Kim Jong-Un Bunuh 5 Pegawai Kanan Guna Senjata Anti-Pesawat


PYONGYANG: Kezaliman pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan semakin menjadi-jadi minggu ini selepas beliau mengarahkan lima pegawai kanannya dibunuh menggunakan senjata antipesawat.

Menurut agensi perisikan Korea Selatan, arahan dikeluarkan kerana laporan palsu yang dibuat mereka menimbulkan kemarahan Jong-un.

Ulasan oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) dalam taklimat sulit kepada ahli perundangan dibuat ketika Malaysia meneruskan siasatan mengenai kematian abang Jong-un, Jong-nam, yang diracun di Kuala Lumpur.

Siasatan masih diteruskan tetapi Korea Selatan berkata ia percaya Jong-un mengarahkan pembunuhan itu.

Agensi perisikan memberitahu ahli perundangan bahawa lima pegawai kanan rejim itu ditembak dengan senjata antipesawat kerana membentangkan laporan palsu kepada Jong-un, kata ahli perundangan Korea Selatan, Lee Cheol Woo.

Tidak dapat dipastikan bentuk laporan palsu yang didakwa dilakukan, dan NIS tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh maklumat itu.


Sejak mengambil alih kuasa pada lewat 2011, Jong-un dilaporkan menghukum mati ramai pegawai tinggi kerajaan dalam apa yang digelar Seoul sebagai 'pemerintahan ganas.'

Sumber: INDEPENDENT

Scroll to top