Showing posts with label FIFA. Show all posts
Showing posts with label FIFA. Show all posts

Kenapa Malaysia tewas?

on Thursday, July 28, 2011



Assalamualaikum
Nak share sikit pendapat dan pandangan aku
pasal perlawanan sengit Malaysia VS Singapura




Antara sebab kenapa Malaysia tewas ialah:





1.Result first leg yang.....
Kita tewas 2-0 pada perlawanan pertama bertemu Singapura tempoh hari dan keadaan ni memberikan impak yang besar kepada skuad negara. Tekanan untuk menyamakan agregat 5 gol dengan pasukan lawan amat tinggi kerana ketinggalan dua gol yang sangat berharga....kenapa jadi macam ni? haa...baca lagi

2.Keeper yang longlai
Korang tengok perlawanan pertama Malaysia VS Singapura tak? Nampak tak keeper kita menyelamatkan 'beribu' cubaan pihak lawan. Nampak tak nampak tak ? haaa...tak nampak? 

3.Kesilapan Jurulatih
Aspek serangan memang dah tip top dah. Syabas aku ucapkan kepada Rajagobal. Tapi tang keeper masa perlawanan pertama aritu...'erk,no komen lahhh...'

4.Pertahanan yang rapuh
Ni dah ramai dah kot orang komen...tapi aku nampak untuk malam ni,ade la improve sikit. Muslim bermati-matian mengekang asakan penyerang pemain lawan. Imej die pon nampak garang kan bila dah botak.

5.Hantaran sering gagal...
Selalu sangat pemain kita buat hantaran pendek jarak 2cm,kalau lepas takpe laa..ni tak....adoyai, pening pakcik nak oiii...

6.Pemain kita tidak berbakat...
...dalam lakonan. Tengok player Singapura, dah macam Aaron Aziz dah aku tengok. Kalah Shaheizy Sam..dengar cite, Shamsul Yusof nak offer diorang berlakon cerita baru.betul ke?

Okay, enam je dulu daripada aku setakat ni...tapi yang aku nak tekan kan part keeper laa..Aku tak dapat bayangkan kalau Sharbinee Alawee main untuk malam ni...Mungkin result nya kita tewas percuma 10-3.....betul tak? kalau silap maap ye....


taknak bersara ke ek?
Kecewa. Memang mengecewakan...kesian semua rakyat Malaysia. Kat tempat aku je ni, makcik-makcik kat cafe pon tak masak semata-mata nak tengok Malaysia tewaskan Singapura...tapi nak buat macam mana kan, nasi dah jadi bubur...hope lepas ni team kita akan improve lagi! Teruskan support mereka okehhh...

Aku akan terus menyokong team Malaysia jika mamat kat atas ni tak jadi keeper!

KEEP ON SMILING:)





Tag : , , ,

Malaysia VS Singapura 28 Julai

Kempen kelayakan Piala Dunia FIFA antara pasukan negara kita, Malaysia dengan negara jiran iaitu Singapura memang amat dinanti oleh seluruh penyokong dan rakyat kedua-dua buah negara. Buktinya, tiket untuk perlawanan Malaysia VS Singapura pada 28 Julai 2011 telah pun habis dalam masa yang amat singkat sahaja.





Malaysia VS Singapura 2011


Pada pertembungan pertama sebelum ini, skuad Singa putih telah berjaya mengatasi skuad Harimau Malaya yang kurang mengganas dengan defisit 2 jaringan. Malaysia tewas selepas melepaskan 5 gol.

Walaubagaimanapun, aksi skuad kebangsaan telah berjaya menawan hati para penyokong apabila memperlihatkan kebangkitan dramatik apabila menjaringkan 3 gol dalam perlawanan Malaysia vs Singapura yang sengit itu. Untuk melihat highlight Malaysia VS Singapura tempoh hari, boleh la KLIK SINI




Tidak dinafikan, barisan pertahanan skuad kebangsaan begitu lemah sekali apabila beberapa kali gagal menghalang gol nasib tuan rumah, Singapura. Mungkin ini adalah strategi skuad negara kita untuk membiarkan Singapura hanyut dengan kegembiraan yang sementara dan seterusnya leka untuk perlawanan timbal balik di Bukit Jalil hari ini. Tidak mustahil bukan?

