Upah Bunuh Jong-Nam Hanya RM450 Sahaja


MEDIA antarabangsa melaporkan salah seorang suspek warga Indonesia yg membunuh Kim Jong Nam di KLIA tempoh hari hanya dibayar RM450 untuk melaksanakan pembunuhan tersebut!

Dikatakan Siti Aisyah yg bekerja di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, dihampiri sekumpulan lelaki 'kru filem' yang menawarkan dia berlakon dalam sebuah rancangan komedi berbentuk 'mengenakan orang' atau prank macam 'Just For Laugh' yang terkenal itu.

Dia dikatakan menerima tawaran itu dan melakukannya terhadap Jong Nam, dengan tanpa mengetahui ia adalah perancangan kumpulan 'lelaki misteri' tersebut yg hendak membunuh abang tiri pemimpin Korea Utara berkenaan.

Menariknya, media antarabangsa juga melaporkan yg wanita Vietnam (suspek pertama) yang ditangkap, turut menceritakan yang dia juga diberi tawaran dan jalan cerita yang sama.

Kalau betullah apa yg dilaporkan, memang ternyata taktik yg digunakan kumpulan 'lelaki misteri' ini CUKUP HEBAT, depa bebas berkeliaran, orang lain yang kena!

BACA JUGA: Siti Aishah Suspek Terbaru Kes Bunuh Kim Jong Nam

Apapun aku percaya, PDRM ada cara untuk rungkaikan misteri dan segala plot mengenai pembunuhan ini.

Serius, kes ini memang interesting! - Syahril A. Kadir

Scroll to top