Limited Edition: KitKat Hadir Dengan Perisa Durian


Melihat kepada tajuknya sahaja kami yakin anda sudah membayangkan bagaimana agaknya rasa jika Kitkat dalam perisa durian.

Nak bayangkan rasa coklat dan durian sahaja sudah boleh buatkan tekak loya. Jika anda fikir ini merupakan troll anda mungkin silap.

Sebelum ini Kit Kat Japan telah memperkenalkan Kit Kat Sushi, kini tiba giliran Kit Kat Thailand pula untuk memperkenalkan Kit Kat Durian untuk pasaran mereka.



Perisa ini dipilih sebagai simbolik kepada negara Thailand yang kaya dengan buah ikonik ini.

Selain itu, dikatakan Kit Kat perisa manggis dan asam jawa bakal menyusul tidak lama lagi. Memang ‘rare’ betul idea Kit Kat Thailand ni.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai Kit Kat Durian. Boleh makan atau boleh skip?

Scroll to top