ads

Test Drive Toyota Baru di IOI City Mall, Putrajaya


Kalau korang follow instagram saya @azrijohan mesti sudah tahu hari Sabtu yang lalu saya pergi ke IOI City Mall di Putrajaya untuk mencuba sendiri 3 kereta baru keluaran Toyota. Selain memandu uji ketiga-tiga model terbaru tersebut, saya sebenarnya mensasarkan untuk merebut banyak ganjaran hebat yang diberikan Toyota sempena kempen Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota pada 10-11 Jun dan akan datang pada 17-18 Jun 2017.

Sempena hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi, Toyota berbesar hati untuk memberikan rebat kalau korang mendaftar nama di kiosk mereka untuk pandu uji mana-mana kereta Toyota yang ada. Jikalau terpilih, korang akan menerima rebat 50% daripada jumlah perbelanjaan di HomePro, dan Toyota akan berikan sehingga RM500 kepada 10 orang yang bertuah. Boleh baca terma & syarat penyertaan di sini.


Kalau korang berminat untuk menyertai cabutan bertuah ini, boleh ikut langkah-langkah mudah di bawah:

1. Daftar nama di booth Toyota (Level LG, berhadapan kedai Tomei & Wah Chan)

Booth Toyota di tingkat LG

2. Shopping barangan keperluan Aidilfitri korang di HomePro

3. Bawa resit HomePro korang tadi terus ke T-lounge di pintu masuk untuk menghantar penyertaan. 


4. Di sana ada krew Toyota akan membantu sekiranya korang ada apa-apa soalan.

5. Pandu uji mana-mana model Toyota sama ada Innova, Sienta, ataupun Hilux, dan paling best, boleh bawak terus barang-barang yang korang shopping kat HomePro tadi balik ke rumah. Yang penting rumah korang tak lebih 5km dari IOI City Mall.
Saya memandu uji Toyota Innova baru
Kak Fink & Shini Lola seronok betul dapat cuba Toyota Sienta baru
Mana boleh terlepas nak test Toyota Hilux baru ni. Power!
Untuk pandu uji berserta penghantaran barang ke rumah, nama korang akan dikira sebagai 2 penyertaan manakala kalau sekadar pandu uji tanpa delivery, korang cuma dikira sebagai 1 penyertaan sahaja. Peluang untuk menang lebih tinggi dengan lebih banyak jumlah penyertaan.

Selain daripada cabutan bertuah 'You Shop, We Pay & Deliver!' ni, setiap pengunjung yang berminat untuk pandu uji kereta Toyota juga akan menerima kad Starbucks dengan nilai RM20 di dalamnya. Korang boleh terus beli apa-apa minuman Starbucks menggunakan kad tersebut.


Dan ada juga berita baik buat pemilik Toyota sedia ada. Korang boleh pergi ke IOI City Mall, dan tunjukkan kunci kereta Toyota korang kepada mana-mana krew mereka di booth untuk mendapatkan gift berupa sebungkus cookie yang sedap berserta sampul duit raya.

Cookie ni tunggu waktu berbuka saja untuk diratah

Oh ya, Toyota juga menyediakan hadiah misteri bagi pengunjung yang berselfie dengan mereka. Bagaimana caranya? Mudah sahaja..
  1. Lawati booth Toyota di ruang pameran tingkat LG.
  2. Ambil gambar paling kreatif anda (dan keluarga) bersama Toyota Innova baharu.
  3. Upload gambar kreatif tersebut ke akaun Instagram anda dengan hashtag #syoknyarayadengantoyota dan pastikan akaun anda di set 'public'.
  4. Tunjukkan gambar Instagram anda dengan kakitangan Toyota yang ada dan terima hadiah misteri yang dijanjikan! Setiap Instagram hanya layak untuk satu hadiah misteri sahaja.

Banyak kan hadiah-hadiah best yang Toyota sediakan, jadi korang boleh lah pergi berbelanja untuk persiapan Hari Raya di IOI City Mall hujung minggu ni. Sambil-sambil tu singgah juga di booth Toyota untuk mencuba sendiri kereta baru mereka dan dapatkan bermacam jenis gift yang saya kongsikan di atas.

Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota
  • Lokasi: Aras LG, IOI CIty Mall Putrajaya
  • Tarikh: 10-11 Jun 2017 & 17-18 Jun 2017

Dalam artikel akan datang, saya akan kongsikan pula pengalaman merasai sendiri kereta Toyota Innova baru, Toyota Sienta baru, dan Toyota Hilux baru. Korang boleh LIKE Facebook Page saya supaya tak terlepas untuk baca perkongsian saya tu nanti.

IKUTI MEDIA SOSIAL TOYOTA:



0 comment... add one now