Peluru Berpandu Nuklear Korea Utara Belum Mampu Sampai Ke Amerika


SEOUL: Tentera Korea Selatan menyatakan empat peluru berpandu dilancarkan Korea Utara awal hari ini, mungkin bukan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), namun pihaknya memerlukan masa untuk mengesahkannya.

Seorang jurucakap, Pejabat Ketua Turus Kakitangan, Roh Jae-cheon, memberitahu taklimat media, peluru berpandu terbabit terbang pada jarak purata 1,000 kilometer dan mencapai altitud maksimum kira-kira 260 kilometer.

Jae-cheon berkata, pihak tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti pelancaran peluru terbabit.

Sementara itu, tentera AS menyatakan Pusat Arahan Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara mengenal pasti pelancaran peluru Pyongyang itu tidak memberi ancaman di kawasan Amerika Utara. Reuters



LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top