Jet Russia Tersalah Bom, Disangka Militan Daesh Rupanya Pejuang Sokongan Amerika


WASHINGTON: Pesawat Russia tersilap melakukan serangan bom terhadap kumpulan pejuang yang disokong Amerika Syarikat (AS) yang disangka militan Daesh di beberapa perkampungan kecil di selatan Syria, kata seorang jeneral tinggi AS, semalam.

"Pada Selasa lalu, beberapa pesawat Russia dan tentera rejim menyerang beberapa kampung yang dipercayai dikuasai Daesh, sedangkan ia adalah kawasan tentera pakatan Syria, " kata Leftenan Jeneral, Stephen Townsend kepada wartawan.


Katanya, 'beberapa' kemalangan jiwa akibat kejadian itu. Beliau berkata, komando AS berada kurang daripada lima kilometer dari kawasan itu sebelum serangan itu dihentikan, sejurus Amerika menghubungi Russia. AFP

LIKE Facebook Page BULETIN

Scroll to top