ads

Peluang Terakhir Untuk Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota di IOI City Mall, Putrajaya


Hujung minggu ini merupakan dua hari terakhir event Syoknya! Shopping Raya Dengan Toyota di IOI City Mall akan diadakan jadi saya ingatkan korang semua jangan terlepas peluang untuk cuba Test-Drive sendiri kereta Hilux, Sienta dan Innova baru.

Kalau korang rasa tak sempat nak test-drive, pergi saja ke booth Toyota di aras LG pun sudah melayakkan korang untuk mendapatkan banyak 'free gift' yang disediakan. Ada kad starbucks RM20, cookies, sampul duit raya dan banyak lagi. Boleh baca entri saya ini kalau nak tahu lebih lanjut (klik).

Yang paling best kalau korang test drive mana-mana model kereta yang saya sebutkan tadi, korang berpeluang untuk menang rebat tunai daripada Toyota sebanyak 50% daripada jumlah perbelanjaan pada hari tersebut, Jumlah maksimum yang akan diberikan adalah RM500.

Boleh test drive kereta dan hantar barang terus ke rumah korang

Test Drive Toyota Innova

Innova ni sangat sesuai untuk sesiapa yang mempunyai keluarga yang besar. Ruangan di belakang tidak sempit jadi korang memang boleh sangat shopping raya banyak-banyak tanpa perlu risau space bonet tak cukup.




Test Drive Toyota Sienta

Ramai perempuan tak berapa suka kereta besar-besar kan? Sienta ni mungkin sesuai untuk korang. Dari luar nampak kecik comel je Sienta ni tapi kat dalam mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa.




Test Drive Toyota Hilux

Secara peribadi saya sangat sukakan Toyota Hilux. Nampak gagah dari luar dan semasa memandu kereta ni saya tak rasa langsung Hilux ni besar. Abang-abang engineer yang rajin masuk site mungkin boleh consider untuk beli Hilux ni sebiji.




#SyoknyaRayaDenganToyota

Jadi kalau korang nak merasai sendiri kehebatan ketiga-tiga kereta ni, boleh cepat-cepat pergi ke IOI City Mall, Putrajaya pada hari Sabtu dan Ahad ini (17 - 18 Jun) di aras LG. Cari kawasan pameran di tengah-tengah shopping mall tu nanti korang akan jumpa booth Toyota.


Jangan datang terlampau lewat takut nanti banyak hadiah-hadiah misteri yang disediakan dah habis dikebas oleh orang lain. Rugi lah kan? Hehe.

Boleh juga like Facebook Page Toyota Malaysia dan follow IG @toyotamy



0 comment... add one now