Tegas: China Minta Pyongyang Henti Pelancaran Misil Nuklear


BEIJING: Menteri Luar China meminta Korea Utara supaya menghentikan semua aktiviti nuklear dan senjata, selain mendesak Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan segera menghentikan latihan perang, bagi meredakan keadaan yang dianggap sebagai 'krisis keselamatan'.

"Bagi meredakan krisis yang berlaku di Semenanjung (Korea), China mencadangkan langkah pertama, iaitu DPRK (Republik Demokratik Rakyat Korea) menggantung kegiatan senjata dan nuklear sebagai pertukaran kepada latihan peperangan besar-besaran antara AS dan ROK (Korea Selatan).

"'Penggantungan untuk penggantungan' ini boleh membantu kita mengatasi dilema keselamatan dan membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan, " kata Wang Yi. AFP



LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top