ads

Misi Untuk Mantapkan Ranking Alexa Bermula


Memandangkan Ranking Alexa blog ini sudah ke laut, aku mahu kembali bekerja keras seperti sebelum ini untuk memperbaiki ranking ini seperti dulu.

Misi untuk mantapkan ranking Alexa bermula hari ini, di post ni. Jadi selepas ni memang setiap post akan target untuk menurunkan angka di Alexa Rank untuk blog www.azri.my

Kenapa nak mantapkan ranking Alexa?


Ya, mungkin ada yang cakap tak guna kita fikirkan sangat ranking Alexa ni sebab company iklan macam Nuffnang & Innity tak ambil kisah pasal Alexa Rank sebaliknya melihat trafik blog kita setiap hari.

Tetapi jangan kita lupa sebenarnya banyak lagi kelebihan dan kebaikan untuk blog sekiranya memiliki ranking Alexa yang power gila babas.

Antaranya pengiklan persendirian seperti syarikat-syarikat korporat di luar sana lebih mengambil kira faktor Alexa Rank selain trafik blog kita.

Kira nya Alexa Rank ni sebagai bonus tambahan untuk merit blog kita lah. Dan dengan penguasaan terhadap Alexa Rank ni nanti, blog kita akan lebih berpeluang untuk mendapat lebih banyak job berkaitan pengiklanan dan hebahan produk mereka.

Daripada segi lain pula, Alexa Rank ni dapat menyedarkan kita sama ada usaha yang kita lakukan untuk blog berkesan ataupun tidak.

Jika sekiranya ranking di Alexa Rank semakin baik, itu sedikit sebanyak menunjukkan usaha kita dalam berblogging adalah baik dan wajar diteruskan tetapi jika sebaliknya, kita boleh semak semula plan dan ubah rancangan yang mana kurang berkesan.

Kan best kalau cabar diri sendiri untuk jadi lebih baik, betul tak?

Jom sama-sama kita berusaha untuk mendapatkan ranking yang lebih baik di Alexa Rank! Mulakan hari ini dengan cara dan langkah yang betul. Semoga berjaya semua. Yoshh :)




0 comment... add one now