ads

Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun

Tahun 2014 sangat mencabar bagi semua rakyat Malaysia tak kira golongan mana sekalipun mesti terkesan dengan pelbagai kenaikan harga barangan berikutan rasionalisasi subsidi yang dibuat oleh kerajaan terhadap bahan api petroleum serta barangan komoditi seperti gula.

Rasionalisasi Subsidi yang dilakukan secara tiba-tiba, dan diaplikasikan serentak terhadap beberapa barangan termasuk tenaga elektrik menimbulkan kejutan ekonomi kepada kita semua. Ini disebabkan harga barangan runcit lain juga turut terkesan. Setiap pengeluar produk berlumba-lumba untuk menaikkan harga barangan mereka dengan alasan kos pemprosesan dan pengangkutan sudah meningkat.

Kuasa beli semakin susut, duit semakin rendah nilainya

Dengan pendapatan yang sudah tentu tidak menunjukkan peningkatan langsung walaupun bebanan kerja semakin bertambah setiap hari, rakyat semakin kehilangan kuasa beli dan duit yang ada semakin susut nilainya. Kalau dahulu belanja anak-anak kecil ke sekolah RM1 sahaja sudah mencukupi untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah tetapi kini dengan satu ringgit hanya boleh dapat secawan air sirap yang mana aisnya lebih banyak daripada air.

Oh ya, harga ais pun dah naik sama seperti harga makanan yang dijual di kantin, dan ini belum cerita lagi alat tulis yang dijual di koperasi sekolah yang juga semakin mahal harganya.

Konklusinya, tahun 2014 adalah tahun bagi semua harga barangan di negara kita naik (kecuali kangkung, dulu naik sekarang dah turun) sejajar dengan perkembangan yang dialami oleh negara kita menuju Wawasan 2020.

Malaysia sebuah negara maju

Menurut barisan jemaah menteri, negara kita akan mengalami transformasi daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara maju dalam masa beberapa tahun dari sekarang, jadi perkara seperti rasionalisasi subsidi memang wajar dilaksanakan mengambil contoh negara-negara maju yang lain.

Dasar ekonomi negara yang sebelum ini bersandarkan kepada pertanian dan pengeluaran sumber semata-mata akan turut di transformasikan kepada sebuah negara industri seperti China yang kini menjadi kuasa ekonomi utama di dunia mengalahkan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain.

Sehubungan dengan itu, negara perlu memberi banyak kelebihan untuk menarik para pelabur membuka kilang-kilang di Malaysia. Pengecualian pelbagai jenis cukai dan tenaga pekerja mahir dengan kos rendah di sediakan buat para pelabur, dan kesannya terhadap ekonomi semasa diletakkan atas bahu rakyat supaya kita boleh menggalasnya bersama-sama.

Tanggungjawab rakyat Malaysia

Sebagai rakyat marhean yang lahir dan tinggal di bumi Malaysia yang merdeka dan bertuah ini, kita haruslah berganding bahu, bersama-sama memikul bebanan ini sebagai salah satu pengorbanan buat negara.

Jangan sesekali bertanya apakah jasa negara kepada kamu, tetapi tanyalah apakah jasa kamu terhadap negara?

Menteri-menteri di Malaysia termasuk Perdana Menteri dan Isteri sudah banyak berkorban untuk negara kita. Lihat sahaja betapa sibuknya mereka membuat kerjasama ekonomi dengan negara-negara lain hampir setiap minggu, menggunakan pesawat penerbangan peribadi yang mewah dan sememangnya tidak dapat dinafikan perbelanjaan besar diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Kini menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia pula untuk berkorban sedikit buat menampung perbelanjaan mereka yang berjuang semata-mata demi negara, dan bangsa. Apa salahnya bekerja 24 jam sehari, dengan 3 jenis pekerjaan berbeza setiap hari untuk mengimbangi ekonomi negara yang sedang menggila sekarang ni.

Melabur dengan bijak menambah harta

Pelaburan adalah salah satu cara untuk menambahkan lagi duit kita tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Setiap pelaburan mempunyai risiko nya yang tersendiri, dan biasanya pelaburan yang tinggi keuntungannya mempunyai risiko yang amat tinggi juga. Oleh sebab itu tidak semua orang berani untuk melabur.

Tetapi jika kita mempunyai ilmu dan kefahaman yang mantap dalam dunia pelaburan, ianya bukanlah satu masalah kerana berbekalkan ilmu kita dapat membuat keputusan yang tepat dan terbaik tanpa dipengaruhi oleh emosi dan perasaan.

Pelaburan juga merupakan salah satu rahsia sulit bagaimana individu yang berduit semakin bertambah duitnya walaupun tidak bekerja dengan teruk-teruk seperti yang dilakukan oleh kebanyakan daripada kita. Mereka melaburkan duit mereka untuk mendapatkan lebih banyak pulangan serta keuntungan.

