
Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
![]() |
| Carian keyword ni Nuffnang analytics |
AZIE YAHYA menyerang carian keyword dalam blog azrijohan.com ni dengan jumlah carian yang agak tinggi. Seriously rasa terkejut gila kot, sebab tiba-tiba je ramai orang yang search nama azie yahya ni. Nak kata dia ni lelaki kacak, tak mungkin kot..
Yang bestnya, aku sendiri baru first time dengar nama Azie Yahya ni. Siapa dia ni? Benda pertama yang aku fikir mesti dia ni artis dan baru-baru ni mesti ada kontroversi yang berlaku melibatkan nama azie yahya, sebab tu ramai yang nak sangat tahu and terus je google nama dia. Tapi ni cuma andaian je okay, and secara jujurnya sehingga post ni ditulis aku masih belum tau siapa azie yahya ni. Terasa malas pulak nak buat research...
Oh ya, hari ni aku ada aktiviti yang perlu dilakukan. Mungkin blog ni akan ditinggalkan buat seketika. Jangan risau, kalau ada masa terluang nanti aku akan sambung berkongsi ilmu mengenai Gushcloud, medium jana duit online paling best setakat ni. Untuk saat ni, korang boleh baca dulu Tutorial Register dan Guna Gushcloud dengan berkesan. Sekian terima kasih.
KEEP ON SMILING:3
5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya
on Thursday, June 07, 2012 at 11:06 AM
5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya

Assalamualaikum dan salam 1Dunia. Kali ni nak share 5 peraturan yang wajib dipatuhi oleh blogger. Lebih-lebih lagi kalau blogger tu blogger yang berjaya...sebab tu laa aku bubuh tajuk entri ni 5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya. So,kalau korang nak menjadi berjaya, kena lah patuh kepada peraturan yang aku listkan ni. Bukan korang je..aku pon kena follow rules basic ni. Mungkin terlepas pandang juga kadang-kadang.
5 peraturan wajib dipatuhi blogger berjaya
1. Jangan jadikan plagarism sebagai hobi dalam blogging ni..
Maksud plagarism kat sini ialah korang copy paste 100% entri orang lain ataupun apa-apa info dalam website lain. Kalau sembilan puloh sembilan peratus meniru pon masuk dalam kategori plagiat jugak. Lain lah kalau korang ambil cebisan pendapat untuk menguatkan entri korang dan memberikan kredit kepada pemilik asal,boleh dimaafkan lagi. Aku rasa lah kan aku macam pernah buat entri yang ala-ala copy paste ni...kalau nak baca jemput lah KLIK SINI
2.Pastikan mendapat kebenaran kalau nak mencilok
Mencilok ataupun mencuri takpun merembat..salah,memang salah malah satu perbuatan yang sangat di benci. Terkutuk? boleh jugak laaa...Tapi semua ke-negatif-an sifat ni boleh korang neutral kan dengan memohon kebenaran tuan sebenar kalau korang nak rembat idea dia.Maksudnya kat sini korang minta kebenaran dan tulis entri yang sama selepas dapat kebenaran...kalau dia tak bagi, jangan pulak nak memandai-mandai publish jugak..memang cari penyakit tu nama nye. Lebih-lebih lagi kalau korang ni jenis blogger yang suka tiru bulat-bulat keseluruhan entri..kompem kantoi bodoh le tak lama pastu. so,beware!
3.Hati-hati dengan Copyright
Jangan ingat korang dah copas entri orang, korang boleh larikk bawak diri tu jauh-jauh. Lu silap bro...negara kita ada juga kuatkuasakan undang-undang yang sangat ketat mengenai copyright ni. Kalau korang tersilap copy tak kisah la gambar ke, entri ke, hapee ke,..korang boleh didakwa di bawah akta 'Copyright Act 1987 (Malaysia)' kalau korang dah kena saman jap lagi...sediakan je laa duit Nuffnang tu banyak-banyak ye ;p
4.Mencipta dan menyebarkan FITNAH
Fuhh,ni lagi dahsyat ni...asal dengar je cerita HOT dan gempak, mesti menggigil tangan nak update cerita yang sama. Kononya target untuk SEO...lantak pi laa cite tu betul ke tidak ke...janji trafik yang masuk mengalir macam air terjun,laju jek...Aku tak nafikan dugaan macam ni memang cukup kuat sampaikan aku sendiri pon kadang-kadang terlupa pasal ni...jadi lepas ni aku menyeru kepada diri sendiri dan korang semua...pastikan dahulu kesahihan sesuatu cerita baru lah kita publish...itu lebih baik dan selamat bukan?