Lagipun kita sudah jumpa pengganti kapten pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim macam yang aku cerita kat entri sebelum ni...belum baca? cuba KLIK SINI





Oke,back to topic. Kalau korang tak sempat nak beli tiket untuk perlawanan malam ni...jangan risau. Aku boleh tolong korang carik channel yang ada LIVE STREAMING MALAYSIA VS SINGAPURA..

    MALAYSIA VS SINGAPURA
    KLIK BUTTON PLAY DALAM AREA PUKUL 8.30 PM

    pastikan internet korang laju untuk kepuasan maksimum..yeahhh !!


    Hope perlawanan Malaysia VS Singapura kali ni akan memihak kepada team negara kita,Malaysia... jom ramai ramai support team kita!! Ganyang Singa! *eh,ade ke?

    p/s: hope Khairul Fahmi tak terganggu dengan gosip HOT die sekarang ni.fokus fokussss...

    KEEP ON SMILING:)

    Tag : , , , , ,

    Siapa akan menggantikan Safiq Rahim?

    on Wednesday, July 27, 2011

    Siapakah akan menggantikan Safiq Rahim dalam perlawanan timbal balik antara Malaysia dan Singapura pada hari esok? Mesti korang semua tertanya-tanya soalan yang sama kan...


    mana tak nye, ini perlawanan yang penting untuk skuad bolasepak kebangsaan dan juga kita semua sebagai rakyat Malaysia yang dah lama menyimpan harapan melihat pasukan kita beraksi dalam PIALA DUNIA (FIFA WORLD CUP).


    Esok,team Harimau Malaya mesti baham Gajah Singa Putih 2-0 untuk sahkan tiket ke peringkat seterusnya dalam kempen kelayakan piala dunia ni. Tapi ketiadaan kapten pasukan, Safiq Rahim agak menyukarkan sedikit misi ni. Ini yang membuat kan Rajagobal tak dapat tidur 2 hari sejak semalam....


    "ape ni reff? saya kiss die pon tak boleh ke?
    Takpe-takpe..korang semua jangan risau. Aku rasa aku dah jumpa dah pengganti Safiq Rahim untuk perlawanan esok. Kompem yang terbaik beb. Team Singapore jangan harap laaa nak dapat satu gol pon okehh..

    Individu yang aku jumpa ni mempunyai abiliti yang sama macam si Safiq Rahim iaitu mampu merembat bola ke arah gawang dengan tepat daripada jarak 100 ela. Part lencong jangan cakap laa...memang tak tercapai dek akal wooo....hebak gilakk wa cakap lu!

    Nak tau siapa? meh sini aku tunjukkan kat kome semua....scroll bawah lagi


    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    l
    V

    TADAAAAA!!!!
    perkenal kan.....
    MASKED MAN
    membidik sasaran......dup dap dup dap

    merembat dengan penuhhhh skil dan itu dia....GOL !!
    Yeahhhh!! Gol beb....tahniah kepada beliau. hebat memang hebat. Kepada jurulatih skuad kebangsaan, Rajagobal...sila lah rekrut pemain ni dengan segera. Dengar cerita, Newcastle pon nak gunakan khidmat dia untuk musim depan.

    Ni yang buat aku makin tak sabar nak tengok Harimau Malaya mengamuk kat Bukit Jalil esok!! Jom ramai-ramai support pasukan kita....Go Malaysia Go !!! 


    p/s: aksi ni dirakam di sebuah padang di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

    SUMBER: UTP Daily



    KEEP ON SMILING:)





    Tag : , , ,
     
    © Blog.Azri Johan | All Rights Reserved
    Smart Design by@azrijohann - TheFaceblog