Alhamdulillah, Hari Ini Saya Menang RM3,000

"Alhamdulillah, hari ini saya menang RM3000"

Best kan kalau kita dapat RM3000 secara tiba-tiba je. Kalau bekerja pun belum tentu boleh dapat jumlah sebanyak tu dalam sehari, jangankan sehari mungkin ada dalam kalangan kita dalam sebulan nak merasa RM3000 pun jarang-jarang berlaku.

Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ni, jom saya tunjukkan cara mudah untuk menang RM3k setiap hari. Ya, kena lah buat sesuatu sebabnya kalau tiada usaha memanglah duit tu takkan datang bergolek.

Tapi jangan risau, ini bukanlah skim cepat kaya ataupun sindiket pinjaman along bukit beruntung tapi apa yang saya nak perkenalkan ialah sebuah contest hebat anjuran syarikat pengeluar minuman terkenal YEOS untuk semua rakyat Malaysia.

Contest yang dimaksudkan adalah Kontes Yeo's 80 Days Drink To Cash yang akan memberikan banyak hadiah-hadiah menarik lagi lumayan kepada para peserta yang bertuah. Antara hadiah yang disenaraikan termasuklah wang tunai dan juga gajet Apple.

Sebelum kita cerita dengan lebih lanjut mengenai contest yeos ni, apa kata korang semua tengok dulu poster ni dan kat situ boleh tahu macam mana hadiah akan diagihkan. Memang banyak peluang untuk direbut sebabnya hadiah diberikan melalui SETIAP HARI selama 80 hari bermula pada 13 Mac yang lalu dan akan tamat 31 Mei nanti.


Bagaimana Untuk Menyertai Contest Mudah Ini?

Bagi sesiapa yang teruja untuk mendapatkan hadiah-hadiah super lumayan yang disediakan oleh pihak Yeos Malaysia, anda boleh menonton video panduan dibawah untuk mengetahui bagaimana cara menyertai contest Yeo's 80 Days Drink To Cash ini.


Saya dah tengok video ni tapi masih tak fahamlah..

Jangan risau, anda semua boleh follow panduan mudah langkah demi langkah yang akan saya tunjukkan di bawah ini:

Langkah 1
Beli mana-mana air minuman Yeo's, sama ada Justea atau SoyRich pelbagai minuman Tetra Pak 250ml, Tetra Pak 1L, 350ml PET botol, 500ml PET Bottle & PET Botol 1.5L dengan kod pada pek atau menggunakan resit rasmi yang tertulis cetakan produk Yeo’s dengan jelas.

Langkah 2
Sertai akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. ID WeChat: @YeosMalaysia

Langkah 3
Hantar kod penyertaan di WeChat tersebut. Terdapat 2 cara untuk menghantar Kod Peraduan:-

  • Menggunakan nombor Resit Rasmi sebagai Kod Peraduan bagi pembelian.
  • Menggunakan Kod yang tercetak di pek, Justea atau Soyrich minuman Yeo’s.
Gambar mesti memenuhi piawaian kualiti visual yang minimum. Imej yang tidak jelas tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
Gambar juga mesti jelas menunjukkan kod tersebut dan produk Yeo’s, Justea atau Soyrich mesti dibuka atau diminum:
  • Tetra Pak 250ml : Masukkan Straw atau leperkan pek kotak
  • Tetra Pak 1L : Penutup mesti dibuka atau leperkan pek kotak
  • PET Botol : Penutup botol dibuka sebelah botol

Langkah  4
Hantar gambar melalui akaun rasmi YeosMalaysia menggunakan aplikasi WeChat.

Langkah 5
Ikut arahan yang diberi semasa hantar penyertaan dan jawab soalan mudah.

Langkah Terakhir
Ulang semula langkah di atas dengan pek yang baru, dan banyakkan berdoa kepada Tuhan agar anda terpilih untuk mendapat hadiah hebat daripada pihak Yeo's Malaysia. Lagi seronok kalau dapat Grand Prize - wang tunai sebanyak RM 100,000 tuuu..


Jom Follow Yeo's Malaysia di laman sosial berikut:



Selagi belum tamat, selagi tu kena cuba dan terus mencuba!

Untuk maklumat korang semua, saya dan beberapa rakan blogger lain sudah lebih sebulan berusaha setiap hari untuk contest ini. Masing-masing bersemangat sampaikan sanggup borong air minuman Yeo's dari Tesco sampai licin.

Insyallah satu hari nanti, saya yakin saya akan muncul sebagai salah seorang pemenang dan masa tu nanti kata-kata ni "Alhamdulillah, Hari Ini Saya Menang RM3,000" akan menjadi kenyataan. Masa tu harapnya Abang Long Denaihati dan Abang Kawasan Kid jangan jealous okayy..


p/s: tunggu apa lagi? contest ni tamat 31 Mei 2014 kalau terlepas memang rugi..

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top