5.Jagalah keindahan gaya bahasa dan warisan budaya kita
Muahahaha, macam aku nak paksa korang tulis skema-skema jek kan..ayat mesti berbunga-bunga, ejaan tak boleh silap dan entri mesti lebih 4000 patah perkataan...hehe,bukan macam tu laaa. Maksud aku untuk part ni ialah korang kena lah jaga sensitiviti masyarakat majmuk di negara Malaysia ni. Jangan gunakan ayat-ayat yang selalu sangat menyentap orang lain, sekali sekala tak salah kot...kalau dah selalu tu memang saja nak buat orang hangin satu badan kan...saja nak kasi tekanan darah naik mendadak
Okeh, dah cukup 5 kan? so aku terpaksa lah berhenti setakat ni...lagipun entri ni aku dah lama dah perap dalam draft...baru ni dapat publish. Ni pon guna sheeduled post a.k.a autopublish..kalau betul-betul sekarang ni aku tengah tidur dalam lecture masa lecturer tengah mengajar kat depan. Hahahaha, tolong jangan ikut perangai buruk ni ye...kalau 5 peraturan ni korang nak ikut, sila kan...
KEEP ON SMILING:)
Macam mana cara letak like facebook button di post dalam blog?
on Wednesday, June 06, 2012 at 3:00 PM
Assalamualaikum...
Macam mana cara letak like facebook button di post dalam blog? Haa...tu la soalan kawan aku, Maryam Jameelah kat wall fb aku
Okeh,jom kita mula kan kelas pada hari ni...cakap banyak banyak pon tak guna kan. Lebih-lebih lagi time puase ni...so,kalau berminat nak letak like facebook button di post dalam blog korang...ikut je step-step mudah ni...
1.Mula-mula korang login akaun blogger korang. Pastu klik Design > Edit HTML > expand widget templates
2.Then,korang tekan CTRL + F ...untuk cari kod data:post.body
3.Copy code ni....dan pastekan kat bawah kod yang korang dah cari kat step 2 tadi..
4.Klik PREVIEW....then kalau takde pape masalah, klik SAVE TEMPLATE
Dah,tu je...4 step yang sangat senang dan simple. Cuba lah letak like facebook button di post dalam blog korang jugak..
Thanks kepada Maryam sebab bertanya kat aku Macam mana cara letak like facebook button di post dalam blog. Dapat la jugak aku share ilmu ni dengan orang lain kan? hehehe...kalau korang nak buat amal dalam bulan ramadan ni...boleh la share tutorial ni dengan kawan-kawan blogger yang lain.
Sekian terima kasih..kalau nak aku buat apa-apa tutorial lagi,just order je oke..macam yang Maryam ni mintak aku buat kan tutorial cara letak like facebook button di post dalam blog. hehehe...
KEEP ON SMILING:)
'Segmen tambah followers sampai berib
on Friday, June 01, 2012 at 9:45 PM
Segmen tambah followers sampai beribu
Tarikh start blogging: 1 Jan 2012
Rakan Blog yang di Tag: Lelaki Kacak
Ecohost Giveaway: Free Domain [dot my] Untuk 10 Blogger
on Thursday, May 31, 2012 at 11:36 AM
Melalui post terbaru di facebook fan page mereka, pihak Ecohost menganjurkan sebuah Giveaway hebat kepada 10 orang blogger bertuah untuk memenangi satu nama domain khas [dot my]. Contoh blog yang menggunakan domain ini ialah blog azri.my <--- *my bermaksud Malaysia.
