Uqasha Senrose Idola Saya


"Uqasha Senrose Punya Peribadi Yang Tersendiri"

Umum mengetahui Fathia Latiff dan Uqasha Senrose memang bersahabat baik. Malah dalam akaun Instagram masing-masing juga banyak gambar mereka meluangkan masa bersama.

Namun ada pihak seolah tidak senang melihat hubungan mereka hingga ada yang risau Fathia bakal mengikut jejak langkah Uqasha untuk membuka hijabnya.

“Bagi saya, biarlah saya menjadi diri sendiri dan tidak perlu mengikut sesiapa pun. Saya cuma ingin belajar dan mencontohi kebaikan orang lain. Kadang-kadang, saya sendiri rasa mahu mencontohi kebaikan yang dilakukan oleh Uqasha”

“Saya merupakan sahabatnya, saya tahu dia seorang yang mempunyai kelebihan tersendiri. Dia juga mempunyai peribadi yang baik dan seorang sahabat yang menyenangkan. Orang luar sahaja yang tidak tahu,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Dakwaan itu berikutan ramai yang mengkritik cara pelakon ini mengenakan hijab yang kadang-kala seperti tidak bersesuaian dengan imej muslimah yang dibawanya kini.

Pun begitu, Fathia tidak cepat melatah dan menerima segala kritikan peminat kerana baginya hijrah itu perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak timbul rasa memberontak.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Uqasha yang nekad untuk membuka hijab dan kembali kepada imejnya yang dahulu kerana rasa memberontak yang hadir didalam dirinya.


Keputusan itu sekaligus mengundang kecaman peminat sehingga persahabatan diantara beliau dan Fathia dihakimi peminat yang risau Fathia akan terpengaruh.

Scroll to top