Eksklusif: Kedutaan Malaysia di Korea Utara Aktifkan Protokol Kecemasan


PYONGYANG, 7 Mac – Kedutaan Malaysia di Korea Utara dilaporkan dalam keadaan tegang berikutan berita bahawa duta Malaysia telah diusir.

Menurut The Star yang memetik laporan daripada media Cina mengatakan, “prosedur kecemasan” telah diaktifkan segera selepas pengumuman itu, dengan pekerja dilihat membakar dokumen dan memuatkan bagasi ke dalam kenderaan.

Pyongyang berkata semalam bahawa Mohamad Nizan mesti meninggalkan negara itu dalam tempoh 48 jam.

Bagaimanapun, duta itu telah meninggalkan Korea Utara dan kembali ke Malaysia pada 22 Februari. Walaubagaimanapun terdapat beberapa orang kakitangan kedutaan yang masih terperangkap di negara tersebut.

Berikutan pengumuman lanjut hari ini bahawa semua rakyat Malaysia telah dilarang daripada meninggalkan negara komunis tersebut, China CCTV 13 melaporkan bahawa bendera Malaysia dan Asean di perkarangan kedutaan telah diturunkan kepada separuh tiang, dan tiga buah kenderaan telah meninggalkan premis itu.



Pada masa ini terdapat 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, sembilan daripada mereka adalah kakitangan kedutaan dan dua yang merupakan sebahagian daripada Program Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top