entri super duper HOT minggu ni:
hari ni, aku berminat nak menjadi protege seorang blogger yang best iaitu
SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET
Reason aku nak menjadikan beliau mentor aku ialah kerana jujur cakap, aku sangat berminat tentang SEO, Alexa Ranking dan sebagainya. Aku banyak carik ilmu kat blog blog yang selalu cerita pasal SEO dan blog contoh nya macam blog Jamal ni dan juga Pendekar Berkuda.
Kekerapan mengupdate entri? emmm,selalunya aku update 5 kali kot sehari. depends on idea dan masa yang ada laaa. tapi tu laa, walau banyak mana pon entri yang aku buat tapi tak berjaya hit keyword SEO yang menarik dan meletops, tak guna jugak sebab bukan semua 900+ followers blog ni yang datang semula ke blog ni dan baca entri entri aku.
Setakat ni aku masih belum berpuas hati dengan alexa trafik aku sebab nya sejak 2,3 hari ni mengalami kemerosotan. Nilainya makin bertambah dan ni lah yang buat kan aku tak senang duduk. Akhirnya aku sedar,nak dapat top alexa ni bukan nya di kira melalui satu aspek sahaja kan...ada banyak sebenarnya. Dan bende ni lah yang aku tak tau dan aku perlu belajar daripada Jamal.
Kenapa aku sibuk pasal Alexa dan SEO ni? sebab nya aku dah pernah merasa penangan trafik yang datang apabila menggunakan SEO ni. meh sini aku stori sikit, dulu masa aku baru baru ber blogging dalam bulan Februari, aku pernah menulis entri pasal
Cinta Muka Buku by Najwalatif. masa ni aku noob lagi pasal SEO lah ape lahhh, tapi tak sangka...entri ni lahh yang menjadi penyumbang terbesar trafik ke blog aku ni.
Bukti nya, lihat saja Popular Post kat dalam blog aku ni setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari adalah hasil entri itu. terima kasih kepada Najwalatif...hehehe.
kadang kadang aku rasa bersalah juga. yelah. cuba korang baca entri yang aku
cinta muka buku yang aku cakap tu, cuma bercerita mengenai hal personal dan bukan nya pasal lagu tu 100%. ada laa lirik sikit...tu pun untuk teaser je. nak buat macam mana, google lebih suka tunjuk kan entri tu kat orang ramai...aku tak boleh nak buat ape dah.
lepas tu,aku pun mula lah mengkaji sedikit pasal SEO ni dan terus mencuba buat kali pertama dengan entri
Keputusan Juara Maharaja Lawak Astro 2011. Dan ternyata penangan SEO ni cukup hebat. sayang nya entri aku ni tak bertahan lama apabila blogger-blogger otai yang lain membuat
keywords SEO yang sama pasal Maharaja Lawak. blog aku ni terus disisih kan daripada perhatian google dan search engine yang lain
Dan atas sebab inilah aku tau, nak bermain dengan SEO bukan bergantung kepada keyword sahaja tetapi juga kepada nilai Page Rank blog aku. Sebut pasal page rank, blog aku ni cuma mampu mendapat 0/10 Page Rank Google. sedih kan...
so,tu je laa entri aku. harap dapat la menarik perhatian Jamal untuk menjadikan aku protege nya. ya,aku sangat serius sampaikan buat tajuk ngan letak banner dulu sebelum siapkan entri ni. takut terlepas peluang keemasan ni. sekian,terima kasih
KEEP ON SMILING:)