ads

Senarai Pemenang Contest Kembara Kemboja

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua,

Contest Kembara Kemboja yang saya anjurkan pada bulan lepas sudahpun melabuhkan tirainya dan kini berita baik kepada semua peserta yang menantikan keputusan siapakah yang akan mendapat tempat sebagai pemenang dalam contest ini.


Pagi ini saya dihubungi oleh para juri yang bertindak mengadili semua penyertaan, dan mereka sudahpun menyenaraikan pemenang-pemenang yang hebat dan bertuah. Juri-juri memohon kemaafan daripada semua peserta atas proses memilih pemenang yang mengambil masa kerana menurut mereka entri para peserta semua hebat-hebat belaka. Tahniah diucapkan kepada semua. Saya sebagai penganjur juga turut tumpang gembira dan bangga. Boleh kan? Hehe..

Baiklah berbalik kepada topik asal iaitu Senarai Pemenang Contest Kembara Kemboja, para pemenang yang sudah dipilih akan mendapat hadiah wang tunai RM2000 secara keseluruhannya. Dan untuk lebih spesifik lagi adalah seperti berikut:
  • Hadiah Tempat Pertama - Wang Tunai Bernilai RM700
  • Hadiah Tempat Kedua - Wang Tunai Bernilai RM500
  • Hadiah Tempat Ketiga - Wang Tunai Bernilai RM300
  • Hadiah Saguhati 1- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 2- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 3- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 4- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 5- Wang Tunai Bernilai RM100
Penilaian pemenang dibuat berdasarkan penulisan entri terbaik dan keberkesanan peserta dalam menggoda hati para juri-juri yang mengadili.

Senarai Pemenang Contest Kembara Kemboja


5 Pemenang Saguhati:

  1. http://www.coklateyes.my/2014/02/kembara-kemboja-melancong-beribadah.html
  2. http://duniafarisya.com/2014/02/teringin-jejakkan-kaki-ke-kemboja.html
  3. http://www.zazazehra.com/2014/02/cabaran-membawa-anak-kecil-ketika.html
  4. http://relakssminda.blogspot.com/2014/02/melancong-beramal-kemboja-kingdom-of-wonder.html
  5. http://khairulzamri.com/pakej-pelancongan-kemboja/

Pemenang Tempat Ketiga
http://nikkhazami.blogspot.com/2014/02/percutian-menarik-ke-kemboja.html

Pemenang Tempat Kedua
http://www.kisahemasputih.com/2014/02/jom-kembara-ke-kemboja-bersama-cambodia.html

Pemenang Pertama
http://www.azhafizah.com/2014/02/bercuti-ke-tempat-tempat-menarik-di.html

Congratulations..

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang blognya tersenarai di atas. Untuk pembahagian hadiah, para pemenang diminta untuk menghubungi pihak penganjur iaitu saya melalui email di azrijohan93@gmail.com . Sertakan maklumat NAMA PENUH, NO TEL, MAKLUMAT BANK, dan LINK BLOG dalam email tersebut.

Kepada peserta lain yang tidak disenaraikan sebagai pemenang, jangan bersedih ya. Mungkin rezeki anda bukan disini tetapi insyallah boleh cuba lagi dalam contest-contest yang akan datang. Lagipun saya sendiri dah baca semua entri penyertaan memang tak boleh disangkal semuanya hebat-hebat belaka.

Akhir kata daripada saya, kalau ada sesiapa yang berminat untuk bercuti ke negara Kemboja boleh lah menghubungi Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel untuk pakej percutian yang berpatutan, dan halal tanpa sebarang keraguan.

Peace :)



0 comment... add one now