ads

Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota


Harap belum terlewat untuk saya ucapkan selamat berpuasa buat semua yang sedang membaca. Masa begitu pantas berlalu, cepat saja nak dekat dua minggu kita berada dalam bulan Ramadan. Disamping beribadah, ramai juga antara kita sudah merancang persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ayuh sama-sama kita sertai kempen Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota yang akan diadakan sebanyak dua kali pada bulan Jun ini. Kempen pertama bermula pada 10 Jun hingga 11 Jun 2017 manakala kempen kedua akan berlangsung pada 17 Jun hingga 18 Jun 2017. Ada banyak ganjaran menarik yang mereka tawarkan sepanjang kempen berlangsung, sila teruskan membaca.


'You Shop, We Pay & Deliver!'

Ya! Anda boleh pandu uji kereta Toyota Innova baharu mereka terus sampai ke rumah berserta dengan barang-barang shopping anda. Best kan? Lebih menarik lagi, seramai 10 orang yang bertuah akan dipilih untuk 'dibelanja' oleh Toyota sebanyak 50% daripada jumlah perbelanjaan mereka di HomePro. Jumlah maksimum yang mereka akan bayar adalah sebanyak RM500 untuk seorang!

Boleh baca terma & syarat di Facebook Toyota Malaysia (klik) untuk maklumat lanjut.


Selain itu, setiap orang yang memandu uji mana-mana model kereta Toyota juga akan menerima Kad Sturbucks dengan nilai RM20 di dalamnya. Jadi bolehlah anda menebus kad tersebut dengan mana-mana minuman Starbucks kegemaran untuk berbuka puasa nanti.

'Cookies PERCUMA Untuk Pemilik Toyota!'

BONUS khas buat pemilik kereta Toyota sedia anda! Anda layak untuk menebus cookie percuma jika hadir ke ruang pameran dan tunjukkan sahaja kunci kereta Toyota anda. Semudah itu sahaja. 


Pastikan anda hadir cepat-cepat sebab saya dapat tahu stok cookies ni memang selalunya paling cepat habis! Jadi jangan lambat ya..

'Snap & Win'

Toyota juga menyediakan hadiah misteri bagi pengunjung yang berselfie dengan mereka. Bagaimana caranya? Mudah sahaja..
  1. Lawati booth Toyota di ruang pameran tingkat LG.
  2. Ambil gambar paling kreatif anda (dan keluarga) bersama Toyota Innova baharu.
  3. Upload gambar kreatif tersebut ke akaun Instagram anda dengan hashtag #syoknyarayadengantoyota dan pastikan akaun anda di set 'public'.
  4. Tunjukkan gambar Instagram anda dengan kakitangan Toyota yang ada dan terima hadiah misteri yang dijanjikan! Setiap Instagram hanya layak untuk satu hadiah misteri sahaja.

Kalau anda merasa tidak sabar untuk menikmati ganjaran-ganjaran hebat ini, ayuh ikuti saya untuk menghadirkan diri ke acara Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota di Aras LG, IOI City Mall Putrajaya pada 10-11 Jun 2017, dan 17-18 Jun 2017.

Saya akan berkongsi secara langsung mengenai aktiviti yang berlaku di sana nanti menerusi twitter (@azrijohans) dan instagram saya (@azrijohan). Untuk lebih banyak maklumat mengenai acara pandu uji ini, anda boleh ikuti laman sosial rasmi Toyota Malaysia di bawah:

FB Page   : Toyota Malaysia
Instagram : @toyotamy



0 comment... add one now