Lanun Filipina Bunuh Seorang Kru Kapal, Culik 7 Yang Lain


MANILA: Seorang kru kapal Vietnam maut manakala tujuh lagi anak kapal diculik sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai serangan terbaru membabitkan lanun di perairan Filipina.

Pasukan pengawal pantai dan tentera marin berjaya menyelamatkan 17 anak kapal lagi yang juga sebahagian daripada 25 kru MV Giang Hai selepas kapal itu diserang, semalam.


Kejadian berkenaan berlaku berhampiran Pulau Baguan di Tawi-Tawi, iaitu kubu kuat kumpulan militan Abu Sayyaf.

Jurucakap pasukan pengawal pantai, Komander Armand Balilo berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kerjasama pihak tentera dan polis. - REUTERS

Scroll to top