PDRM Berjaya Tangkap Suspek Gadis Perisik Korea Utara


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berhubung pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam, pagi tadi.

Suspek yang didapati menggunakan dokumen perjalanan Republik Sosialis Vietnam dengan nama Doan Thi Huong berusia 29 tahun, ditahan kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang terbabit yang dirakam pada hari kejadian.

"Dia berseorangan ketika ditahan.



"Siasatan diteruskan dan tindakan lanjut ke atas suspek akan dibuat mengikut undang-undang yang diperuntukkan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Bukit Aman, tadi.

Scroll to top