Contest Kembara Kemboja

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger.

Hari ini terdapat satu berita gembira buat para blogger di Malaysia. Sebuah syarikat pelancongan dari Kemboja iaitu Cambodia Muslim Holiday & Travel berbesar hati untuk menaja sebuah lagi contest khas buat kita semua.

Yang bestnya, hadiah yang disediakan juga sangatlah lumayan dan menguntungkan. Pihak mereka menyediakan sejumlah RM2000 untuk diberikan kepada para pemenang cabaran ini nanti.

Mengenai Cambodia Muslim Holiday & Travel

Cambodia Muslim Holiday & Travel adalah sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri islamik. Antara yang menarik mengenai syarikat ini termasuklah:

  • Merupakan salah satu operator pelancongan yang amat dipercayai dan dikenali di Kemboja serta Vietnam.
  • Bakal menjadi peneraju utama dalam pasaran pengurusan pelancongan dalam masa terdekat, Insya Allah.
  • 100% dimiliki oleh saudara Islam kita di Kemboja, iaitu Ustaz Yahya Al-Hafiz.
Dengan semangat hidup untuk saling bekerjasama pada tahun ini, pihak Cambodia Muslim Holiday & Travel sangat bermurah hati untuk menaja Contest Kembara Kemboja buat blogger-blogger di Malaysia.


Contest Kembara Kemboja 2014

Contest ini adalah terbuka buat semua blogger, dan akan berlangsung sepanjang bulan Feb 2014. Pemenang akan diumumkan pada bulan akan datang, iaitu bulan Mac 2014. Dan setiap keputusan penganjur adalah muktamad.

  • Setiap blog boleh menghantar satu entri penyertaan sahaja
  • Cabaran bermula pada 1 Feb 2014 dan tamat sebelum 1 Mac 2014.


Untuk menyertai contest ini, anda perlulah melakukan perkara berikut:
  1. Tulis satu entri baru dengan tajuk bebas, boleh ceritakan mengenai apa sahaja asalkan ada kaitan dengan melancong di Kemboja.
    (Contohnya seperti: Tips murah ke Kemboja, Cara Melancong Dengan Selamat, dan banyak lagi)  
  2. Dalam entri tersebut hendaklah ada perkataan syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel serta perlu di-linkk kan ke pautan berikut: www.CambodiaMuslimHoliday.com
  3. Kongsikan serba sedikit kelebihan melancong dengan Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel.
  4. Klik LIKE pada dua-dua button di bawah ini:


  5. Macam biasa, diakhir entri tersebut perlu masukkan ayat serta link dibawah:
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

Sila letakkan LINK entri penyertaan anda di ruangan komen pada entri ini sahaja :) ______________________________________________________________________

Habuan Lumayan RM 2000 Menanti Para Pemenang!

  • Hadiah Tempat Pertama - Wang Tunai Bernilai RM700
  • Hadiah Tempat Kedua - Wang Tunai Bernilai RM500
  • Hadiah Tempat Ketiga - Wang Tunai Bernilai RM300
  • Hadiah Saguhati 1- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 2- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 3- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 4- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 5- Wang Tunai Bernilai RM100
______________________________________________________________________

Anda dibenarkan untuk menyertai dengan seberapa banyak blog yang anda mahu tetapi slot pemenang hanya diberikan buat satu penama sahaja.

Maksudnya kalau blog anda mendapat dua tempat, anda cuma layak untuk mendapat satu hadiah tertinggi sahaja, untuk memberi peluang kepada peserta lain mendapat hadiah yang disediakan.

Kriteria Pemilihan Pemenang untuk Contest Kembara Kemboja

Pemilihan pemenang berdasarkan penulisan entri yang terbaik. Blog dengan entri yang tajuk yang bagus serta mempunyai sususan ayat yang baik akan dipilih untuk menjadi pemenang dalam cabaran ini. Juri dalam pemilihan ini adalah pihak syariakt Cambodia Muslim Holiday & Travel dan juga saya sendiri.

Untuk mendapatkan markah yang tinggi, saya cadangkan anda memberi lebih perhatian terhadap beberapa perkara iaitu:
  1. entri ditulis melebihi 300 patah perkataan
  2. review syarikat penaja dengan kretiviti dan keunikan tersendiri
  3. kongsikan juga destinasi idaman anda di Kemboja, serta nyatakan sebabnya
  4. sedikit promosi mengenai contest hebat ini termasuk hadiah hebat yang bakal dimenangi

Semoga berjaya diucapkan kepada semua blogger yang bakal menyahut cabaran dalam Contest Kembara Kemboja 2014 ini. Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen dibawah.

Dan, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan yang lain. Klik saja pada butang perkongsian yang disediakan di bawah ini :)

Azri Johan

Blog sebagai tempat terbaik bagi penulis menzahirkan pendapat dan idea.
0 Feedback:

Post a Comment