Showing posts with label amirul hadi. Show all posts
Showing posts with label amirul hadi. Show all posts

Kelab Liga Jepun intai Amirul Hadi

on Saturday, August 06, 2011


Assalamualaikum..pagi ni nak cerita pasal arena bola sepak kebangsaan pula. Selepas berita baik kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim akan berhijrah ke Liga Indonesia seperti Safee Sali...kita mendapat satu lagi berita yang baik mengenai perkembangan para pemain skuad senior iaitu Amirul Hadi Zainal sedang diperhatikan oleh kelab di Liga Jepun yang mengagumi bakatnya.

Perkhabaran ini sedang rancak dibicarakan di laman facebook MALAYSIA FOOTBALL TEAM. Kenyataan daripada laman tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat bola sepak tempatan lebih lebih lagi dengan berita Amirul Hadi di intai team Liga Jepun.


"Safiq Rahim sah akan berhijrah ke Persija Jakarta mengikuti jejak langkah Safee Sali di dalam kancah liga super Indonesia. Manakala Amirulhadi Zainal telah diperhatikan oleh kelab dari liga Jepun dan juga kelab Indonesia Persib Bandung.."

Jika Amirul Hadi benar-benar akan dipancing oleh kelab Liga Jepun, ini akan menjadi satu rekod baru dalam sejarah sukan bola sepak di Malaysia ini. Sama-sama lah kita nantikan keputusan nya nanti. Doa kan sahaja yang terbaik untuk mereka kerana mereka masih muda lagi dan banyak lagi yang perlu dipelajari untuk memperbaiki mutu permainan mereka.

Aku sekarang ni pon dah layan bola sepak Malaysia lebih lebih lagi selepas skuad negara memenangi Piala AFF Suzuki Cup. Melihat kepada corak permainan menarik mereka,aku tidak rasa rugi lagi menonton dan menyokong pasukan kebangsaan. Semoga mereka akan terus mempertingkatkan prestasi dan meletakkan kita sebagai kuasa bola sepak yang di geruni di Asia seterusnya Dunia suatu hari nanti, Insyallah.

Kelab Liga Jepun intai Amirul Hadi-tamat-

KEEP ON SMILING:)



Tag : , , , ,
 
© Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog