Duta Russia Dilaporkan Meninggal Dunia di New York


MOSCOW: Duta Russia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vitaly Churkin, meninggal dunia mengejut semalam, kata Kementerian Luar negara itu tanpa mendedahkan punca.

"Pada 20 Februari, wakil tetap Russia ke PBB, Vitaly Churkin, 64, meninggal dunia secara mengejut di New York," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AFP

Scroll to top