Chatime Kembali Lagi, Elak Peminat Terpedaya Dengan Klon Ciplak 'Tealive'


Selepas menghilangkan diri beberapa bulan atas masalah perundangan, Chatime kini melaporkan akan kembali menemui peminat mereka dengan rakan kongsi terbaru. Syarikat minuman tersebut juga merancang untuk membuka sebanyak 70 cawangan terbaru dalam kepulangan mereka kali ini.

Mungkin ramai yang sedia maklum, La Kaffa International Co Ltd, syarikat induk jenama teh popular Chatime telah mengambil keputusan menamatkan kontrak dengan franchisor Malaysia, Loob Holding Sdn Bhd atas dakwaaan syarikat tersebut melanggar kontrak perjanjian.

Loob Holding Sdn. Bhd. Tidak Jujur

Loob Holding dilaporkan tidak membeli barang-barang daripada La Kaffa seperti yang telah termeterai dalam perjanjian mereka, dan juga menggunakan bahan resepi yang tidak terkandung dalam menu dikeluarkan Chatime.

Oleh sebab itu, kita dapat melihat kebanyakan kiosk Chatime kini ditukar menjadi 'Tealive' yang dijalankan oleh Loob Holding dengan menggunakan konsep serupa seperti Chatime.


Ini juga salah satu langkah tidak bijak kerana Loob Holding selaku franchisor tidak dibenarkan untuk membuat bisnes serupa selepas ditamatkan kontrak. Apatah lagi, asas perniagaan Tealive menggunakan harta intelek La Kaffa seperti menu dan sebagainya.

Chatime Kembali Lagi!

Kini peminat Chatime tidak perlu pening lagi dengan kehadiran Tealive, kerana La Kaffa telah melantik Will Group, yang merupakan pemilik cawangan Chatime paling menguntungkan di Malaysia (KL Sentral dan Genting Highland) sebagai franchisor utama di negara ini.

Menurut pengarah operasi Will Group, Aliza Ali berkata perancangan masa pendek mereka adalah membuka 30 kedai Chatime dalam masa 6 bulan, dan seterusnya 70 cawangan dalam masa 12 bulan akan datang. Mereka juga optimis untuk meneruskan legasi kecemerlangan Chatime dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti serta dibenarkan oleh La Kaffa sahaja.



Proses undang-undang sedang berjalan untuk memberikan mereka lesen penuh sebagai Master Franchisor Chatime di Malaysia menggantikan Loob Holding. Jadi tidak lama lagi kita akan dapat menikmati Teh Chatime seperti dahulu lagi. Hoorayyy!

LIKE Facebook BULETIN

Scroll to top