Ringgit Atasi Dolar Amerika


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS selepas pasaran mengambil kira kenaikan kadar faedah yang akan dilaksana Rizab Persekutuan AS minggu depan.

Setakat jam 6 petang, mata wang tempatan pada 4.4490/4540 berbanding dolar AS daripada 4.4590/4620 semalam.

Seorang peniaga berkata ringgit tinggi semasa mengakhiri minggu setelah pedagang menjangka kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tidak akan memberi kesan pada minggu depan.

"Pasaran mengambil kira kenaikan yang akan berlaku itu dalam jajaran sasaran dana Rizab Persekutuan 0.75 hingga 1.00 peratus bagi minggu depan," katanya.

Seorang lagi peniaga berkata beberapa pedagang bersikap berhati-hati terhadap dolar AS kerana menunggu pengumuman perangkaan gaji bukan ladang lewat hari ini.

Data berkenaan masih boleh mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah semasa mesyuaratnya pada 14 dan 15 Mac ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1384/1424 daripada 3.1377/1416 pada Khamis manakala berbanding yen, ringgit naik kepada 3.8566/8620 daripada 3.8821/8857.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.7217/7275 daripada 4.7074/7123, tetapi naik berbanding pound, kepada 5.4167/4241 daripada 5.4177/4227. - BERNAMA

Scroll to top