Kolej UNIFIELD Ugut Saman Blogger RM1 Juta

Assalamualaikum semua, terkejut bila ada rakan blogger mengadu dia diserang dengan banyak email-email berbaur ugutan daripada pihak Kolej Unifield. Email-email tersebut menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap entri yang ditulis oleh rakan blogger tersebut yang bertajuk "Kolej UNIFIELD Bagus Ke? "(KLIK SINI UNTUK BACA POST TERSEBUT)

Dan paling teruk sekali pada hari ini, rakan blogger tersebut diugut akan disaman sebanyak RM1 JUTA (Satu Juta Ringgit Malaysia) sekiranya entri berkenaan tidak dipadam sebelum 18 Mac 2014, iaitu pada hari Selasa depan.

Disebabkan perkara ini menjadi semakin serius, saya merasa terpanggil untuk membincangkan perkara ini memandangkan kejadian seperti ini dilihat seperti menghina blogger-blogger seperti kami ini.

Pertama sekali, bagi saya tiada sebarang unsur-unsur ingin menjatuhkan perniagaan ataupun memburuk-burukkan pihak Kolej Unifield didalam blogpost yang ditulis oleh rakan blogger tersebut. Lagipun, dia berkongsi kisah mengenai peristiwa adiknya yang baru saja menerima keputusan SPM dan merancang untuk menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Malangnya, agen-agen kolej swasta seperti En Z yang mewakili Kolej UNIFIELD bertindak tidak professional sehingga menghina adik beliau secara keterlaluan yang menyebabkan mereka merasa kurang senang dan seleasa. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, blogger berkenaan  menulis berkenaan perkara tersebut di blog peribadinya (http://www.jaakechik.com/) yang sememangnya menjadi tempat untuk dia berkongsi cerita selama ini.

Mungkin perkara ini tidak berlaku kepada semua orang, lain orang lain perjalanan hidupnya. Sudah nasib keluarga blogger tersebut untuk bertemu Encik Z yang melayan adiknya dengan sangat teruk. Jikalau mereka berjumpa dengan agen yang lebih baik mungkin perkara seperti ini tidak berlaku.

Oh ya, pelik juga kenapa Pihak Kolej UNIFIELD beria-ria mahu saman blogger berkenaan walhal cerita yang dikongsikan hanyalah pengalam peribadi mereka?

Saya tertarik untuk melakukan sedikit carian mengenai kolej swasta ini dan ketika menaip perkataan Kolej Unifield di Google Search, recommendations seperti berikut yang tertera. Cuba lihat.


Kalau korang nampak, top queries yang berkaitan dengan Kolej Unifield adalah 'Kolej Unifield Penipu', 'Kolej Unifield Teruk', dan 'Kolej Unifield Bagus Ke'.

Berdasarkan dari situ, ianya sudah menunjukkan sesuatu yang negatif tetapi saya teruskan juga untuk melihat keputusan penuh yang dipaparkan di Google Search Result. Di situ terdapat banyak postingan yang dibuat mengenai kolej ini.

Pada kedudukan pertama Google adalah entri daripada sebuah forum terkenal, iaitu Forum Carigold melalui pautan ini : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-423211.html

Dibawah ini saya sediakan screenshot nya, boleh KLIK pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas. Senang sikit nak baca...


Posting ini dibuat oleh seorang ahli forum berkenaan yang bertanya pendapat ahli-ahli lain mengenai satu peluang pekerjaan baru yang mahu dicuba olehnya. Pekerjaan tersebut adalah menjadi AGEN kepada Kolej UNIFIELD dan akan menerima Gaji Basic berserta KOMISEN bagi setiap pelajar yang mendaftar dibawah mereka.

Dan saya lihat ini adalah punca sebenar kepada permasalahan ini. Encik Z yang disebut dalam entri rakan blogger saya tu terlampau tamak untuk mendapatkan komisen bernilai ribuan ringgit sehingga tidak menghiraukan apa-apa lagi.

Dia sedaya upaya menyuruh dan lebih teruk lagi MEMAKSA pelajar berkenaan untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar di Kolej UNIFIELD supaya dia menerima komisen yang tinggi.

Lebih teruk lagi, Encik Z tidak menyatakan dengan jelas syarat-syarat kemasukan serta perkara-perkara penting yang melibatkan yuran dan pinjaman kewangan kepada pelajar dan ahli keluarga. Kebanyakan info yang diberitahu adalah yang sudahpun diputar belit dan terpesong daripada yang sepatutnya diketahui oleh pelajar dan ahli keluarga.

Saya yakin rakan blogger saya ni bukanlah yang pertama menjadi mangsa. Sebabnya saya terjumpa satu lagi laporan negatif daripada orang awam mengenai Kolej UNIFIELD ini. Menurutnya, dia telah ditipu semasa mendaftarkan diri di kolej tersebut.

Saya percaya ini adalah perbuatan Agen-agen yang mewakili Kolej UNIFIELD yang sudah hilang pedoman dan mencari komisen sebanyak yang mungkin sehingga sanggup menipu para pelajar yang kurang info dan maklumat mengenainya. Baca aduan di bawah ini:


Gambar diatas adalah hasil aduan daripada salah seorang pelajar Kolej UNIFIELD Alor Gajah yang mengadu ditipu. Aduan dibuat di Facebook rasmi Aduan Rakyat TV3. Rujuk link DI SINI.

