Angka KDNK Bukti Malaysia Tidak Akan Muflis


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diumumkan hari ini, sekali lagi membuktikan bahawa ekonomi Malaysia bukanlah seperti yang diuar-uarkan pembangkang kononnya negara bakal di ambang muflis serta krisis.

Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi negara berkembang pada 4.5 peratus bagi suku keempat 2016, disokong oleh peningkatan berterusan perbelanjaan sektor swasta yang menjurus kepada pertumbuhan 4.2 peratus bagi keseluruhan 2016.

Menerusi catatan terbaharu di blog rasminya najibrazak.com hari ini, Najib  yang juga Menteri Kewangan juga menganggap keputusan KDNK itu sebagai hasil kejayaan perancangan ekonomi negara.

"Alhamdulillah, perencanaan kita mengurus tadbir ekonomi negara berdepan cabaran global tahun lalu telah berhasil.    

"Kita akan meneruskan lagi kerja-kerja bagi memastikan ekonomi negara kekal sihat dan pertumbuhan bertambah dari semasa ke semasa," katanya.  

Menurut Najib, setakat 31 Jan, 2017, rizab negara berjumlah US$95 bilion atau RM426 bilion. - Bernama

Scroll to top