Jabatan Kimia Berjaya Kenal Pasti Cecair Digunakan Untuk Membunuh Kim Jong-nam


Korea Utara gunakan VX Nerve Gas

Akhirnya PDRM melalui KPN telah mengeluarkan kenyataan semalam berdasarkan laporan dari Jabatan Kimia.

"Pusat itu melakukan calitan kering pada mata dan muka mangsa."

"Bahan kimia itu telah dikenal pasti sebagai VX-Nerve Agent (agen saraf VX)," kata Khalid dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya VX diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Akta Konvensyen Senjata Kimia 1997.

"Ekshibit lain masih dianalisis," katanya.

VX Nerve gas disahkan sebagai cecair yang di gunakan oleh 2 wanita upahan korea utara dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam di Klia 2 pada 13 februari yang lepas

VX nerve gas diklasifikasikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvesyen Senjata Kimia 2005 dan Konvesyen Senjata Kimia (CWC) 1997.


Apa itu VX Nerve Gas?

Gas ini mula dibangunkan di UK pada 1950 sebagai Deadly Chemical Warfare Agent.

Nama kimia gas VX ialah O-ethyl-S-[2 (diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothiolate dan formula molekulnya ialah C11H26NO2PS.

VX menyerupai racun serangga yang dikenali sebagai racun serangga "organophosphate" dalam cara VX bertindak dan kesan racunnya; bagaimanapun agen saraf adalah lebih beracun daripada racun serangga.

Gas tersebut dibentuk dalam keadaan cecair (oily liquid) dan tidak berwarna, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa (tasteless) VX juga dikategori berbahaya seperti Gas Sarin

Senjata VX Nerve Gas mula digunakan secara besar besaran semasa perang Iran Iraq 1980-1988.

Bagaimana VX agent ni berkerja?

Seperti kes Kim Jong Nam, pembunuh meletakkan cecair VX di dalam plastik dan menyerang kepada mangsa. Seperti kebiasaannya, mangsa yang terdedah akan mula menunjuk gejala dalam tempoh singkat dan paling lama 18 jam

Kesan VX nerve gas akan meningkat denyutan jantung, penglihatan kabur, nausea, diarrhea, drooling dan akhirnya mati

VX Nerve Gas mempunyai antidot tetapi melihat kepada kejadian yang terjadi amat sukar bagi perkhidmatan kesihatan awam mempunyai antidot tersebut.


Menurut Wikipedia, VX merupakan salah satu agen saraf yang paling terkenal dan toksik dalam agen saraf siri-V.

Agen saraf merupakan bahan kimia yang paling beracun dan cepat bertindak di antara bahan kimia yang digunakan dalam peperangan kimia.

Scroll to top