Dalam post di Facebook tersebut, 79 orang LIKE dan 85 komen diterima dan saya pasti komen-komen serta like disitu adalah genuine, dan bukan rekaan yang dibuat-buat. 

Dalam post yang sama, di bahagian komen terdapat seorang lagi memberikan respon mereka terhadap Kolej UNIFIELD. Boleh baca kenyataan nya pada gambar di bawah ini.


Pandangan Peribadi Saya Terhadap Isu Ini


Perkara ini sebenarnya berlaku kerana agen-agen yang dilantik oleh pihak Kolej UNIFIELD untuk mewakili mereka memperkenalkan kolej kepada pelajar-pelajar lepasan SPM tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik dan banyak menipu.

Para pelanggan (pelajar) yang berurusan dan merasa tertipu akan melabel Kolej Unifield tidak jujur dan seterusnya akan bercerita mengenai perkara ini dengan rakan-rakan yang lain. Jika dia seorang blogger dia akan menulis blog, dan jika tidak pun masing-masing ada laman sosial sekarang ni memang tak boleh elak pasti bersepah komen negatif mengenai kolej tersebut...

Adakah salah kalau kita memberikan review mengenai sesuatu servis yang kita terima?

Saya rasa ianya tidak salah kerana sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk memberi respon terhadap satu-satu benda yang kita beli ataupun servis yang kita terima. Sekiranya baik, maka baiklah review kita dan sebaliknya juga begitu kalau buruk memang kita kasi review yang teruk juga.

Tindakan mahu saman blogger tersebut adalah sangat melampau! Tambah lagi mahu saman sehingga RM1 Juta memang sangat keterlaluan dan tidak boleh diterima. Sebagai blogger saya juga terasa kerana ini sememangnya kelihatan sangat menghina blogger-blogger seperti kami yang jujur dalam penulisan tanpa bias kepada mana-mana pihak.

Nasihat saya kepada pihak Kolej UNIFIELD, kalau mahu orang ramai berhenti memburukkan kolej dan perniagaan anda silalah bertindak memperbaiki segala kelemahan yang ada terlebih dahulu.

Sila saring semula agen-agen yang dilantik. Pastikan mereka yang dipilih untuk menjadi wakil atau jurucakap bagi kolej anda benar-benar menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada para pelajar. Bukan sekadar mengejar komisen semata-mata.

Pastikan juga kesemua agen-agen anda yang bertaburan di merata-rata tempat faham 100% dengan polisi, misi, syarat-syarat dan maklumat-maklumat penting mengenai Kolej Unifield terlebih dahulu sebelum approach orang lain di pameran universiti dan pengajian tinggi. Ini tidak, agen dipilih secara rambang saja asalkan mereka dapat tangkap muat beberapa pelajar untuk mendaftar sudah cukup baik.

Benda simple dan sangat basic tetapi diabaikan oleh pihak Kolej Unifield. Saya pelik juga adalah pihak anda terlampau mengejar keuntungan berjuta-juta ringgit sehingga sanggup mengabaikan perkara ini dan sanggup melihat anak bangsa ditipu begitu saja?

Jujur saya cakap, daripada pihak anda berusaha bersungguh-sungguh mencari blogger-blogger yang berkongsi pengalaman buruk berurusan dengan agen Kolej Unifield dan ugut mahu saman mereka, lebih baik ambil tindakan untuk memperbaiki kelemahan yang dinyatakan di atas.

Sebab nya kalau perkara tersebut diperbaiki insyallah dalam masa akan datang, orang akan berhenti berkongsi perkara buruk lagi sebaliknya mereka akan mula memuji berapa bagusnya Kolej Unifield.

Tetapi kalau keadaan memalukan ini berterusan, pihak anda akan berjumpa dengan lebih banyak blog-blog, forum, facebook page, twitter post, dan macam-macam lagi post buruk berkaitan dengan Kolej Unifield bersepah-sepah di alam maya ni. Larat ke nak ugut untuk saman semua sekali RM1Juta?

Kalau pun mahu rakan blogger saya mendelete artikel yang dikongsikannya di dalam blog, rasanya pihak Kolej mempunyai PR yang tahu berinteraksi dengan baik dalam hal-hal sebegini. Sepatutnya pihak kolej meminta maaf secara peribadi dengan blogger tersebut atas apa yang berlaku dan terangkan perkara sebenarnya kepada beliau. Rasanya tiada masalah untuk berbuat begitu tapi saya faham bukan mudah kan untuk mengakui silap sendiri dan meminta maaf atas kesilapan tersebut? 

Tujuan saya menulis adalah untuk memberi kesedaran kepada pihak Unifield, kalau-kalau ada wakil yang terbaca ke mohon sangat diforwardkan kepada pihak atasan agar mereka sedar. Kalau nak saman saya juga tak tahu nak cakap apa sebab saya jujur mahu membantu.

Mungkin pihak anda tidak nampak atau buat-buat tak nampak, tidak mengapa saya sudi tunjukkan dimana kesilapan tersebut dan silalah perbaiki ya. Insyallah kalau semua baik, orang akan suka dan mereka akan kongsikan juga benda-benda baik mengenai Kolej Unifield ni. Percayalah :)

p/s: saya cadangkan anda baca juga blogspot saya mengenai sebuah syarikat yang hampir jatuh kembali gah semula hanya selepas mereka mengakui kelemahan dan meminta maaf atas kesalahan mereka. (KLIK SINI UNTUK BACA)

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top