Korea Utara Ugut Lancar Peluru Berpandu Terbaru


PYONGYANG: Korea Utara hari ini mengancam melancarkan lebih banyak peluru berpandu sebagai membantah latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Akhbar rasmi parti pemerintah Rodong Sinmun dalam ulasan berkata, senjata strategik jenis baharu akan dilancarkan jika Seoul dan Washington meneruskan latihan ketenteraan tahunan bersama, didakwa Korea Utara sebagai persediaan melancarkan perang ke atasnya.

"Rancangan menguji senjata strategik baharu kami adalah hak kedaulatan negara untuk mengembangkan keupayaan pertahanan diri.

"Adalah biasa dan perlu untuk melindungi keselamatan dan kepentingan negara daripada ancaman nuklear AS," kata akhbar.

Pada 12 Februari lalu, Pyongyang menguji peluru berpandu balistik sederhana baharu dikuasakan dengan enjin bahan api pepejal, yang kini lebih berkuasa dan sukar untuk dikesan berbanding roket bahan api cecair.

Tentera Korea Selatan dan AS memulakan latihan ketenteraan dua bulan Foal Eagle sejak Rabu lalu membabitkan tentera darat, udara dan laut.

Kedua-dua sekutu itu merancang memulakan latihan arahan simulasi komputer Key Resolve selepas latihan pada 13 Mac selama dua minggu. -The Korea Herald

LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top