ads

Terima Kasih, Buku Denaihati Penuh Ilmu


Semasa menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger #SBBYEOS2014 pada hari sabtu yang lalu, saya menerima goodies bag daripada pihak penganjur. Di dalam beg tersebut terdapat pelbagai barangan termasuklah Buku Denaihati.

Menariknya di dalam buku tersebut dimuatkan dengan banyak ilmu-ilmu yang berguna termasuklah informasi berkaitan dunia blogging, nota catatan kembara team Denaihati, penulisan mengenai kehidupan dan agama serta banyak lagi.

Buku Denaihati ini juga memperkenalkan jenama syarikat-syarikat yang menaja acara #SBB2014 yang direkodkan sebagai perjumpaan mega blogger-blogger Asia Tenggara dengan kehadiran melebihi 300 orang peserta dan krew terlibat. Majlis juga sangat sempoi dan meriah sekali.

Alhamdulillah saya sudahpun berjaya mengkhatamkan buku yang diberikan oleh pihak Denaihati ini. Banyak ilmu-ilmu blogging yang dikongsikan sudah dicatat dan insyallah akan diaplikasikan untuk menambah baik blog saya ini.

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir SBB2014 dan terlepas peluang untuk memiliki buku ini, mungkin boleh hubungi team Denaihati mana tahu boleh order secara personal dengan mereka. Untuk harga saya tidak pasti pula berapa.

Kenapa perlu khatamkan Buku Denaihati ni?

Sebabnya bagi saya buku ini adalah perkongsian menyeluruh daripada founder Denaihati, tentang bagaimana beliau terlibat dengan dunia blog dan usaha demi usaha yang dilakukan oleh beliau untuk menaikkan jenama blog Denaihati daripada Zero ke Hero!

Beliau juga mendedahkan siapakah rakan-rakan blogger yang berada disisi dalam membantu melonjakkan lagi denaihati.com sehingga gah pada hari ini. Dikenali di Malaysia, juga di negara-negara jiran seperti Brunei, Kemboja, Singapura dan Indonesia.

Paling menarik sekali adalah bagaimana Denaihati berjaya mendapatkan hasil pendapatan yang bukan sedikit hanya dengan penjenamaan blog sahaja. Mungkin kita lihat sebelum ini banyak blog-blog yang berpendapatan tinggi adalah blog berniche seperti hiburan dan teknologi tetapi Denaihati membuktikan blog personal juga tidak mustahil mampu menjana 5 ke 6 angka sebagai pendapatan sampingan.

Halaman Yang Paling Menarik Perhatian Saya!

Semasa sedang khusyuk membaca, saya terselak satu halaman yang mungkin boleh dikatan sebagai muka surat paling menarik perhatian saya dalam buku ini. Ianya terletak pada muka surat 35 Buku Denaihati:


Nampak tak? Ada gambar saya bersama-sama rakan blogger yang duduk semeja semasa Majlis #SBB2013 pada awal tahun lepas. Masa tu merupakan kali pertama saya menyertai gathering bersama-sama rakan blogger.

Tak sangka betul muka saya boleh terpampang dalam sebuah buku. Oh ya dalam buku ni memang ada banyak sangat gambar. Cubalah tengok sendiri manalah tahu ada juga muka korang terselit dalam mana-mana bahagian dalam buku ni. Hehehe..

Itu sahaja setakat entri pada hari ni. Insyallah nanti saya kongsikan lagi apa yang saya dapat semasa menghadiri SBBYEOS2014. Mungkin nak beri laluan pada entri pengumuman pemenang Contest Kembara Kemboja yang saya anjurkan tempoh hari.

Agak-agak siapa ya yang menang? :)



0 comment... add one now