Nas-T 'Tak Sebulu' Dengan Bekas Suami Isteri


Tidak mahu memikirkan kisah lampau isterinya iaitu Atita Haris, pelakon Nas-T menjelaskan dia tidak pernah bermusuh dengan bekas suami Atita selain mahu fokus dalam membina keluarga dan menjaga hubungan baik dengan anak tirinya, Sofia.

“Apa yang berlaku adalah antara Atita dan bekas suaminya. Bagi saya, apa yang penting kini adalah untuk menjadi bapa dan contoh yang baik kepada Opie. Opie masih kecil dan memerlukan belaian seorang bapa. Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa segera dan saya ingin menjadi suami serta bapa yang baik”

Bercakap soal cahaya mata, pelakon berbadan sasa ini menyerahkan soal anak kepada rezeki selain mengakui setiap insan pastinya mengimpikan cahaya mata selepas hidup berumah tangga. Nas-T dan Atita Haris diijabkabul pada 28 Februari lalu.

Scroll to top