Keluarga Mangsa MH370 Bersatu Gesa Kerajaan



menggelar diri mereka Voice370 – menghantar surat terbuka kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia, minta menganalisa semula dan mengeluarkan data satelit terdahulu dan sebarang maklumat, ketika misi pencarian Boeing 777-200ER itu melepas tempoh dua bulan tanpa hasil.

Voice270 berkata, ia mewakili lebih 300 ahli keluarga 227 penumpang dan 12 anak kapal dlm pesawat Malaysia Airlines yg hilang pada 8 Mac dan dianggap terhempas di Lautan Hindi.

Pada 28 April, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata pencarian pesawat hilang itu memasuki “fasa baru” selepas operasi mencari bawah laut tidak menemui apa-apa.

“Berikutan tiada bukti fizikal MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, keluarga mendesak kesimpulan, berdasarkan data analisis Inmarsat, menyatakan pesawat itu berakhir di lautan,” kata Voice370, menggesa tiga kerajaan berkenaan untk mempertimbang semula ketepatan data Inmarsat.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dan kesimpulan tu dibuat berdasarkan kepada data dan analisis daripada firma satelit British, Inmarsat.

Voice370 berkata,”jika analisis Inmarsat tidak dapat mengenepikan kemungkinan laluan pesawat lain, fakta itu perlu diambil kira”.

Pada Isnin, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertemu Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang dan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss untuk berbincang mengenai butir terperinci status pencarian MH370 dan rancangan masa depan.

Mengulas pertemuan tiga pihak itu, Voice370 berkata kekurangan bukti mengenai apa yg berlaku kepada MH370, Putrajaya patut "kongsi dan mendedahkan data kasar ping yg diperolehi satelit Inmarsat untuk 9MMRO (setiap ping dari Jumaat, 7 Mac tengah malam hingga isyarat terakhir), bagi membolehkan analisis lebih luas dibuat oleh pakar berkenaan”.

Voice370 berkata, data Inmarsat hanya menunjukkan kemungkinan laluan penerbangan ke selatan tetapi ia tidak memberikan kesimpulan tepat.

“Data satelit Inmarsat adalah satu-satunya petunjuk yg kita ada dan kunci untk mengenal pasti laluan penerbangan MH370.

“Berikutan kekurangan pengaktifan pengesan transmitter kecemasan (ELT), tiada serpihan dikesan, dan kekurangan ping yg meyakinkan, kami rasa adalah perlu data itu diberikan kepada pihak ketiga untuk disemak,” kata kumpulan itu.

Australia menubuhkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), diketuai Angus Houston dan beroperasi dari Perth, untuk mengetuai operasi mencari di Lautan Hindi dan Voice370 mendesak JACC untk berkongsi dan memberikan data ping yg diterima daripada menara pinger pada April.

“Ping berkenaan dicirkan sebagai turun naik pada 33.3kHz dengan setiap ping ialah berselang 1.106 saat. Ping itu tidak bersambungan dan jarak paling jauh antara lokasi ping itu ialah kira-kira 24km.

“Rakaman ping itu adalah satu lagi bukti yg perlu disahkan, bukan saja ketepatan kiraan Inmarsat tetapi juga untk membuktikan tranmisi itu dari perakam data pesawat,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada tuntutan ketelusan, Voice370 berkata Institusi Oseanografi Woods Hole (WHOI) patut dilibatkan untk memegang tanggungjawab bagi operasi mencari bawah laut dan menyelaras serta menjalankan pencarian.

“WHOI bukan entiti komersial dan kenyaaan mengsan pesawat 447 Air France menunjukkan ia berpengalaman dan ada kepakaran untuk menjalankan misi mencari MH370 mengikut etika,” katanya.

(Pesawat 447 terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 dan kotak hitamnya ditemui, dua tahun selepas itu).

Dalam mesyuarat pada Isnin, Australia, China dan Malaysia berjanji untuk tidak menghentikan pencarian MH370, di sebalik timbulnya persoalan mengenai bagaimana untk meneruskan misi itu dan siapa yang akan membayar perbelanjaan yg semakin meningkat.

Dengan operasi mencari di udara dan daratan dihentikan, fasa baru untuk mencari MH370 akan membabitkan kos A$60 juta (RM180 juta) bermula selepas data visual dan sonar dianalisis dan kontraktor mendapati ada keperluan untk menyewa kelengkapan canggih, lapor Reuters.

Pakar mengecilkan kawasan mencari di mana pesawat itu diandaikan terhempas ke kawasan lengkung di Lautan Hindi kira-kira 1,600km barat laut Perth.

Scroll to top