Boleh tonton video mengenai pelaburan yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Tajuk video ini adalah Perancangan Pelaburan:


Kebiasaannya, apabila menyebut pelaburan kita mesti terfikir tiga jenis pelaburan yang paling popular di negara kita ketika ini. Mungkin ada diantara kamu sudahpun berjinak-jinak dengan salah satu jenis pelaburan di bawah:
  1. Pelaburan Hartanah
  2. Pelaburan Emas (logam)
  3. Pelaburan Saham

Ketiga-tiga pelaburan di atas mempunyai margin keuntungan sehingga melebihi 100 peratus, berbanding dengan pelaburan melalui Simpanan ASB yang mana kadar dividen di bawah 10 peratus sahaja setahun. Lebih teruk lagi, nilai tersebut jatuh sehingga ke paras 7% pada akhir tahun 2013 yang lalu. Tetapi melabur di ASB tidak terdedah dengan risiko yang tinggi seperti pelaburan-pelaburan lain.


Pelaburan dengan keuntungan melebihi 2000 peratus setahun

Tiga jenis pelaburan yang disebut di atas iaitu pelaburan hartanah, pelaburan saham, dan pelaburan emas tidak dinafikan mampu memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda tetapi kita haruslah ingat tidak semua orang boleh berjaya dengan pelaburan yang dibuat.

Tahun 2014 menyaksikan ramai orang yang beralih dan memberikan fokus pada ketiga-tiga jenis pelaburan popular tersebut dengan pelaburan saham menjadi fokus utama bagi setiap golongan, diikuti oleh pelaburan hartanah yang kini semakin tinggi nilainya, dan juga pelaburan emas yang agak kompleks sedikit.

Walaubagaimanapun masih ramai lagi yang tidak mengetahui pelaburan-pelaburan lain yang jauh lebih menguntungkan daripada ketiga-tiga jenis pelaburan popular tersebut. Saya diberi rezeki dan kesempatan oleh Allah untuk berkenalan dengan seorang sahabat bernama Faiz Sufi yang menceritakan mengenai investment alternatifve melalui ebook beliau yang bertajuk "15 Alternatif Pelaburan Yang Orang Tidak Ambil Kisah".

Dengan maklumat dan info yang padat dalam ebook tersebut, ianya telah membuka mata saya mengenai pelaburan. Jika sebelum ini saya hanya tahu mengenai tiga pelaburan utama yang memberikan keuntungan tinggi, tetapi kini saya juga sedar terdapat banyak lagi pelaburan lumayan yang lain dan paling bestnya masih ramai orang yang tidak tahu dan tidak ambil kisah.

Nampaknya pelaburan kecil saya untuk membeli ebook tersebut daripada beliau memang berbaloi-baloi. Saya rasakan sepatutnya ebook tersebut dijualkan pada harga yang jauh lebih tinggi, mungkin boleh diletakkan harga sehingga RM500 - RM1000 kerana pendedahan yang dikongsikan amatlah membuka mata saya dan rakan-rakan lain yang sudah habis membacanya.

Investment Alternative: 15 Niche Investment Alternatif Yang Orang Tak Ambil Kesah

Kalau nak diikutkan saya mahu saja berkongsi ilmu yang ditulis didalam ebook tersebut di blog ini agar ramai orang dapat manfaatnya, tetapi atas dasar menghormati Faiz yang menghabiskan banyak masa mengkaji dan menulis ebook ini, saya batalkan sahaja hasrat tersebut.

Tetapi saya memang menggalakkan rakan-rakan lain yang berminat dengan pelaburan yang akan mengembangkan duit kita secara automatik, untuk membeli ebook ini. Dengan harga bawah RM200, kita akan mendapat ilmu bernilai jutaan ringgit dan lebih lagi sebenarnya kalau kita aplikasikan kesemua yang dikongsikan dalam buku tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ebook 15 Alternatif Pelaburan ni, boleh klik pada gambar di bawah ini.


p/s: selepas banyak kali tertipu dengan pelbagai jenis ebook yang bukan-bukan dipasaran, saya rasa sangat gembira selepas membeli ebook ini kerana buku ini tidak seperti ebook lain yang lebih banyak sembang kencang. 
p/s/s: ebook Faiz ini mengandungi ilmu pelaburan bernilai jutaan ringgit, dan saya amat syorkan dan galakkan anda semua untuk beli dan baca.
Semoga kita semua terbuka mata dan dapat melihat dunia pelaburan ini dengan skop yang lebih luas lagi selepas membaca ebook ini, Insyallah. Agak-agak Blogger bajet hensem ni berani ke nak cuba salah satu dari 15 pelaburan alternatif ni? Hehe..



0 comment... add one now