Kepada blogger blogspot yang sudah lama mengidamkan nama domain khas untuk blog mereka, inilah masa yang paling sesuai untuk mencuba nasib. Manalah tahu nasib anda sangat bertuah untuk mendapat domain khas ecohost ini secara percuma. Nanti boleh lah blog korang jadi macam ni:
So, tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah hantarkan penyertaan dengan meninggalkan link blog korang di fanpage Ecohost ni. Jom ramai-ramai kita gunakan nama domain khas yang lebih cool dan stylo ni. Hehehe..
Mood Blogging Kembali
on Wednesday, May 16, 2012 at 10:53 PM
Kembalikan identiti blog seperti dahulu..
Cukup, dah terlalu lama rasanya aku tak update blog menggunakan ayat aku sendiri secara konsisten untuk setiap post. Rasanya blog ni semakin hilang identiti, ke arah blog berita gamaknya. So lebih baik aku ambil tindakan awal sebelum semuanya terlambat.
Blog berita tak bagus ke?
Aku tidak bermaksud blog berita tidak bagus tetapi untuk menjayakan sebuah blog berita, banyak faktor perlu diambil kira. Dan sebahagian besar faktor-faktor tersebut adalah sangat penting, kalau tersilap pada satu bahagian agak sukar untuk berjaya. Lagipun blog berita memerlukan komitmen yang tinggi. Yang jelas sekali aku tidak mampu untuk memenuhinya.
Okay, cukuplah cerita pasal blog berita. Apa yang penting sekarang ni, aku nak bermula semula daripada bawah. Aku mahu berblog seperti pertama kali aku menulis di blog azrijohan.blogspot.com ini (kini dot com sahaja). Sebabnya setiap post yang aku tulis pasti ada manusia yang membacanya dan memberikan komen mereka. Kadang-kadang ada juga yang berborak panjang2, hehe memang seronok.
Hope keputusan aku untuk berblog dengan 'jiwa' ni akan diterima oleh followers blog ni yang sudahpun mencecah angka 2000. Terima kasih korang. Korang memang best, tanpa korang aku memang tak bersemangat kot nak update blog ni.
Aku nak sangat berkenalan dengan blogger2 lain, tak kisah lah baru ke lama. Dulu aku boleh tahan rapat jugak dengan komuniti blogosphere. Lebih-lebih lagi dengan budak-budak senget macam Freaky dan Sergeant Keroro. Diorang memang best. Tak tipu mehhh... So, siapa2 yang mahu aku berkenalan dengan mereka, dijemput datang komen ataupun tinggalkan link blog korang dalam kotak komen blog ni selalu ye. Insyallah nanti aku balas balik. Aku baca setiap komen tau..hehe
KEEP ON SMILING :3
Blog Farah Lee Yang Memikat Hati Ally Iskandar
on Monday, April 30, 2012 at 12:52 AM

Farah Lee, tetiba je nama blogger dan pelajar ini disebut-sebut ramai. Tak mustahil blog Farah Lee yang juga pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan ini akan meletup seperti mana yang berlaku pada blog Jejari Runcing.
Mari singgah ke blog Farah Lee, ada sesuatu yang menarik di sana. Dan pasti ramai akan terpikat dengan cara penyampaian dan isi yang ada di dalam blog tersebut.
KEEP ON SMILING:)
Heboh! Blog Politik Malaysiakini Digodam
on Wednesday, April 18, 2012 at 10:36 PM
LAMAN sesawang berita online paling berpengaruh Malaysia, malaysiakini.com nampaknya diserang lagi. Sejak semalam pengguna gagal mengakses laman tersebut.
Sebentar tadi, semasa cuba mengakses malaysiakini.com/bahasa untuk mendapatkan maklumat terkini berita berbahasa melayu di laman tersebut, browser yang ReJaM© gunakan memaparkan halaman amaran.
Amaran tersebut memaklumkan bahawa kemungkinan laman Malaysiakini mengandungi malware yang berbahaya kepada komputer ataupun berjaya dimanipulasi oleh penggogam.
Keadaan seperti ini biasa kita lihat dialami oleh Malaysiakini di saat menjelang pilihanraya contohnya semasa pilihanraya Sarawak sebelum ini.
Diharapkan pihak pengurusan Malaysiakini dapat segera menyelesaikan masaalah ini.






















