Gila Glamour, Wak Doyok Mahu Jadi Artis


Bermula daripada seorang ikon fesyen kemudian muncul di layar perak sebagai pelakon, kini Wak Doyok menjelaskan bahawa dia bakal keluar single sulungnya tidak lama lagi dengan bantuan lirik dan juga lagu daripada penyanyi Asfan.

“Saya baru sahaja berbincang dengan penyanyi Asfan untuk menghasilkan single pertama. Dia mencari lagu dan lirik sesuai untuk saya. Kalau nak tahu, saya memang suka menyanyi sejak dulu dan single ini akan jadi salam perkenalan sebagai penyanyi,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, Wak juga menjelaskan bahawa dia turut mahu menjadikan bidang pengacaraan sebagai kerjaya yang serius selain berharap diberi peluang mengendalikan program selain travelog.

Tambah Wak, pengarah filem Syafiq Yusof, juga dalam masa yang sama sudah melamarnya untuk menjadi pelakon utama dalam filem terbaru. Bagaimanapun Wak masih belum memberi kata putus kerana jadualnya yang padat.

Scroll to top