Zahid Larang Pegawai Kedutaan Korea Utara Tinggalkan Negara


KUALA LUMPUR : Malaysia mengeluarkan arahan serta-merta melarang kakitangan dan pegawai Kedutaan Korea Utara di sini daripada meninggalkan negara ini.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai tindakan susulan selepas Pyongyang memutuskan menghalang pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia meninggalkan Korea Utara.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia tidak berhasrat untuk membuat tindakan balas terhadap apa yang dilakukan Pyongyang, namun ia mesej jelas bagi menunjukkan Malaysia juga tegas dalam soal menjaga keselamatan rakyatnya.

"Ini adalah arahan serta merta yang dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen. kita tidak berhasrat lakukan tindakan balas terhadap apa yang Korea Utara lakukan kepada kita," katanya pada sidang media ringkas di Parlimen, sebentar tadi.



Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga belum ke tahap untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Pyongyang.

"Saya yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bawa tindakan dilakukan oleh Korea Utara ini dalam mesyuarat Kabinet," katanya.

LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top