ads

2 Teknik Pembentangan Berkesan Oleh Dr Inspirasi

Pembentangan sememangnya satu aktiviti atau pekerjaan yang tidak disukai oleh ramai orang. Perkara ini disebabkan oleh banyak faktor.

Jika saya sendiri sebagai seorang pelajar universiti, pembentangan dirasakan sukar kerana faktor kurang keyakinan diri dan juga kurangnya persediaan untuk melakukan pembentangan di hadapan ramai orang yang sedang menyaksikan kita berdiri dan bercakap di hadapan mereka.

Kenapa perlunya pembentangan yang berkesan?

Untuk menyampaikan sesuatu idea yang hebat, kita perlu menjelaskannya kepada orang lain melalui pembentangan. Oleh sebab itu kita perlu melakukan pembentangan yang berkesan agar para pendengar dapat memahami dengan jelas perkara yang cuba kita sampaikan kepada mereka.

Ikon pembentangan yang terkenal di dunia adalah Steve Jobs. Penyampaian beliau dalam setiap pembentangan mengenai satu-satu produk Apple berjaya merancakkan jualan dan jenama Apple ke serata dunia.

Walaupun ada sesetengah orang mengatakan telefon pintar iPhone adalah hasil tiruan jenama lain, tetapi dengan pembentangan yang meyakinkan oleh Steve Jobs berjaya membuat Apple lebih dikenali dan produknya laris dipasaran berbanding pencipta asal telefon pintar yang kita sendiri mungkin tidak tahu siapakah dia dan apakah nama syarikat tersebut. Betul tak?

Steve Jobs berhasil meledakkan jenama Apple dengan pembentangan berkesan. Foto Kensegell

Selain Steve Jobs, terdapat banyak lagi ikon pembentangan yang berjaya membawa kejayaan kepada kerjaya serta kehidupan mereka.

Persoalannya sekarang bagaimana kita mahu mencontohi mereka dalam menghasilkan satu pembentangan yang sangat berkesan dan berpengaruh?

2 Tips Pembentangan Berkesan Oleh Dr Inspirasi

Saiful Izzuan sering berkongsi banyak tips motivasi, tips kerjaya, tips pengurusan masa dan banyak lagi melalui blog beliau iaitu Dr Inspirasi. Melalui blog tersebut, Saiful berkongsi 2 tips pembentangan berkesan yang boleh dipraktikkan oleh semua orang sama ada pelajar ataupun individu yang sudah bekerjaya.

Tips pembentangan berkesan yang pertama adalah,

1) Pastikan anda membuat latihan sebelum membentang.
Jangan haraplah kita mampu melaukan dengan baik walaupun kita merasakan ianya senang. Hatta pembentang yang hebat pun juga berlatih. Untuk pembentangan sekadar 10 minit, mereka akan berlatih selama sejam.

Perkara ini ada benarnya kerana ramai orang yang dilahirkan biasa-biasa sahaja. Tanpa fokus dan latihan yang konsisten, kita agak sukar untuk menjadi luar biasa apatah lagi mahu melakukan pembentangan yang hebat di hadapan orang lain.

Kemudian, tips kedua yang dikongsikan oleh Dr Inspirasi adalah,

2) Gunakan konsep imaginasi.
Bayangkan anda dapat membentang dengan baik. Bayangkan pendengar anda faham.Bayangkan yang baik-baik sahaja. Dan berlakonlah seolah-olah anda yakin anda dapat memberi pembentangan yang baik. Ini tips yang sangat berkesan.

Mencuri teknik yang dipraktikkan oleh Steve Jobs, mungkin kita juga boleh menterjemah idea pembentangan kita melalui paparan slide show yang ringkas.

Dengan ini, proses peralihan maklumat daripada kita sebagai orang yang melakukan pembentangan dengan para pendengar berlaku dengan lebih lancar tanpa sekatan imaginasi antara keduanya.

Terima Kasih Dr Inspirasi

Blog Dr Inspirasi sememangnya satu blog yang sangat ilmiah dan dipenuhi oleh banyak tips-tips penting buat kita. Ilmu yang dikongsikan dalam blog tersebut mampu meningkatkan kualiti kehidupan kita dan menjadi lebih baik daripada sekarang.

Tetapi bagi saya sendiri, ini adalah kali pertama berkunjung ke blog Dr Inspirasi walaupun blog ini sudah wujud sejak tahun 2008 lagi. Mungkin Saiful perlu meningkatkan usaha memperkenalkan jenama blog ini kepada orang ramai supaya mereka aware dengan kehadiran sebuah blog penuh ilmu ini.

Bagaimana?

Dr Inspirasi boleh diiklankan secara meluas di serata blog-blog yang ada ataupun untuk lebih jimat lagi, Saiful perlu memperbanyak aktiviti blogwalking iaitu berkunjung ke blog lain dan meninggalkan jejak dalam bentuk komen di blog-blog mereka.

Insyallah lama-kelamaan kehadiran Dr Inspirasi akan diketahui oleh ramai orang dan tidak mustahil blog ini menjadi salah satu Top Blog Malaysia kerana content nya yang sangat menarik dan penuh dengan maklumat.

Oh ya, sebelum terlupa.. Saya juga mahu menjemput rakan-rakan blogger yang lain untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan Contest yang dianjurkan oleh Dr Inspirasi ini. Untuk maklumat lanjut boleh baca di pautan ini: Contest Blog DrInspirasi RM300 :)



0 comment... add one now