Siapa Cakap CGPA Tak Penting? Sila Mereput..


SIAPA KATA CGPA TAK PENTING? MEREPUT.

Dulu masa first year and foundation selalu lah juga cakap "alaaa CGPA tu tak penting, yang penting kena confident, softskills kena tinggi".

Bila dah masuk final year and tengok member-member yang dah grad tetapi ada yang masih mengangur and dan ada yang bekerja ni, aku boleh buat satu kesimpulan, "Bull*hit siapa yang kata CGPA tak penting". Kenapa?

1. CGPA ini ibarat lesen nak cukupkan syarat dapatkan interview, paling minimum pun 2.75. Kalau rasa nak kerja bawah orang, masuk syarikat atau industri, lebih baik target CGPA 3.00 ke atas. Dapatlah free ticket nak masuk syarat interview, tapi kalau 2.75 ke atas ni, team recruiter kena go details lagi untuk tengok other performance. Once dah dapat panggilan, kat situ kena lah belajar "Art of Sembang".

2. Berkaitan "Art Of Sembang", ada setengah company akan tengok juga. Budak ini bapak lah confident, smooth je cakap, and boleh persuade orang. Tapi CGPA dia ala kadar, activity dekat University pun ala kadar. Then apa andaian yang boleh disimpulkan? "He's a good talker, but not a good worker". Risk ambil orang macam ni masuk company, depan boss bukan main lagi sembang, jilat, kerja tak jalan pun actually. Memang banyak this type of person.

3. Ada member yang dah menyesal bila mana susah nak cari kerja sekarang ini disebabkan pencapaian CGPA yang tidak memuaskan, bila lepak sesama, keluarlah kata-kata "menyesal aku dengar pendapat CGPA tak penting". Dah lah susah nak dapat interview, lepas tu pula bila dah dapat dan nak buat decision untuk ambil bekerja, recruiter kata "Sorry CGPA awak ni tak lepas syarat company". Bapak lah sedih. Aku yang belum grad ini pun terasa tempias, dah dengar cerita member-member semua menyesal ni, boleh cuba setinggi boleh sementara ada masa.

Sebab aku percaya, kalau kita berusaha, Allah akan bagi rezeki. Yang penting usaha.

4. Sebut pasal rezeki, ada juga member, grad 2.91 tetapi boleh masuk one of the biggest company dekat Oil and Gas Malaysia. Malah, dia siap dapat satu department dengan rakan sekelas yang dapat 3.91. Wow! Boleh lah buat bersembang dengan member-member yang dean list juga, "Aku kerja dengan si budak 3.91 tu, officemate aku la sekarang ni". Automatic orang yang tak tahu result dia akan nampak dia pun budak-budak dean list. Ini yang di panggil rezeki, sebab bro ni sangat gigih dan berusaha.

5. Pasal bro kat atas tu, jangan korang senang-senang simpulkan "see CGPA pun tak penting, sebab dia pun boleh kerja dengan budak-budak dean list". No no no. First, result dia cukup syarat untuk interview. Second, hasil kerja dia sangat bagus dan individual performance pun bagus. Third, pandai guna "Art of Sembang" waktu interview, at the same time, dia buktikan yang dia memang boleh buat kerja. Dan last, REZEKI.

6. Ada juga member yang special kes, the next Bill Gates, Mark Zuckerberg, jenis CGPA 2.00-2.50, tapi dia orang bukan malas, cuma terlalu pandai dalam sesuatu perkara dan nak focus pada project tertentu. Dan pihak Universiti dan IT Company (Google, FB) pun tiada masalah walaupun CGPA rendah, tapi project, invention yang dibuat boleh menaikkan nama Universiti dan negara. Orang macam ini tak boleh nak compare dengan situasi diatas.


7. Kesimpulannya, kalau diri ini pandai, go for CGPA dan learn soft skills (doa jangan lupa). Kalau diri kurang pandai susah nak faham, go for EFFORT, kerana Allah itu melihat usaha dan akan menetapkan rezeki tertentu pada orang yang berusaha dan berdoa. Just believe in HIM. Tapi, kalau memang malas nak buang sikap MALAS. Sorry lah, mereput jawapannya.

P/S: Guys, aku cedok-cedok cerita korang sikit untuk pengajaran kita bersama. Aku doakan korang sentiasa murah rezeki lepas ini. Yang lepas biar lepas, yang datang akan kita tempuhi.

Penulisan asal oleh Saudara Zack Zakirin di Facebook

Scroll to top